Thursday, June 6, 2013

Kek Span Oren

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

 Saya hentikan seketika cerita pengembaraan ke Banda Acheh dan memberi laluan kepada n3 masakan pula. Kek span oren ni merupakan salah satu olahan saya terhadap resepi yang selalu saya buat. Asyik buat yang sama saja kan, apa salahnya cuba lain sikit tengok macam mana pula hasilnya. Kebetulan pulak dekat rumah ada stok Peel Fresh, tu yang terus je jadi kek span oren.


Alhamdulillah...walaupun ada sedikit penderhakaan, menjadi juga keknya. Gebu dan lembut macam span. Bila pegang rasa macam kapas saja. Saya tidak menghiaskan kek ni hanya diletakkan topping simple sahaja iaitu air Peel Fresh (oren) yang dididihkan dan disapu diatasnya. Kira balance la dengan manis kek tu.


Terima kasih pada yang sudi berkongsikan resepi ini ya. Kalau ada yang nak mencuba dipersilakan dan anada juga boleh mengolahnya mengikut citarasa masing-masing.

KEK SPAN OREN
Resepi : Sharm1969
Olahan : Cheq Sue

Bahan-bahan ( Saiz 9" )
50g gm gula kastor
60g tepung naik sendiri
 2 biji telur
10 gm ovalette
20 gm jus oren (saya guna Jus Oren Peel Fresh)
10 ml minyak jagung

Cara-cara
Panaskan ketuhar pada suhu 160’C
Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.
Perlahankan putaran, masukkan minyak.
Lapikkan loyang dengan baking sheet dan masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.
Sejukan kek, potong 2 lapisan. Sapu krim dan letakkan beri.
Naikkan kek atas lapisan yang telah dikrim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim.
Hiaslah mengikut citarasa kita.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Wednesday, June 5, 2013

Banda Acheh Day 1 : Pantai Lampuuk (Tebing) - Lamprit

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Daripada Kapal Apung, kami dibawa ke Pantai Lampuuk. Saya tak pasti di daerah mana, hanya menurut sambil memandang keliling kiri dan kanan jalan. Hanya sesekali mendengar perbicaraan supir, yang saya dengar hanya Lampuuk, tebing, dan beberapa yang saya tak ingat. Jika mereka berbahasa Acheh (berdasarkan suku) agak susah juga nak faham. Jika tidak, pertuturannya agak senang difahami kerana ada sesetangahnya tidak jauh beza dengan bahasa Melayu.


Tujuan asal ke Pantai Lampuuk ni adalah untuk melihat matahari terbenam (sunset) tetapi sayangnya matahari terbenam di sebalik bukit, kira macam salah tempat lah.


Pantai ni agak landai, tetapi anginnya sangat kuat dan hempasan ombaknya agak laju. Semasa kami sampai tak berapa ramai orang kerana masanya sudah hampir waktu Maghrib. Di kawasan ini ada juga disediakan kedai makan dan chelet buat yang ingin menginap.


Sepanjang di pantai ini, rasa sangat tenang. Tak ada apa nak fikir dah selain dari keletihan. Dengan deru ombak dan angin pantai menampar ke wajah, memang seronok berlepak-lepak sambil mengambil gambar. Jadi, layanlah ya...





Selepas selesai di Pantai Lampuuk, kami bergerak ke Masjid Baiturrahman (Masjid Raya) untuk solat Maghrib tetapi tidak dapat masuk kerana tak ada parking. Dan perjalanan diteruskan pula ke Lamprit, iaitu ke rumah Ibu Etie. Semasa berjumpa di pantai, beliau berkali-kali meminta kepada kami untuk singgah di rumahnya.

Semasa di Lamprit, saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar, tetapi kami dihidangkan dengan satu juadah yang berupa karipap, yang dipanggil pastel. InsyaAllah kalau ada resepi saya akan kirimkan di sini nanti. Kita stop dulu untuk hari pertama. Nak ingat cerita untuk hari kedua pulak... ^^

 ********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Tuesday, June 4, 2013

Banda Acheh Day 1 : Kapal Apung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Selepas berehat seketika, kami dibawa melawat KAPAL APUNG dalam daerah Pungee iaitu tempat dimana kapal dihanyutkan sejauh +5 km semasa kejadian tsunami 2004. Subhanallah...siapa yang tahu kan, bagaimana kapal seberat 3 tan ni dibawa dengan kuasa ombak. Jadi dapatlah kita gambarkan dengan pandangan kasar betapa tinggi dan ganasnya ombak semasa kejadian tersebut.


Kawasan ini dibangunkan sepenuhnya pada 2008, di mana ruangan tempat naik diperbaiki dan diletakkan laluan yang lebih selesa serta di sediakan juga Taman Edukasi Tsunami di bersebelahan yang menempatkan gambar2 semasa kejadian tsunami. Bila melihatkan gambar2 tersebut, memang sangat sayu terlihat mayat2 yang bergelimpangan di pukul badai.


Lihatlah betapa besarnya kapal ini. Saya tak dapat naik hingga ke atas, gayat sebab tangganya agak curam. Melepak saja di tingkat bawah.


Kalau sampai ke atas boleh la tengok pemandangan laut yang terbentang.


Di sini juga merupakan kawasan wajib dikunjungi sekiranya ke Acheh. Kiranya tempat tumpuan pelancong lah. Bukan sahaja ada pelancong asing, tetapi ramai juga warga tempatan yang datang melawat. Semasa waktu azan, pintu masuk utama di tutup (rehat) dan keseluruhan tempat ditutup jam 5 petang (kalau tak silap).


Di luarnya ada tersedia beberapa gerai untuk pengunjung. Di sini test membeli guna duit ribu-ribu. Aiskrim ni berharga Rp2000. Nak gelak je tengok abang tu bagi balance...


Ada juga disediakan kedai cenderahati dan kedai makan. Jadi sementara menunggu tu boleh la melihat mana yang berkenan....

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~