Thursday, May 5, 2011

Kisah beg cendawan & donut rasuah

Selamat pagi tengah hari semua....
mmmmmmmmmm baca entri arini kemain suspen lagi bunyinye. bukan ape...nak kongsi la sikit ni... pagi tadi aku buat pentaksiran ulangan modul 7 iaitu penghasilan beg cendawan utk pelajar tingkatan 5. Semalam dah buat 3 guni, dapat dalam 95 beg dan arini sambung buat lagi nak habiskan habuk kayu getah dan benih.
Bila dah buat berkali-kali ni tau ajelah budak2 ni, banyak yang malas dari yang rajin membuatnye. tambahan pulak habuk kayu ada lagi 5 guni...mmmmm kalau nak sambung besok takut tak cukup masa so aku suruh je bdk2 gaul semuanya. utk pengetahuan korang semua, nak buat beg cendawan ni hanya guna habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian je dengan nisbah 100:10:1. semua bahan2 ni digaul sebati dan dimasukkan air agak2 sampai lembab. kalau berlebih air tu x boleh sebab benih x akan sampai tempat yang ada air tu.. entah paham ke tak korang ni eh... buat2 paham je la ekk...
moh kita tgk gambar supaya lebih paham... (standart cikgu la tu..)

 ni le bebudak yang mencampurkan habuk kayu getah, dedak dan kapur + air

 tengok tuh, semua dok kerumun buat cepat2. yang diri tu le Alexender

 ewahhhh....sempat senyum lagi

 ni antara beg cendawan yang telah siap. x bilang pulak berapa dapat

ni plk 2 orang budak yang memang aku sayang (oppppsssss jangan salah paham okeh...diorang ni rajen, tu aku suke. tang sayang tu....bukan)

untuk merasuah anak2 jantan ni buat beg cendawan tu, aku cakap la nanti ada makan2, siap nak buat teh O lagi... haaaaa memasing  apa lagi, cepat2 la bancuh medium dan masukkan dalam plastik. kat dalam bilik masak pulak aku dengan Alexender mula membancuh dua adunan donut yang diambil di sini Surinah. Kawan dia Puvanesh dan Thevendran pulak tolong membacakan resepi. mujur x termiss telur dua bijik. maklumlah membaca pun macam keter old pesen nak abes minyak.
bila dah siap uli adunan, perap dulu setengah jam. yang kelakarnya siap jemur tepi padang lagi, dapat mentari cerah cuaca biar kembang kembung adunannya.
tengok budak2 buat beg cendawan pulak kemain laju prosesnya. ye laaa dah rasuah dengan makanan kan cepat la sikit pergerakannya. kalau tak selalu nak ngabeskan 2  3 guni pun seksa. katanya Alex, "Ini hari semua banyak baik, kerja banyak cepat, mau makan" Ajaibnya, lima guni campuran medium dapat dihabiskan dalam masa tak sampai sejam setengah.. adussssss............makan rasuah hupenye budak2 nih.. he he he
bila dah siap kemas2 tempat buat medium, pakat2 masuk pulak ke bilik masak. tgk adunan donut kembang hampir nak penuh dalam besen yang digunakan. bila cikgu (aku le tu.....) tumbuk2 adunan nak keluarkan angin, memasing dah ternganga. bila aku leperkan doh utk terap, ada yang terlopong.. ada yang x kenal acuan pun. pastu mula la memasing exited utk cuba buat jugak. siap ada yang kata lagi..... "saya baru ini petama kali saja tengok...." adui kesiannya... maklumlah di sini kebanyakannya pelajar keturunan India dan Cina tak berapa nak mahir sgt... maklumlah deme dok pk nak jual sayo aje korejenye...
bila dah goreng, cikgu siap cakap awal2 lagi, jangan makan dulu, tunggu siap baru makan sesame. kalau tak semua cikgu amik bawak pi bilik guru... heeeeee tau pun takottt. abes semua adunan ni dapatlah dalam 40 lebih bijik donat. memang kenduri la budak2 tu sekalian... cikgu pun turut dapat merasa. memang sedap, gebu dan lembut aje... bila tanya budak2 ni cukup makan ke tak diorang kata "cukup, saya makan 3." ada jugak yang kata "cikgu, saya makan 5 oooooo" amboiiiii mentakedarah sungguh
xmo cite banyak. jom tgk nih

 tgk la hasil keras tangan anak2 tiri aku.. ahaks

 comel2 jer... ada yang teruja lagi sebab yang kecik bulat cinonet tu pun boleh goreng
tengok tuh... gebu macam cikgunye

ni je yang tertinggal utk cikgu2 rasa... tapi kalau di bagi ke budak2 mau abes sume

jadi, kesimpulannya kira same2 dapat untung lah... beg medium dapat siap, perut pun kenyang. alhamdulillah hari ini berjalan lancar semuanya...

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]