Wednesday, December 12, 2012

Bangunan Pelik Di Dunia


 
Buat sementara waktu ni kena isi blog dengan n3 yang macam-macam ada ibarat iklan ASTRO. Cheq sue lupa nak bawa balik USB kamera jadi x dapat la nak mentransfer gambar. Ada baca pasal ni dekat surat khabar sinar harian. Jadi cheq sue google gambarnya dan share dengan kawan2 yang mungkin tak sempat baca paper. Memang unik dan pelik bangunannya. Moh tengok...
  
Bangunan Telur, China
 
Bangunan Syiling, Emiriyah Arab Bersatu (UAE)
 
Wood Skyscraper, Vancouver
 
Bangunan COR, Miami
 
The Dancing House, Republic Czech
 
Muzium Kebangsaan Zayed, UAE
 
Bangunan Swastika, Amerika Syarikat
 
Bangunan Ren, Shanghai
 
Elephant Building, Bangkok
 
Menara Hashtag, Seoul

Stylish Thankyou

Monday, December 10, 2012

Setakat Ini Sajalah Perhubungan Kita...


 
Setelah hampir seminggu sepi tanpa kata, tuan tanah nak kembali bercerita. Konon-konon n3 bunga bakawali adalah yang terakhir untuk tahun ini, tetapi nampaknya sayang pulak nak biarkan ABC sepi tanpa penghuni. Bermula dengan kecederaan pada charger lappy, dan internet yang sangat buruk dan menyampahS, terus membantutkan semangat berblog. 
 
-__-   babai
 
Dari CH sampai ke kampung memang susah sangat nak dapat line internet.  Bulan-bulan bayar seratus, eh geram sungguh bila nak guna, dok melangut aje depan lappy 2 3 jam meloading x lepas lagi. Jadi beberapa hari lepas cheq sue pergi terminate broadband sedia ada dan bertukar pada yang lain pula. Nampak macam ok sikit line nya..tengok la camana kalau bagus boleh kekal guna yang ni. Tahun depan banyak kerja sekolah nak kena online, kalau asyik problem aje tensen la kan?
So, selamat jalan romeo, selamat tinggal . Harap2 yang baru ni menambahkan lagi semangat berblog. :)
Sampai jumpa lagi. Wassalam

Saturday, December 1, 2012

Bunga Bakawali @ Bunga Satu Malam


Bunga bakawali ni memang ada di tanam di laman rumah. Jarang sekali dapat melihatnya berbunga & berkembang. Kebetulan masa balik kampung cuti Deepavali baru-baru ni, ada banyak sekali bunga yang sedang menunggu masa untuk berkembang. Uniknya bunga ni hanya betul-betul kembang pada waktu tengah malam dan akan layu keesokan harinya. Semasa sedang berkembang ia akan mengeluarkan sejenis bau yang sangat harum dan menenangkan. Sukar hendak menggambarkan bagaimana baunya... lembut dan manis gitu.
Jadi di sini cheq sue ingin nak kongsikan beberapa gambar yang di ambil untuk tatapan bersama. Mana yang tak pernah lihat tu bolehlah tengok. Wassalam...
 

 
 
 
 
Stylish Thankyou