PAGES

Monday, October 22, 2018

Makan Kulit Lembu??

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ok, meh sini nak cerita. Pernah makan ke idok kulit lembu? Haa, iyalah kulit lembu atau perkataan yang lebih sopannya adalah belulang lembu. Apa? Boleh makan? Eh memang la boleh makan sebab itulah saya upkan di sini.

Yang sebenarnya kalau dekat Indonesia kulit lembu ni memang diorang makan, samada di masak gulai / sup boleh juga diproses buat keropok. Kebetulan raya Haji tahun lepas 2017 ada sorang abang ni proses belulang lembu tu dibuat sup dan dibawa makan makan di surau dekat kampung. Masa tu la semuanya kepelikan, tapi habis licin sup yang disediakan. Rupa rupanya sedap wehh, macam sup kaki gittew.


Yang ni saya buat air asam sama macam air asam kaki lembu seperti yang pernah saya updatekan dibawah label EKSOTIK.

Nak dijadikan cerita, semasa Aidiladha 2018 baru baru ni, saya dan abang sesaja nak try proses kulit lembu yang ada di rumah (kebetulan ayah saya buat korban). Tak banyak la, dalam sekeping aje, tapi bila dah siap timbang timbang semua dalam 3 kilo jugak rupa rupanya.

Cara dia macam ni...



Thursday, October 18, 2018

Snow Cheese Leleh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Personally saya lebih sukakan kek snow cheese leleh berbanding kek coklat leleh. Tapi itu bukan problem pun sebab setiap orang ada citarasa sendiri. Memasing punya hal lah tu. Jangan sentap pulak dengan statement ni eh.

SCL ni saya buat sekali dengan CCL. Saja nak try sebab kebetulan ada anak buah jadi tukang makan tu ada. Kalau nak harapkan buat hari biasa memang malas sikit sebab malas nak makan banyak-banyak. Rupa rupanya diorang pun sukakan kek ni berbanding CCL.


Untuk kejadian kali pertama ni memang tak berapa nak jelita sangatlah. Maklumlah baru pertama kali buat kan... Parutan cheese di atas pun agak kasar sebab tak ada grater yang halus. Rasa macam dah pernah beli tapi missing in action pulak. Saya buat kek ni dalam bekas aluminum je, buat individu sebab senang nak makan, lenkalilah buat kek sebijik, nak jugak try.



Tuesday, October 16, 2018

Brownies Walnut

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sesungguhnya sudah jatuh cinta dengan brownies ni. Payah jugak nak suka brownies tapi yang betul betul kena dengan selera saya. Rasa, tekstur, bagi saya memang perfect. Ini kiranya kali kedua saya buat, kali pertama tu takleh nak kira sebab saya campurkan dengan adunan cheese lebihan buat kek snow cheese.


Walaupun tak berkedut, dan agak mendap di bahagian tengah, tetap sedap pada tekakku. Itu yang pentingnya frasa jangan menilai dari rupa.



Thursday, October 11, 2018

Coklat Cheese Lava Kek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya ada kisah yang agak tragik dengan kek coklat, sampai satu tahap saya dah tak mahu membuatnya. Trauma tau, tapi malas lah nak cerita, simpan dalam hati je. Tapi kalau sesiapa yang kenal saya, saya suka nak mencuba, dan sebab itulah saya buat kek ni, sebab saya nak cuba buat dan nak menjamu anak-anak buah saya.  Kalau tak buat kita tak tahu macamana caranya, susah ke senang, menjadi ke tidak.


Nah, inilah hasilnya.  Tak sangka jugak menjadi elok, tak kalah dengan orang yang jual tu. Tapi 1st attempt ni biasalah ada kekurangannya somewhere. Di atasnya saya just lorekkan dengan nutella sebab lupa nak simpan sikit adunan cheese, kalau tak nampak jelita la sikit.



Tuesday, October 9, 2018

Kit Takoyaki DIY

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila sebut pasal takoyaki ni, bukanlah nak kata favourite sangat, tapi bukanlah kata tak gemar jugak. Hanya sekadar makan, ukan kata pantang jumpa terus nak beli. Cuma itulah, tak pernah lagi buat sendiri walaupun acuannya tu dah beli lama. Sebab apa? Sebab tak ada sos tu, kalau kata tepung bancuhannya dah ada satu dua yang saya save, cuma tertangguh dek nak dapatkan sos.

Baru baru ni bila dah terjebak membeli di Shopee, saya cuba search dan terjumpa beberapa penjual yang mempromosikan kit DIY masing masing. Saya pun cubalah beli satu dan ia didatangkan lengkap dengan set tepung, sos, mayonis, seaweed, bonito flakes dan juga chilli flakes. Di dalamnya ada 5 peket tepung, sekali bancuh (1 paket tu boleh la dalam 15 - 16 biji).


Mula mula saya buat ni masa dekat kampung, bila anak anak buah balik. Memang seronok la deme ni makan, sebab puas hati, kalau kata nak beli 4 biji dah RM5, bila buat sendiri ni memang jimat dan boleh angkat dua ibu jari.

He he he...



Wednesday, October 3, 2018

Easy & Moist Red Velvet Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alkisahnya buat kek ni konon konon sebab nak celebrate birthday sendiri, tapi hancus kejadiannya. As i mentioned before, i memang addict dengan red velvet ni. Itu yang semangat nak buat. Tapi sebab buat kek ni di rumah sendiri, tau tau ajelah ada bahan yang takde. Tahu apa yang takde tu? Pewarna merah okeh, cari cari di dapur ada sirap maka jadilah sirap nak memerahkan kek ni. Maka taklehlah nak panggil red velvet, kena tukar menjadi sirap velvet. Ha ha ha...


