Wednesday, August 26, 2015

Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya kalau ada pucuk ubi di rumah memang akan masak tempoyak macam ni. Alkisahnya nak cerita saya bawa pucuk ubi dari kampung, bawa masa nak balik raya itu hari tapi tak menyempat nak masak sebab keluar miting la... puasa la. Dekat 2 minggu jugak dalam peti. Bila bukak2 Alhamdulillah elok lagi, cuma agak lembik sebab saya simpan dalam tempat beku. Pucuk ubi tu pulak saya campur2 dengan daun yang masih keras, bukan kata pucuk yang memang sesuai untuk masak. Jadi masa simpan tu saya bungkus ketat2 dengan surat khabar dan letak tempat beku. Saya fikir2 pasni boleh la kalau nak simpan sayur jenis lain pulak, dengan syarat jangan bagi basah.




Tuesday, August 25, 2015

Daging Masak Hitam II

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang selalu masak daging menggunakan resepi ini. Memang sedap dimakan dengan nasi panas tanpa sedar boleh bertambah  tambah.. Kebetulan pulak dalam peti ais saya ada stok daging yang dibawa dari kampung selepas cuti hari raya (bayangkan berapa lama dok mengeras kat situ...). Masa nak raya tu My Cek ada beli daging... masa tu seekor lembu harganya dalam RM8k-RM10k seekor. Bayangkan berapa besarnya lembu tu. Tapi Alhamdulillah dagingnya tak keras atau liat. Masak kejap pun dah lembut.


Buat sesiapa yang ingin mencuba saya tempekka resepinya di bawah ni.



Saturday, August 22, 2015

Cinta Tiada Akhirnya - 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 




Restoran baru berdekatan pejabat menjadi pilihan Zubir untuk makan tengahari. Waktu agak lewat kerana dia baru saja selesai bertemu seorang pelanggan yang ingin membuat permohonan pinjaman. Sedang dia menikmati makanannya, matanya tertumpu kepada seorang perempuan tidak jauh dari mejanya. Tiba-tiba hatinya diketuk debar yang hebat. Terdetik sesuatu di jiwanya. Wajahnya persis Aqilah tetapi bertudung. Dia mempunyai tahi lalat di atas bibir. 

Mmmm…Aqilah bertahi lalat di dagu. Ah, sekali pandang serupa benar dengan Aqilah. Sedang dia dalam keasyikan, tiba-tiba seorang jejaka duduk di sebelah gadis tersebut. Eh, itu kan Wari, jejaka tinggi lampai yang bekerja selang satu pintu dari pejabatnya. Oh…sudah kepunyaan orang rupanya. Rasanya baru minggu lepas dia melihat Wari dengan perempuan lain, kali ini lain pulak. Banyak betul teman wanita si Wari ni. Patut la Jamal, budak penghantar surat pejabatnya menggelarkan Wari playboy.. 

Tiba-tiba Wari memandangnya. Dia lantas mengangkat tangannya dan memberikan senyuman. Si gadis turut sama tersenyum. Sungguh manis sekali.. Hati Zubir masih berdebar. Ingatannya terus kepada Aqilah!
 


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"