Tuesday, April 9, 2013

Soy Honey Glaze

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Annaseyo... Ewah, berbahasa Korea pulak ni apa ke hal? Bukan saya seorang saja kot yang hantu dengan drama Korea, mesti ramai lagi kawan yang turut sama suka menonton seperti saya ni. Alkisahnya saja-saja la search Korean food, ye lah, selalu tengok dalam tv kan, kimchi la, kimbap la, dubbokki la...rasa jugak macam nak buat. Nak pergi ke sana entah bila boleh dapat, jadi kita cuba la masak sendiri masakannya tu.

Jadi saya mulakan dengan satu n3 ringkas yang dinamakan soy honey glaze. Errr, korang faham sendiri la ya maksud BMnya. Glaze ni sesuai sebagai sapuan atau perapan  pada ayam atau ikan yang di bakar, dan boleh juga dicampur dalam sayur-sayuran, tapi tak tahu pulak saya macam mana nak masak, kalau ada masa nanti saya kongsikan di sini pulak ya.


Masa saya dok skodeng kat laman web tu, sebenarnya berkenan dengan satu resepi menggunakan ayam, tetapi turut menggunakan campuran ni, jadi saya buat ni dulu barulah resepi ayam tu. Nanti saya kongsi di n3 lain okeh. Korang kalau ada masa tu cuba la ke laman web yang saya taruk kat bawah ni ya, memang syok sesangat tau.

Kalau ada sesape yang nak cuba tu boleh la refer resepi di bawah ni ya. Kalau agak nak pedas boleh masukkan cili sebab glaze ni agak manis juga. Terpulanglah pada citarasa memasing.


SOY HONEY GLAZE
Source : Koreanfood

Ingredients:
1/2 cup soy sauce saya guna kicap kipas udang (manis)
1/4 cup sugar
1/4 cup honey
1 tsp olive oil minyak jagung
saya tambah 1 st garam
 
Preparation:
Mix ingredients together until honey and sugar are dissolved.
Store in refrigerator for use on fish, chicken, and vegetables.
semua campuran ni saya masakkan sekejap atas dapur gas sehingga mendidih
 
********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. 
~ Wassalam ~

4 comments:

  1. saya pun memang suka tengok citer korea.. tapi skrg tak de masa nak tengok.. citer melayu pun dah jarang ada masa mcm dulu layan setiap episod.. huhuhu.. sejak2 ada baby mmg kena rajin layan baby.. utamakan masa bersama baby kan..
    >> dulu time layan citer korea tengok sup taugeh dia pun nampak sedap.. hehe.. kimchi la.. apa2 lah.. sampai anak no3 skrg mmg suka makan makanan org matahari terbit tu..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...sesekali mencari kelainan dan ubah selera kannnnnn..nak tunggu paparan ayamnya pulaa

    ReplyDelete
  3. best jugak ni cheqsu buat banyak2 letak dlm petiais nk guna ambik je kan..

    ReplyDelete
  4. Assalam,

    Sedap juga masakan Korean... jom jln2 cari makanan Korea kat Dubu Dubu Midvalley
    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2013/02/dubu-dubu.html

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]