Paras rupa kejadian. Memang merah tak membara, acah acah saja. Tapi takpelah kita yang buat dia. Dengan sedikit kekurangan tak menjadi sebab untuk tidak mencuba.



Tuesday, October 2, 2018

Kek Lapis Red Velvet Cheese

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang suka dengan apa apa sahaja yang berkaitan dengan red velvet. Kek, brownies, biskut, aduhai sedapnya...sukar nak dijelaskan perasaan tu. Jadi bila ada resepi baru yang saya jumpa memang saya usahakan untuk mencuba. Tapi macam resepi kek ni memang merupakan my keeper recepi la sebab kalau nak buat kek lapis RV memang saya akan guna resepi ni pun. Alkisahya saya buat kek ni masa Aidiladha lalu, saja nak makan makan dan bolehlah dijamu orang yag datang.


Rupa paras selepas kejadian. Memang sengaja saya perangkan sedikit bahagian atasnya. Kalau buat kek lapis saya memang lebih suka menggunakan loyang empat segi, sebab macam sama je dengan kek lapis yang dibeli bila kita potong tu nanti.



Monday, October 1, 2018

Muffin Jagung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lately ni pantang jumpa resepi muffin, pantas je tangan nak SC, sampai penuh dalam folder. Maklumlah, sebab senang dan kompom menjadi, tu yang nak buat sokmo benda muffin ni. Walaupun kita nak makan hanya seketul dua sahaja, tapi semangat nak buat tu tetap ada atas nama nak mencuba. Macam kes muffin jagung ni, saya buat di kampung tapi tak sempat nak rasa seketul pun, entah apa yang disibuk bizikan pun saya tak tahu.


Masa bakar bau muffin ni harum betul. Selalu buat muffin pisang or CC tapi muffin yang guna jagung ni agak baru bagi saya. Bahagian atasnya agak garing walaupun saya hias dengan sekeping chocolate coin sebab macam togel aje nak bakar camtu.
Kemenjadian muffin ni tinggi, gebu gebas dan lembut aje. Korang memang kena cuba ni tau. Mudah dan cepat, kos pun tak mahal. Kalau nak buat projek masak masak dengan anak anak pun sesuai sangat ni.



Thursday, September 27, 2018

The Baker Stand Mixer

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 




Beli di Lazada aje pun, sebab nak menggantikan mixer Kenwood yang dah rosak, tapi till now belum berkesempatan nak cuba sebab semua aktiviti bakery menggunakan hand mixer, plus dengan malas nak keluarkan mesin gedabak ni. Nantilah bila bila cuba kita update.Sekarang hantar dok kampung dendiam... kurang sikit napsu nak membaking tu kat sini, ha ha ha...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Wednesday, September 26, 2018

Brownies Kedut (Cik Daa House Of Sugar)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya tak berapa suka nak makan brownies. Entahlah, memang agak kureng sikit sejak dulu. Tapi perasaan nak mencuba tu tetap ada. Nak tahu camana membuatnya, bagaimana kejadiannya, memang tak pernah surut. Kalau kita tak makan pun apa salahnya buat untuk dijamu pada orang lain. Ehhhh, bukanlah tak makan langsung, seketul dua tu kompom dah masuk ke mulut. Cuma itulah tak gemor sangat. Brownies pun ada macam macam jenis ye dak. Saya Google aje resepi ni dan cuba membuatnya pada Julai lalu. Kemain lama eh terperap baru update.


Paras ropa kejadiannya yang diberi nama brownies kedut. Cukup tak kedutnya tu? Sebenarnya memang teruja sangat bila dapat kedut kedut camtu. Macam ajaib pulak bila memula tengok saat keluar dari oven.



Monday, September 24, 2018

Blueberry Cream Cheese Crumble

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pertama sekali saya nak minta maaf sebab dah agak lama saya mencari siapa empunya resepi ni. Saya pun tak ingat dari sumber mana, tapi agak pasti saya mendapatnya dari IG. Saya ada menulis resepinya tapi agak tak berapa rajin nak menulisnya semula. Nantilah kalau saya  ada angin rajin yang entah bila nak datang tu saya akan rewrite dan kongsikan.


Saya nak share ni bukan apa. Sebab resepi ni memang sedap sangat sangat. Tahu tahu sajalah kan, apa apa yang bercheese bergandingan pulak dengan blueberry memang tak salah, memang pasangan yang sepadan bagai pinang dibelah dua gitu. Makan sepotong memang tak cukup. Dan saya sarankkan sape sape yang tengah diet toksah dok berangan nak buat crumble ni lah ya. Kang menyesal tak sudah pulak.

Korang doa doakanlah saya ada keyakinan nak menulis semula resepi ni ya. Memang malas tahap gaban ni. Nak SC kamera telefon dah rosak, memang nak tak nak kena salin jugak. Saya pun nak ada simpanan di sini apa apa nanti senang nak rujuk. Tolong doakan eh..


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Sunday, September 23, 2018

Oyster Cookies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Biskut ni tak cadang pun nak buat. Tengah tak ada kerja, boring dok saja godek satu adunan. Saya memang selalu je guna resepi ni. Cuma itulah, belum lagi dapat shape yang sepatutnya dan rasa sentiasa berubah. Kali ni guna butter mahal, tapi belum sampai piawaian lagi nampaknya. Sekadar nak makan makan tu lepas lah.


Kali ni saya guna acuan samperit je, sebab bukan saya yang buat. Saya bancuh adunan je dan suruh anak saudara saya yang paipkan.



