Monday, November 17, 2014

Koleksi Manik Pada Tudung #2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Apabila saya kongsikan sesuatu sebagai n3, tidak pernah terlintas di hati untuk menunjuk2 atau berbangga. Seperti juga apabila saya kongsikan manik2 yang saya jahit pada tudung saya sendiri. Pada pendapat saya, agak susah untuk mendapat contoh menjahit manik, jadi saya berharap dengan perkongsian yang saya beri ni sekurang2nya memberi idea untuk orang lain turut sama mencuba. Dari segi teknik menjahit masih sama iaitu jahitan jelujur, cuma saya nak highlight dari segi susunan warna manik pula.


# Pattern 1




Yang ni gabungan warnanya 'naik'.

Kalau diperhtikan dalam n3 ini, manik yang saya jahit adalah dengan menggabungkan pearl dengan kristal (saiz kecil dan besar). Dengan adanya kristal jahitan akan lebih cantik dan menonjol. Kristal kan ada bling2 macam diamond sesikit...


#Pattern 2 & 3

Yang hitam tu saya dah pernah letak manik dulu [entry] tapi saya buka semula sebab nampak tak comey sangat. Ini adalah jahitan manik yang kedua tapi saya dah bukak jugak sebab saya rasa terlalu besar pulak kejadian bunganya. Pastu juntaiannya pula agak berat, senang kata kalau kena libas memang bengkak la muka!

Yang disebelahnya tu bunga2 terhasil adalah lebih kecil dan agak ringan kerana menggunakan pearl sai kecil.

#Pattern 4 & 5

Yang purple ni saya suka sangat sebab manik dan kristalnya sangat kena dengan kain. Susunan maniknya lebih kurang sama dengan pattern 2. Untuk pattern 5, saya menggunakan gabungan kristal dan manik sahaja. Cuma bila saya nak gantung, tetiba saya perasa benangnya putus di beberapa tempat yang saya kira sangat misteri sehingga sekarang. Pattern ni sama dengan pattern 1.


#Pattern 6 & 7

Untuk pattern 6, saya dah buat tutorial [klik] dan percayalah kalau korang berkeinginan nak buat sendiri ianya memang sedang. Cuma untuk kelainan kena la ubah sesikit susunan manik / pearl / kristal yang digunakan.

Untuk pattern 7 pulak, ini design lain sikit. Saya gunakan kristal kecil dan sederhana, tapi tak cukup pulak nak buat juntaian dibawahnya. Nanti kalau senang saya buat tuto. Ia lebih kurang sama jugak cuma untuk baris tengah tu manik dijahit di tengah2.


#Pattern 8 & 9

Sama dengan pattern 1 dan pattern 3. Cuma untuk pattern 8, manik putih tu agak terang bila digandingkan dengan kuning gelap, dah jadi overshadow sikit. Yang disebelahnya tu ala2 sopan sikit sebab pearlnya tak menonjol sangat.


#Pattern 10 & 11

Pattern 10 ni pun biasa saja, cuma kristal dan pearl yang digunakan berbeza saiz. Ini memberikan sedikit struktur pada bentuk bunga yang terhasil. Pattern 11 pulak sama dengan pattern 4, cuma warna manik dan pearl berbeza.


#Pattern 12 & 13

Kedua pattern yang sama cuma berbeza penggunaan pearl dan kristal. Pattern 13 tu saya gunakan tudung yang saya bukak maniknya semula dalam koleksi 1. Maklumlah pestaim kan...

Yang sebenarnya bila kita letak manik pada tudung, secara tidak langsung ia akan menaikkan seri tudung yang kita pakai. Saya memang suka menjahit manik dan manik2 serta kristal memang sentiasa ada dalam gobok jahit saya. Korang pun apa kata cuba jahit manik sendiri, tudung dah buat sendiri, manik pun jahit sendiri, jimat... jimat...

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

9 comments:

  1. ni tudung akak sendiri ke akak jual nih? dana sendiri boleh bilang ngn jari berapa lai yg ada manik heheheh.... kalu jht kt tudung org adalah... rajin betul lah akak... salute betul dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah angin memanik Dana... lagipun nak pakai sendiri kan, harus la kerja lebih sikit

      Delete
  2. Wana mmg kagum la dgn hasil kerja tgn cheq sue..cntik dan kmas nmpk jahitan maniknya..semua cntik2..suka2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Wana... hasilnya ni belum seberapa, tapi cukuplah jika nampak sempurna di mata sendiri... ^_^

      Delete
  3. Replies
    1. Errr, belum pakar lagi MKL... baru belajar2 je sendiri

      Delete
  4. kemasnye jahitan..

    Jemput ke blog saya :
    http://norzuryati.blogspot.com

    ~perkongsian tentang kisah hidup, rumahtangga, anak2 yg comel, tips kesihatan, tips kecantikan dan lain2 :)

    ReplyDelete
  5. rajinnyer..saya suka jahit menjahit manik ni!tq bg idea..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]