Sunday, June 16, 2013

Jeram Pasu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Masa cuti sekolah baru ni sempatlah saya dan anak buah ke Jeram Pasu, yang jaraknya kira2 15 menaiki kereta dari rumah. Saya balik saja terus budak2 ajak. Kata mereka tokmek bahitahu ajak bila makcik balik. Jadi nak tak nak kena la jugak langsaikan janji dengan kanak2 ribena yang tak sudah2 kata nak pergi. Kalau zaman sekolah dulu saya and the gang sanggup berjalan kaki dari rumah ke sana...

Nostalgianya di Jeram Pasu ni...adalah tempat di mana saya berjumpa dengan kekasih hati yang pertama. Ha ha ha ha...gelak jahat dulu. Zaman budak2 weh, gatal je lebih masa tu. Sekarang ni nan hado la. Senyum sendiri bila terkenang.


Di Jeram Pasu ni, air terjunnya ada beberapa peringkat. Yang ini kawasan paling bawah. Kalau dulu tak dapat nak mandi dekat sini sebab airnya dalam tetapi sekarang tak dah sebab banyak pasir. Saya sendiri hampir lemas di sini tapi sempat ditarik oleh seseorang. Hai, sadis bila ingat semula. Di sini juga saya sempat menguji setting kamera di mana yang ini saya menggunakan speed shutter yang perlahan.


Cantik kan, air terjun mini dalam 3 tingkat.


Ada juga kemudahan yang disediakan seperti tempat penginapan, tandas, wakaf dan tempat duduk. Di kawasan situ ada juga disediakan gerai makan, jadi tak ada masalah kalau tak bawa makanan atau tba2 rasa lapar.


Di sini juga disediakan gelongsong simen dan dihujungnya ada kolam (dewasa dan kanak2). Cuma kena hati2lah sikit, kalau simen tu licin, kang tak pasal2 boleh jatuh. Kalau ada mozek yang pecah, alamatnya berdarah la kaki. Di sini boleh tengok macam2 cara orang menggelongsor. Ada yang berdiri, meniarap, duduk dan berkumpulan.


Selain dari tempat gelongsor untuk orang dewasam ada juga disediakan untuk kanak2. Jaraknya tak la jauh, kira2 sesuai la. Cuma kalau budak2 gelongsor tu kena la hati2...bukan apa bila dah masuk ke dalam kolam boleh jugak lemas kerana tujahan air.

Kalau ada sesiapa yang nak berkunjung ke sana boleh melalui dua jalan iaitu melalui jalan lama Pasir Puteh - Machang (melalui kebun getah) dan juga jalan Kota Bharu - Pasir Puteh (melalui Sekolah Sains Pasir Puteh). Cubalah bertandang ke sana, lihat dan rasai kesegaran alamnya.

 ********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam 

Lensa : Dari Atas Kapal Terbang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Subhanallah! Tak ada lain perkataan yang mampu saya ungkapkan di saat mata memandang segala panorama ini. Jarang2 dapat berada di langit biru, jadi ianya satu moment yang sangat berharga pada saya. Kebetulan masa balik dari Acheh tu saya dapat seat sebelah tingkap, jadi dapatlah saya abadikan detik2 ini. Saya sebenarnya gayat dengan ketinggian. Bila je kapal terbang terlanggar awan atau senget, mudah je saya nak berdebar. Orang Kelantan kata beralun dalam perut. Tapi dalam gayat2 tu saya nak kongsikan gambar2 ini. Layanlah ya!







Selamat berhujung minggu!

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Saturday, June 15, 2013

Nostalgia : Sarang Burung (Daun)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Apa khabar semua? Selamat berhujung minggu. Selesai bermeeting, tak menyempat nak berblog dek kepenatan dan kurang sihat. Apa cerita dan masakan yang hot sekarang ni? Di hari Sabtu begini meh la kita baca kisah nostalgia yang dah lama saya tak kongsikan.

Lama jugak saya tak nampak sarang burung yang dibuat dari daun seperti dalam gambar di bawah ni. Kalau zaman kecik2 dulu selalu masuk dalam semak (orang Kelantan kata 'rok') senang je nak jumpa sarang burung begini di pokok medang. Pastu mula la skodeng ada tak anak burung atau telur dalam tu.