Saturday, September 22, 2018

Sampai Bila - Misha Omar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lama tak ada update pasal lagu pilihan. Bukan tak layan cuma tak berkesempatan nak update. 
Lagu ni tersangatlah menyentuh hati. Rasa macam gedebak gedebuk kena tumbuk bila dengar bait bait liriknya yang sangat berkisahkan cerita saya akhir akhir ini. Memang menangis mula mula dengar.  Dengn suara gemersik Misha dan kekuatan vokal, penekanan kepada perkataan perkataan tertentu, terus sampai maksudnya kepada sesiapa yang mendengar.


Apa kisah di sebalik lagu ini biarlah menjadi rahsia, cukuplah jika liriknya difahami barangkali kalian sudah boleh meneka. Doakanlah yang baik baik sahaja..



Wednesday, September 19, 2018

Kiub Halia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya selalu ada stok kiub halia di dalam esbok, sebabnya saya memang suka minum teh halia, dicampurkan dengan madu atau lemon. Jadi dengan adanya kiub halia macam ni dah tak payah nak sedia sikit sikit bila rasa nak minum tu. Alaaa ini macam kita buat ais kiub tu la, bila nak minum je ambil 3 4 ketul dah setel. Nak bekukan tu terpulanglah pada alat apa yang ada. Macam saya ni guna bekas ais je.


Dah siap. Dah beku, boleh disimpan dalam bekas bertutup dan masukkan semula dalam peti sejuk. Biasa kalau saya nak minum ambil 2 / 3 ketul kiub ni cairkan dulu dalam mug lepas tu baru letak air panas. Kalau terus campur air panas nanti teh tu jadi suam pulak.



Wednesday, September 5, 2018

Fluffy Pankek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kata omputeh pankek, kata kita tak berapa nak putih ni macam lempeng la ya. He he he. Pada saya setiap orang mempunyai versi pankek yang berbeza, dan tidak salah untuk mencuba sebarang resepi yang dijumpai. Kata pun suka masak, suka nak mencuba.


Resepi ni saya jumpa masa stalk IQ Surianti Ramli. Macam biasalah screen shot aje dan simpan dulu till masa yang sesuai nak cuba. Oleh kerana saya ni seorang yang membawa bekal ke sekolah, everyday, maka resepi ni pilihan yang tepat untuk memulakan hari. Pertama kali saya buat (gambar atas) saya buat plain aje tak bubuh garam dan gula, manakala yang kedua tu saya masukkan semuanya includes choc chip. Yang plain ni rupanya sedap jugak dimakan dengan sambal hitam.



Tuesday, September 4, 2018

Chocolate Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kek ni sebenarnya saya bikin sebagai alternatif untuk RVC, disebabkan oleh adanya lebihan aising masa buat RVC di kampung. Sebenarnya plan nak buat mini RVC sebagai my proper birthday cake, tapi bila fikir fikir loyang yang suitable pun tak ada, saya godek godeklah buku resepi dan mencari kek yang bersesuaian untuk digandingkan dengan cheese frosting tu. Paling sesuai rasanya macam brownies la kan, tapi saja saya buat jenis coklat ni sebab nak test resepi baru (dah lama salin tapi tak buat buat lagi)


Nak dijadikan cerita, masa membuatnya tu takde masalah, memang penuh konfidenlah katanya. Saya menggunakan loyang rendah 10x10 untuk brownies ni. Biasa pun memang saya guna loyang itulah kalau nak buat brownies, lagi pula hanya itu saja loyang yang saya tinggalkan di CH ni. Sekali bila dah masak terkejut berok weh bila tengok brownies ni menggebu sampai penuh dalam loyang tu, memang takde can nak letak frosting.Brownies ni pulak teksturnya lebih cakey gitew berbanding yang biasa agak padat sedikit.Kiranya bila dah siap rasa macam makan sliced cake pulak.

Tapi saya sukalah, puas hati dengan kejadiannya tu.



Wednesday, August 29, 2018

Muffin Pisang Mudah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya rasa lately ni saya memang jatuh cinta sesangat dengan muffin. Macam hari hari nak buat. Mungkin teksturnya lebih kurang sama saja dengan kek atau cupcake, tapi kerana resepi dan kaedah penyediaannya yang mudah membuatkan saya tak jemu mencuba resepi resepi yang saya jumpa. Biasanya untuk satu adunan tu dapat dalam 12 biji muffin saiz apa ya... M kot dan tak ambil  masa lama nak perabiskannya. Saya makan 2 atau 3 ketul dan selebihnya saya bawa ke sekolah untuk kawan kawan atau bagi ke bebudak.

Kalau ikutkan muffin ni (dan kawan kawan dia) tak berapa nak sesuai untuk fasa mengekalkan berat badan tapi kalau asyik teringat nak makan aje pun tak sesuai jugak kan. Jadi bila rasa nak makan tu kita buatlah dan makan sekadar untuk merasa.


Muffin pisang ni saya jumpa resepinya di FB Zack, maklumlah lama tak jumpa sekali bertemu di FB kita stalk dan jumpa resepi yang dishare. Ofkos la kita SS dulu dan masuk dalam senarai waiting list kita. Kebetulan pulak memang ada stok pisang masak dalam esok, saya gunakan semua walaupun lebih banyak sekali ganda dari resepi yang dinyatakan.


Monday, August 27, 2018

Muffin Coklat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hai semua. Selamat berjumpa lagi selepas lama bercuti. Apa khabar? Saya ni dari raya ke 2 dok demam sampai sekarang dok ada rasa tak berapa nak sihat lagi. Tapi tak apalah, nak kasi kita rilek rilek la tu..

