Tuesday, May 13, 2014

6 Pcs Knife Set - Kitchen King

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang suka membeli. Ada duit tak ada duit belakang cerita. Tapi tak la sampai berhutang sana sini. Tapi tahu2 sajalah orang yang ada tahi lalat di tapak tangan kanan ni....

Kali ni tambah gajet baru dalam dapur. Pisau seramik 6 beradik. Tak rugi beli awal2 walaupun belum guna, ini kan aset. Nanti dah duduk rumah sendiri baru boleh guna. Sekarang letak dalam lemari dulu *_*


Pisau seramik ni dijual oleh sorang guru sekolah berdekatan, yang dikirim melalui Cheq Da. Faham2 lah ya cecikgu ni, jual le apapun dekat sekolah memang diorang akan beli. Macam saya ni memang sentiasa meleleh air liur dengan benda2 kelengkapan dapur. Tambah bila ada kaler merah yang sentiasa menarik perhatian saya. Lagi pula saya fikir benda2 ni kita akan guna, jadi tak salahlah kalau beli.


Pisau seramik ni memang tajam. Kalau tengok secara kasar, macam biasa2 saja sebab bilahnya yang agak tebal. Corak berbunga pada mata pisau memang sangat cantik. Kata suami kawan saya, bukalah sarungnya nak tengok...dia ingatkan yang berbunga tu sarung pisau!

 

Selain digunakan sendiri, pisau seramik ni memang sesuai dihadiahkan kepada pengantin baru. Dapat pisau cantik2 ni baru semangat nak masak untuk suami. Saya ni tak tahulah bila nak rasmi, rasa sayang pulak nak guna... tunggu masuk rumah sendiri dulu lah....

2 comments:

  1. Acik.pun sah beli cheqsue.warna.pink..tapi acik tengok bukan seramik sepenuhnya..coated je
    Yang mula2 Acik beli tak de.bunga tu seramik..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]