Tapi masa cuti baru ni, saya melepak di rumah arwah tok, sambil berfotografi la konon, terdengar la kicauan burung yang tak berhenti2. Saya ingatkan tak ada apa, iyalah dah resmi burung kan. Tapi dalam pada dok pusing-pusing tu terpandang la pulak sarang burung pada pokok apa tah ni. Rupa2nya burung tu berkicau tak henti agaknya risau saya usik sarang mereka.


Unik kan, apa teknik yang digunakan oleh burung sekecil 2 jari untuk membina sarang yang kukuh sebegini. Lihatlah betapa gigihnya mereka menghasilkan tempat untuk berlindung.


Bila diintai, memang ada anak burung di dalamnya. Dah tumbuh bulu pun tapi saya agak belum keseluruhan lagi. Keesokannya bila saya tengok, ada pulak sebiji telur di dalamnya. Semoga tak ada yang mengacau dan anak burung itu dapat hidup dengan sihat.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Thursday, June 13, 2013

Banda Acheh Day 4 : Sampai Ketemu Lagi Banda Acheh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hari terakhir di Hotel Goldcourse. InyaAllah saya akan kembali semula ke CH tengah hari nanti. Dan saya ingin mengakhiri cerita pengembaraan ke Banda Acheh dengan n3 hari ke 4, iaitu hari terakhir.

Setelah 3 hari menghirup udara Banda Acheh, kami akhirnya kembali ke Malaysia dengan penerbangan AK1306. Penerbangan yang sepatutnya berlepas jam 10.45 pagi telah delay ke pukul 12 tengahari. Alhamdulillah kami selamat mendarat di LCCT pada jam 2.20 petang. Dan pada jam 2.55 petang segala urusan selesai dan kami bergerak keluar dari situ.

Yang tinggal hanya kenangan. Ya, begitulah yang saya rasa. Sesungguhnya pengalaman berada di Acheh sangat menyeronokkan. Jika dibandingkan dengan trip sebelum ini, pastinya trip kali ini lebih mendatangkan kesan di hati. Ianya banyak mengajar saya erti kehidupan keluarga dan susah senang bersama.


Terima kasih buat semua yang sudi menumpangkan kasih kami di sana. Keluarga Ibu Elly, keluarga Ibu Etie, keluarga Ibu Dewi, keluarga Om Yan, Keluarga Augustina, Nek Munah, Nek Saadiah, Keluarga Bulek, Keluarga Abang Arman, Icha, Helan Dhani, Syukran dan mana-mana yang saya tidak sebutkan namanya di sini. Sesungguhnya teramat besar budi kalian semasa kami di sana.

Buat Kak Nor, Nyai, Mak Long, Mak Ngah, Mok Ja, Hafizan, Azian, Alia dan Farah, terima kasih kerana suka duka yang telah kita ciptakan.

Selain dari gelak ketawa, yang tak akan dilupa sudah tentunya tentang ceritera tsunami. Bila mereka bercerita mengingat kisah lalu, boleh lihat airmata bergenang. Bulek sendiri (dalam gambar) mengatakan dia berpegang pada tiang rumah (tingkat 2) dan sempat melihat bagaimana ombak meluru ke arah mereka. Dan kita yang mendengar sudah tentulah tidak merasa seperti mereka yang melaluinya. Innalillah...

Nek Saadiah pula mengalir air mata di saat kami berpelukan untuk ke lapangan terbang. Aduhai hati, alangkah sayunya dengan kasih yang tercipta dalam sekelip mata.


Ini pula cebisan kenangan dengan abang supir kami sepanjang di sana. Selesa dipanggil Din, lulusan IAIN Al Raniri. Orangnya sangat baik, mesra, bahasanya halus dan merendah diri. Kalau ada yang nak ke Acheh boleh hubungi dia untuk pengangkutan. Kalau ada nombor telefonnya saya akan kongsikan di sini nanti.

Antara tips yang nak saya kongsikan jika ke sana (atau ke Indonesia)
  1. Selalulah tengok Air Asia promo. Saya pergi balik ni harga tiket RM88 sahaja (tak ada bagasi)
  2. Simpan duit untuk airport tax (Rp100,000) dan derma wajib (Rp10,000), jangan habiskan terus untuk shopping
  3. Jaga2 dengan makan, pastikan halal dan kebersihan
  4. Kalau nak membeli belah, jangan segan nak tawar menawar
  5. Seeloknya berjalanlah dalam kumpulan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan selama berkelana ke Banda Acheh. Semoga korang semua mendapat sedikit sebanyak maklumat yang berkaitan. Maaf jika n3 agak berjela-jela.

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~