Bagi saya, membuat muffin ni salah satu alternatif kepada perasaan nak makan kek. Kadang kadang bila buat kek ni nak perabis tu problem, maklumlah kalau buat saiz kecil pun lama nak habis. Tambah tambah sekarang ni macam segan gila nak share kek dengan orang, macam ada perasaan takut orang say something je pasal benda yang dibuat. Jadi bila buat muffin ni makan seketul dua pastu packing ke sekolah untuk bagi kanak kanak, memujuk untuk buat kerja. Lagi satu  pembuatan muffin ni tak renyah macam nak buat kek, takyah nak mixer bagai, guna kekuatan semulajadi aje dah mencukupi. Satu adunan tu dapat dalam 12 ke 20 biji dah mencukupi untuk sekali makan.



Resepi ni saya peroleh dari FB sahabat blogger jugak iaitu Zack Zachoes. Lepas menyepi kat blog, saya memang tak berinteraksi langsung dengan Zack, sehinggalah bulan Julai lalu saya kebetulan nampak beliau di IG dan saya follow. Lepas tulah baru persahabatan bersambung kembali. Syukur sangat sebab dia pakar dalam masak memasak kek mengekek ni.



Thursday, August 16, 2018

Roti Naan Cheese (Slice Cheese)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kadang kadang bila dah cemuih makan nasi, pilihan yang sihat adalah homemade roti naan. Memang boleh je kalau nak beli di kedai tapi yang dibuat sendiri ni lebih terjamin kebersihan dan penggunaan bahan bahan yang terbaik. Jadi godek resepi dan hempuklah sendiri.



Memang jelita sangat roti naan ni. Kalau yang saya pernah buat dulu resepinya menggunakan yogurt, resepi kali ni hanya basic sangat sangat tapi jangan terkejut hasilnya sangat memuaskan. Saya buat hanya setengah adunan, bahagi kepada  3 bahagian. Untuk bahagian 1 saya masukkan slice cheese dan 2 lagi saya frozenkan. 1 bahagian frozen tu saya dah buat plain naan tinggal 1 bahagian lagi dok rilek elok dalam freezer.



Wednesday, August 15, 2018

Basic Scone

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni namanya saja duduk Cameron Highlands tetapi tak pernah lagi makan skon yang deme dok jual di ladang-ladang teh atau di ladang strawberi. Nak jugak feeling feeling makan skon dengan jem atau butter atau nutella sambil menghirup teh panas. Tapi itulah tak ada kerja pulak saya nak meredah jem nak ke tempat tempat berkenaan tu semata mata kerana skon.

Jadi penyelesaiannya mudah saja, Google resepi dan buatlah sendiri. Cari punya cari terjumpa resepi ni tapi saya tak tahu milik siapa sebab saya hanya tulis resepi ni dalam buku kecik aje, jadi minta komen eh kalau kalau ada tuannya terbaca post ni.


Rupa rupanya nak membuat skon ni memang mudah. Uli pun tak payah beriya iya mengikut perasaan, hanya cubit manja manja aje. Saya berkenan sungguh dengan resepi ni sebab dia tak guna gula atau garam. Manisnya tu nanti dari jem yang digunakan. Macam yang saya guna atas ni less sugar raspberry jam.



Monday, August 13, 2018

Chocolate Chips Blondies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dah lama pun sebenarnya buat blondies ni, kali ni buat separuh adunan je. 1st time buat dulu guna full resepi. Ni kes craving nak makan sweet bancuh jugaklah sikit pun. Kali ni kejadiannya masih elok, saja kasi garing garing sikit makan panas panas duh heaven sungguh. Seketul tu bahagi 3 maksudnya 3 kali makan. Maklumlah at that time masih dalam program nak menurunkan saiz maka makan pun kenalah bercatu. Kalau kata nak potong terus takleh makan apa apa menderita jugak rasanya... Khannnnn...

TQ lah sis share resepi ni. Memang dah jadi keeper recepi pun. Anytime at anywhere boleh cuba. Kalau nak classy sikit boleh acah acah makan masa high tea gittew..



RESEPI CHOCOLATE CHIPS BLONDIES




Bahan2:
1-1/2 cawan gula perang - Liza guna 1 cawan je
1/2 cawan mentega cair
2 biji telur, pukul sedikit
1 sudu kecil vanilla extract
1-1/2 cwan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cup  semisweet chocolate chips


Caranya:
Dalam mangkuk yang besar, satukan gula perang, mentega cair, telur, esen vanila sehingga sebati.Guna hand whisk je.
Kemudian masukkan tepung, baking powder, dan garam. sebatikan. Kemudian masukkan chocolate chip dan sebatikan.
Bakar dlm loyang 9x13" pada suhu 175 c , 18-20 minit sehingga masak. Sejukkan dan potong.

*Oleh sebab saya buat setengah adunan aje, bahan bahan ni saya bahagikan 2 dan bakar dalam mangkuk kecil saja. Boleh sesuaikan mengikut masing masing



 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Friday, August 10, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Sunrise Punthuk Setumbu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sambung semula kisah past tense, kali ni hari baru pepagi dah menjejak gelap dinihari untuk melihat matahari terbit di Punthuk Setumbu. Treknya baik. bersimen tapi pada hari tu agak licin sebab hujan. Pengunjung boleh tahan ramai, termasuklah pelancong asing. Pengunjung tempatan pun ada, dan dalam kegelapan tu dengarlah jugak diorang dok cerita Rangga...Rangga...

Kita layankan gambar gambar ajelah ya..


