Wednesday, May 21, 2014

Resepi Sos Pencicah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dalam modul pentaksiran tingkatan 5, pelajar dikehendaki menghasilkan sos cili atau sos baru yang diinovasikan dari sos. Biasanya saya buat sos cili dan sos pencicah. Budak2 di sini memang suka sangat dengan sos pencicah ni. Tambah2 kalau dipeket kecil2 dan dijual bersama keropok. Sekali kalau jual boleh dapat RM150 memang masyuk.

Biasa buat di sekolah resepinya dalam setengah kilo cili. Tapi saya saja buat sendiri di rumah guna 100g sahaja. Untuk sos pencicah memang saya buat sendiri sebab lebih puas hati. Kita nak pedas ke... manis ke... semua boleh ejas.

Jadi kalau ada yang nak cuba, saya tuliskan semula resepi ni. Yang penting cuba dulu, atau boleh juga disesuaikan dengan citarasa sendiri.


SOS PENCICAH 
Resepi : Cheq Sue

100g cili kering - potong kecil
4 ulas bawang putih - buang kulit
5 biji cili padi (kalau nak pedas bubuh lebih)
250g gula
35g garam
2L air
3 sb tepung jagung - bancuh dengan 1/2 cawan air
2 sudu makan cuka
Update : 1 keping nisse saiz sederhana

Cara membuatnya :
Cili kering yang telah dipotong dibersihkan dan diramas di dalam air untuk mengeluarkan biji
Blend bersama cili padi dan bawang putih (saya blend dua kali sebab cili kering ni saya tak rebus dulu, kalau blend sekali harung takut tak hancur pulak)
Masukkan ke dalam periuk dan tuang air selebihnya. Masak hingga naik bau cili
Kemudian masukkan gula dan garam, masak lagi hingga mendidih
Bila sudah agak pekat masukkan bancuhan tepung jagung dan cuka
Kecilkan api, biar mendidih dalam api kecil

Nota : jika suka boleh tambahkan bijan sangai

9 comments:

  1. sedap ni cheq sue, cicah pulok ngn kerepok...perrghhhh
    Biasa dgn cucur udang pun Liza guna pencicah yg sama...

    ReplyDelete
  2. nk buat sndiri tkt tak jadi... dana suke cicah ngn sos cili thai je kak hehehe

    ReplyDelete
  3. Sedappp sos nyaa.....thumb up....menjadi

    ReplyDelete
  4. saya berniaga kepok keping htr kekedai..saya ada buat sos sendiri tp xthn lama..nak tanya sos ni blh thn brapa lama setelah kita peket

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]