Thursday, May 19, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Prelude

Sebenarnya, salah satu hobi CS adalah menulis cerita-ceriti (sekarang masa agak terbatas nak teruskan, masih ada beberapa yang terbengkalai. InsyaAllah akan disiapkan.)
Seingat CS, novel pertama yang ditulis adalah selepas peperiksaan PMR, tulis dalam buku latihan, dua bijik semuanya, tulisan tangan.. Heeeeee...masa tu bangga sungguh bila bagi kawan2 baca. Ada yang menangis lak tu... Nanti la CS selongkar kot2 ada salinannya.

Untuk cerita KISAH AKU DAN DIA  ni CS tuliskan pada bulan Jun-November tahun 2002. Masa tu CS masih lagi menuntut di UPM, tengah muda belia, penuh dengan idea...
Tujuan utama CS pertontonkan disini adalah untuk berkongsi dan menjadi koleksi CS di masa akan datang... Walaupun banyak kekurangan, terimalah ia seadanya...

Ehsan My Uncle Google

Sinopsis :
Mengisahkan liku-liku hidup Nur Iman Mastura dan Firdaus Hakimi yang melalui pelbagai cubaan sehingga akhirnya dia dijodohkan dengan Rezal Arifin. Kemanisan berumahtangga tidak bertahan lama apabila Rezal dijemput Ilahi terlebih dahulu. Namun jodoh Nur Iman Mastura dan Firdaus Hakimi terlalu kuat apabila dipertemukan semula secara tidak sengaja.. Apakah kesudahannya.... ikuti kisahnya

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]