Gabungan 3 warna


Thursday, August 9, 2018

Sardin NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah lama juga sebenarnya saya tak membuat sardin sendiri. Saya ni memang tak berapa suka makan sardin, kecuali bila terasa nak makan, masa tu la kena buat. Kalau sesaje nak buat sebab takde lauk or else memang lambat sikitlah nak habis. Baru baru ni kan kecoh sikit pasal ada cacing dalam sardin. Haaaa kalau saya secara peribadinya memang tak beli sardin yang agak murah (sebab ikannya hancur). Cuma itulah, bila beli makanan dalam tin itulah risiko yang perlu kita hadapi sebagai pengguna. Iyalah, bukan kita nampak pun benda dok berenang renang di dalam tu kannnn....

Jadi moh la buat sardin sendiri, guna Cik NOXXA kita tentunya...


Saya dah pernah buat sardin NOXXA sebelum ni. Dan resepi kali ni memang komplete masak boleh terus makan je (kecuali kalau nak tambah bawang atau cili kena masak semula lah)

Saya buat menggunakan ikan selayang, baby baby lagi sebesar 2 jari je sebanyak 1 kilo. Cuma itulah se[erti masalah yang saya buat sebelum ni ikannya (tulang) masih belum empuk sepenuhnya walaupun sudah di HP selama 60. Selepas tu bila dah sejuk sikit saya HP kan semula selama 60 lagi dan barulah ikannya lembut.



Wednesday, August 8, 2018

Butter Cookies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini biskut sayang saya buat untuk Aidilfitri lalu. Satu adunan aje pun, tak sempat nak buat raya makan makan aje lepas berbuka tahu tahu dah habis. Kalau nak cerita pasal butter cookies ni memang sesiapa pun suka, dengan lemak lemak masin tu memang sedap sangat lah kan. Tapi itulah kalau kata nak beli memang agak mahal sikit harganya. Jadi baiklah kita godak kat Google ni cari resepi yang bersesuaian untuk dicuba.


Untuk adunan biskut ni saya menggunakan butter Anchor, firstime kot beli dan guna butter tu. Maklumlah as i bagitahu before kan nak dapat hasil premium kenalah guna bahan premium. Tapi nak citernya sebab tak biasa guna butter tu kan rasa macam sedikit pelik pulak. Ha ha ha, bagus jugaklah camtu, takyah nak pakai butter mahal mahal padan dengan buttercup sudah.



Tuesday, August 7, 2018

Tat Nenas Nyonya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pasaipa la kelabu asap gambar ni? Nak buat camana gambar SS dekat IG aje, sebab nak share dekat blog punya pasal.

Rasanya tiap kali raya saya tak lepas dari buat tat nenas, biasa versi gulung tapi kali ni malas sikit nak menggulung saya buat versi terap aje, inipun menggunakan inti (jem) tahun sebelumnya yang disimpan dalam peti sejuk. Elok lagi Alhamdulillah...

Jadi untuk pilihan resepi saya memilih untuk membuat tat nyonya (dah lama simpan resepi ni). Buat tat nyonya ni lagi mudah sebenarnya dari tat gulung. Tapi sebagai seorang yang bukan penggemar tat, saya ok aje yang mana-mana pun.


Mungkin sebab saya menggunakan jem yang dah agak lama, bila nak makan tu takleh nak gigit bahagi 2 sebab tat dah terbelah inti belum lagi. Errr faham ke tak ya...

Apapun TQVM Kak Gee. Resepi ni memang sedap dan pasti akan dicuba lagi next time..


TAT NENAS NYONYA
Resepi : Kak Gee

BAHAN2NYA:

300 gms tepung gandum *

4 sudu besar tepung jagung *
3 sudu besar gula ising *
200 gms butter (Kjee guna Anchor - salted)
2 kuning telor


jem nenas (Kjee guna ½ kg jem nenas Bagus)


CARA:

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
Simpan kira2 dua puluh minit dalam peti ais.
Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter 
Bakarlah sampai masak iaitu kira-kira 20 minit. Kepanasannya kira-kira 175 darjah celcius


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Monday, August 6, 2018

Telur Rebus (NOXXA)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila rumah saya sendiri dah siap, saya angkut semua barang yang agak agak tak berapa digunakan bawa balik untuk disim]pan di kampung. Macam periuk NOXXA ni saya guna masa raya dan tak bawa balik terus. Guna pun kekadang ni, yang pasti di musim raya haji ni memang nak guna semula la.

Rebus telur ni alkisahnya nak buat makan nasi lemak di surau. Kebetulan saya balik, dan masa tu dah agak petang jadi saya offer untuk rebus telurnya dulu di rumah. Sebelum ni tak pernah pun rebus telur guna NOXXA dah kebetulan nak buat ni saya Google aje.


Memang mudah dan cepat. Itulah kesimpulan yang saya boleh katakan bila menggunakan NOXXA untuk merebus telur. Hasilnya pun memuaskan, telur tak pecah beriya hanya retak seperti dalam gambar tu je.



Saturday, August 4, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Candi Sambisari

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila melihat lihat semula gambar gambar di trip ni memang menggamit nostalgia semula. Memang trip ni ohsem sesangat, dengan kengkawan, dengan guide / driver sungguh saya suka. Perasaan pun taklah bercampur gaul macam trip SUMUT sebelumnya. Mungkin jugak bilangan ahli jemaah yang sikit maka sikitlah jugak dramanya. Satu lagi bila tengok balik, asa segan pun ada sebab masa ni saya masih lagi bersaiz XL. Ha ha ha...


Back to the n3 di negara ni memang terkenal dengan candi candi yang ada tinggalan zaman dahulu. Saya kira ini berkait rapat dengan pengaruh agama Hindu. Ini pertama kali saya melihat candi secara live, di luar negara pulak tu. Walaupun ada candi ditemui di Kedah, tidaklah saya berkesempatan lagi untuk melihatnya. Hal hal Sejarah ni kalau tanya Dyl memang di hujung jari dia sajalah. 


Thursday, August 2, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Gereja Ayam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya kan, tak berapa nak tahu bila diorang dok cakap yang gereja ayam ni pun salah satu tempat penggambaran AADC2. Tak kuasa la kan, bukannya melayan sangat movie movie ni.  Yang saya tahu gereja ni sebenarnya sebuah gereja lama, dan tak digunakan untuk urusan keagamaan dah, tetapi pada masa tu sedang dibaik pulih di bahagian atas dan di dalamnya. Mungkin sekarang ni dah jadi lain sikit pada yang saya pergi tu, dan tak mustahil kalau kena bayar pulak bila nak ke saya tu. Masa saya pegi tu pun dah kena bayar kalau nak masuk ke dalam gereja.


Group photo with the driver.



Wednesday, August 1, 2018

Kuih Bingka Pandan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah lama sebenarnya tak buat kuih ni. Last sekali saya buat tahun lepas, masa tu dekat rumah di kampung, belum sempat masak oven pulak rosak. Saya memang gemar kuih ni, iyalah, dengan lemak lemak manis tu memang menggoda sesungguh. Bila saya stat berdiet dan jaga makan, memang saya jarang-jarang menyentuh kuih muih tradisional yang berprofil tinggi, tapi bila dah fasa mengekal berat ni makan jugaklah sesekali.
 

Kuih ni asyik lalu lalang je dekat IG sampai saya yang menengok pun turut rasa nak membuatnya. Jadi, buat ajelah satu adunan guna apa bahan yang ada di rumah. Satu adunan ni pun tak banyak sangat dapat satu loyang kecil aje, tapi puas jugaklah nak perabis sebab makan seorang.  Kiranya hari hari la makan kuih ni. He he he...

Kuih ni kan sebenarnya sama je dengan kuih bakar, mungkin berbeza panggilan di sesetengah tempat. Pastu selain dibuat lemak camni boleh jugak diubah dengan memasukkan ubi kentang, susu, durian dan sebagainya bergantung kepada kreativiti seseorang.



Thursday, July 26, 2018

Biskut Ferraro Rocher

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Biskut ferraro rocher ni saya buat masa Aidilfitri haritu, sebabnya dari tahun lepas dok nak buat tak jadi jadi. Tahun ni saya sedia semua bahan dan terjadilah biskut untuk santapan. Biskut yang dalam gambar ni saya salut yang 2nd batch, maksudnya biskut yang tak habis disalut di kampung, saya bawa semula ke CH dan celup cuklat di sini. Masa salut coklat di kampung tu, dia tak nak mengeras sampai saya kena letak dalam bilik berhawa dingin baru dia membeku. Aii cerewet sungguh coklat ni. Sebab tulah kalau tengok biskut yang ni macam dah tak ada kekacang yang menyalutnya. Dah luruh gitu..


Saiz kursemangat gitu.


Sejujurnya biskut ni memanglah sedap, sesuai dengan nama. Kalau nak beli biskut yang original memang kopaklah dengan kuantiti dihasilkan. Saya pulak sejenis yang suka coklat FR cuma kalau beli tu yang 3 biji tu aje, bukan nak berkira tapi kalau beli banyak banyaklah yang masuk ke mulutnya pula.



Wednesday, July 25, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Masjid An-Nurumi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Balik dari Merapi, kami singgah untuk solat Zohor sebelum ke candi. Di kawasan sini ada banyak candi telah dipulihara, tapi sebelum tu kenalah melunaskan tanggungjawab pada Yang Esa. Di Indonesia ni tak banyak beza dengan di Malaysia, dari segi azan dan pelaksanaan sembahyang. Jadi tak la rasa pelik sangat. Masjid ni pulak saya abadikan kerana bentuknya yang unik. Menaranya yang berwarna warni mengingatkan saya akan seni bina cathedral di Russia, walaupun tak pernah lagi sampai ke sana.


Masjidnya sederhana besar saja tapi agak bersih. Ada beberapa orang pengunjung yang bertujuan sama seperti kami.


Macam lolipop.


Apa perkataannya ni?


Senibina yang cantik...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Kembara 9D8N : SJDS : Merapi Tour

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Aktiviti hari ke 3 (saya rasa) bermula dengan tour ke Gunung Merapi. Rasanya kita dah sedia maklum yang negara Indonesia berada dalam jajaran gunung berapi, dan sehingga sekarang ada beberapa gunung yang masih aktif.  Saya ni tak berapa pandai nak cerita, tambah-tambah ada maklumat yang diberitahu tu dah pun lupa ditelan masa. Ha ha ha... Tengokkan gambar ajelah. Apa yang saya ingat, kami dibawa ke tempat tempat tertentu menaiki jip, antaranya ke rumah mangsa letupan gunung berapi tersebut, dan juga ke puncak gunung yang membolehkan kami melihat gunung yang lain. Tapi sayangnya pada ketika itu kabus tebal jadi terhalang segala pandangan.


Wajah kanak-kanak riang. Saya perasan masa di atas jip ni lagi elok berdiri, sebab dapat kawal hentakan pada pinggang (sebab saya ada backpain). Berbanding duduk yang menyebabkan kita rasa macam kena lambung. Lagi pulak boleh feeling feeling lebih gitu.



Thursday, July 19, 2018

Sambal Kelantan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni seorang manusia yang tak tahan pedas. jarang-jarang sekali saya masak menggunakan cili lebih dari 5 biji. Kalau makan pedas nanti mulalah sakit perut, meragam memuleh muleh, paling tak tahan makan rasa tak kenyang sebab dok bersulam dengan air. Jadi saya memang jarang-jarang membuat benda yang namanya sambal ni, bukan apa sebab malas nak rasa...

Tapi baru-baru ni semasa sambutan hari raya di kuarters, saya disuruh membuat sambal untuk diregukan dengan gulai kawah (kambing). Alkisahnya dulu masa makan makan dikuarters saya bawa sambal tapi itu dibuat oleh my mek, yang dibawa khas dari kampung. Semua dok kata sedap, jadi sebab itulah kena pulak saya yang membuatnya kali ni.


Oklah, saya ni tak berapa nak pandai say NO. Saya sebenarnya agak pasti nak membuat sambal tu, sebab selalu jugak buat kalau nak makan di surau cuma bab rasa tu kasi orang lainlah. Jadi cuba-cuba jugaklah buat sendiri. Namun suka saya nyatakan bahan-bahan ni mungkin berlainan mengikut kawasan memasing lah ya. Bahan bahan ni pun main ingat ingat aje, langsung tak telefon boss tanya camana. Ha ha ha...



Monday, July 16, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Gumuk Pasir

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Gumuk pasir ni destinasi terakhir pada hari ni, setelah menjejak beberapa pantai. Badan pun dah penat, sekadar enjoy the view ajelah. Cantik sebenarnya tempat ni, yang terhasil secara semulajadi, luas jugak kawasannya. Sekali lagi tempatnya penuh dengan pengunjung yang sama-sama nak menikmati keindahan alam, di samping nak bergambar. Masa saya datang tu ada couple tengah shoot gambar wedding.


Gumuk pasir ni dekat je dengan Pantai Parangtritis, yang menjadi lokasi AADC2, tapi kami tak singgah pulak kat pantai tu sebab nak kena balik dah.


Friday, July 13, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Pantai Drini

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Episod lepak pantai masih belum habis. Masa ni dah agak ke petang, Pantai Drini ni lain sikit dari pantai yang saya up sebelum ni sebab kedudukannya berdekatan dengan jalan besar, dan macam ada kawasan perkampungan gitu. Pesisir pantainya agak panjang, dan saya rasa kawasan ni menjadi tempat tumpuan sebab ada bot-bot nelayan serta kawasan jualan makanan laut goreng, alaaa macam ICT dekat Terengganu tu la. Bas bas pelancongan pun agak banyak, bukan saja pelancong asing tapi juga pelancong tempatan.


Bot yang tersadai


Thursday, July 12, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : 7 : Bukit Kosakora / Pantai Ngrumput

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tujuan utama ke pantai ni adalah sebab nak cari padang rumput yang ala-ala cam savana, tapi sayangnya kedudukannya tu kena mendaki sikit. Pastu kitorang cam ready, jadi melepak ajelah di bawah


Lalu kebun orang, tanam apa ya masa tu, rasa macam pokok ubi kayu. Agak menyeramkan jugak tambah-tambah driver kami tak ikut. Kiranya kami berempat aje



Wednesday, July 11, 2018

Kuih Siput

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Setakat yang saya dok buat siput ni, belum ada satu pun resepi yang betul-betul membuat saya teringat-ingat terbayang bayang akan kesedapannya. Bukan nak kata resepi tu tak jadi, cuma tak berapa kena dengan standart tekak saya ni. Boleh je makan, dah on the way nak habis dah pun, cuma itulah, setakat nak makan-makan tu ok aje..

Resepi ni saja saya Google, tengok untuk cuba yang lain pulak, bila ada banyak resepi ni boleh la kita buat perbandingan. Bukan main gigih bancuh sekilo tepung...riuk pinggang nak habiskan.


 Sumber : resepicheff


Tuesday, July 10, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Pantai Pok Tunggal / Bukit Panjung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dalam trip ni memang banyak pergi ke pantai. Bagus jugak la kan, daripada memperabis rupiah di dalam mall, mata pun seger bugar tengok persekitaran cantik dengan tiupan angin segar, memang suka sangat-sangat.

Pantai seterusnya ni adalah Pantai Pok Tunggal. Lawa pantainya, tapi masih tidak dapat menandingi Pantai Timang. PAntai ni sedikit berbukit, tapi boleh sampai terus dengan kereta. Pesisirnya memanjang sayup mata memandang. Kalau tengok dari atas bukit tu boleh nampak pembentukan pelangi semasa ombak beralun membadai pantai. Ombaknya memang kuat dan airnya boleh rasa sampai ke atas.


Beberapa pantai yang dok dalam kawasan berdekatan.



Thursday, July 5, 2018

Rendang daging Hitam Manis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 


Bila cerita tentang rendang, saya mahupun famili memang tak 'berapa'suka makan. Kalau buat memang lambat nak laku. Pernah sekali saya buat 2 kilo rendang daging masa raya, jenuh nak perabiskan. Kalau buat rendang daging ok sikit jika dibandingkan dengan rendang ayam. Sebab itulah saya tak reti nak merendang... he he he


Tapi rendang daging hitam manis ni saya buat baru-baru ni sebab terasa nak makan. Dalam tak suka rendang tu, saya sebenarnya suka rendang Tok (Perak). Oleh sebab malas nak buat rendang yang "otai" ni saya buat rendang biasa-biasa ajelah. Saya buat penghujung Ramadhan untuk dimakan dengan nasi lobak merah di pagi Aidilfitri. Kata My Mek, bubuh sikit jah daun kunyit, sebab kalau banyak-banyak nanti lagi semerbak bau dia. Bimbang pulak takde orang nak jamah. 



Wednesday, July 4, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Lobster! Finally

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Semasa nak ke Pantai Timang, kami nampak ada beberapa papan tanda yang tertulis LOBSTER. JAdi, alang-alang dah lalu tu kami sepakat menempah lobster di salah sebuah rumah akan makan tengah hari semasa balik nanti. Saya ni memang bersetuju sangat sebab dah lama saya nak makan. Kalau kata saya jumpa dekat Malaysia, RM 100 seekor pun saya sanggup lagi nak bayar.


Di dalam rumah yang kami book lobster tu, ada kolah yang menempatkan lobster hidup dengan pelbagai saiz yang ditangkap dari laut. Bila nak makan pelanggan akan memilih saiz lobster mana yang dikehendaki dan tuan rumah tu akan masak. Saya tak ingat pulak yang kami pilih ni saiz apa, rasa-rasa macam saiz besar.


Tuesday, July 3, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Pantai Timang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Serius, bagi saya Pantai Timang ni adalah pantai tercantik saya pernah tengok. Cantik dia tu tak boleh digambar dengan kata-kata. Bentuk muka bumi, pokok-pokok, batu-batu, karang, air yang membiru, ombak yang membadai, memang sangat cantik. Sampai sekarang ni saya masih terbayang-bayang akan pantai, deru umbak dan asyik bayunya.

Dari tempat parking, kami naik ojek untuk ke pantai. Seram weh, seram sangat sebab jalannya macam menurun gitu. Jenuh juga saya nak pegang dekat besi belakang seat agar tak terlalu ke depan. Bila sampai, tensen sekali lagi menengokkan ada je kereta yang masuk sampai ke sana. Haishhh...

Nak cerita banyak-banyak pun banyak yang dah lupa. Layankan gambar ajelah ya... Mungkin sedikit berbeza dengan Pantai Timang sekarang sebab saya tengok gambar gambar baru ni macam ada yang diorang dah buat baru.


Cantik. Kreatif depa ni. Yang penting nak naik bergambar kat situ kena bayar okeh.


Monday, July 2, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Pantai Banyu Tibo

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila dah setel semua hal dekat Solo, kami gerak ke Jogja, tapi nak ke Pantai Banyu Tibo dulu. Yang sebenarnya saya tak tahu daerah ke tempat ke mana ke,cuma yang saya tahu nama pantai tu je. Tapi yang paling saya ingat, perjalanan ni tersangatlah panjang dek kerana kesesakan lalu lintas di jalanan yang disebabkan oleh sambutan perayaan apa entah, ulang tahun daerah ke gitu la. Diorang ni berarak di jalan dengan pakaian tradisional dan ada juga yang membawa patung-patung  serta sembahan.

Stress tau, sebab badan dah letih, otak pun dah jem di dalam jem yang sangat-sangat tu. Nak tidur sah-sah takleh, nak sembang mambang semua dah takdak mood. Bila Feri ikut jalan pintas pun masih sangkut dalam jem.

Dan akibatnya kami sampai di pantai tu bila petang dah nak menginjak senja. Haduhhhh, ingatkan boleh terus pijak pasir pantai rupa-rupanya ada drama sinetron pulak dah..


Dari tempat Feri berhentikan kereta, kami dok melangut menunggu sebab jalan nak turun ke pantai tu hanya 1 way, tunggu punya tunggu punya tunggu macam benda tak ada kesudahan sedangkan malam sudah hampir nak bertukar malam. Lalu Anne kata kita turun aje jalan kaki lepas tu bila jalan dah clear baru Feri turun dengan kereta. Bila semua dah jalan sekat separuh jalan, baru Feri pick up kitorang, alasannya sebab salah faham, tak ada pun kereta tengah naik, jadi sebenarnya jalan dah clear. Tapi saya fikir sebenarnya mamat dreba tu malas nak bawak kitorang ke pantai, tu yang dia sengaja cakap camtu. kalau kata kami ok tentu dia seronok nak teruskan perjalanan ke Jogja.



Thursday, June 28, 2018

Pulut Mangga Harumanis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Salah satu sebab saya tak update sepanjang 2017 adalah sebab saya jarang masak. Mulai Febuari, saya memulakan program diet dan mengubah gaya hidup pemakanan. Tu yang tak masak merapu meraban, baking pun tak sebab nak mengelakkan dari makan. Iyalah, dah masak kompom la kena makan. Dan bila dah masak tu kompom la mengikut sukatan bukan untuk seorang, itu yang saya berdiam aje, wak lek wak pis tengok orang masak sesedap.

Tapi mulai tahun ni saya dah slow down sikit dan lebih kepada nak mantain berat, namun dalam masa sama masih jugak nak menurunkan lagi few kilos. Masak pun tak adalah beriya lagi, tapi menikmati makanan dengan cara berhemah. Kecuali bila balik kampung tu, makan tak sedar sikitlah time mak masak yang sedap-sedap.


Alkisahnya harumanis ni saya beli masa bulan puasa, beli online aje pun dari Perlis. Walaupun agak mahal (kos pos aje RM45) saya pejamkan dua belah mata sebab dah terlalu lama teringin nak rasa. 


Wednesday, June 27, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : KL - Solo - Pasar Klewer

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya tak ingat bila tarikh fly ni, nak kena godak dalam pasport tengok semula. Cuma yang saya ingat flight ni sebelah pagi, jadi dalam gelap kelam dinihari tu saya dan Anne gerak ke airport, tak tahulah mana cik adik tu parking, saya hanya ngikutkan aje sampailah selesai semua benda dan menunggu untuk boarding. Walaupun flight awal, tapi bila cuti tu tahu-tahu sajalah, memang beratur panjang dan sedikit sesak.


Dari KL, kami touch down ke Solo, di Airport Adi Soemarmo, yang mana taklah berapa besar tapi agak sesak dengan manusia.