Thursday, May 15, 2014

A Day Trip With Geng Aloyah : Ulu Chepor, Chemor

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Rasanya selepas balik dari Beijing Mac lalu, tak jenjalan ke mana-mana lagi nampaknya saya ni. Kalau ikutkan kaki nak melangkah...ikutkan perasaan, nak aje ke mana-mana setiap hujung minggu. Tapi di sebelah yang lain, bila berfikir semula terus redho dan lawan balik nafsu nak berjalan-jalan tu. Maklumlah, tahi lalat kat kaki kanan ni asyik menggatal aje bila takleh jalan.

Sembang2 dengan Geng Aloyah, semua sepakat nak ke Ulu Chepor, bawa anak mandi manda. Sebelum buat keputusan ke sini, memang banyak cadangan lah. Ada yang nak ke Lumut, saya pulak bagi cadangan nak ke Sungai Klah. Pelik kan? Orang semua berpusu-pusu naik Cameron, yang kita ni pulak dok cari panas di bawah.... ^_^

Jadi pada 13 Mei 2014, bersempena Hari Wesak, tepat jam 8.10 pagi kami berempat kereta mula meninggalkan Kampung Raja untuk ke Chemor. Dulu dah pernah datang ke sini jadi tak ada masalah jalan. Keluar dari Simpang Pulai, masuk je Lebuhraya Utara Selatan, terus je ke laluan Maidin Meru.

Jadi catatan ni saya dedikasikan untuk Geng Aloyah lain yang tak dapat ikut kerana ada urusan lebih penting.


Dalam pukul 9 lebih, Alhamdulillah selamat sampai. Waktu ni dah agak ramai orang, ada yang dah masuk dalam sungai dah pun. Sebelum apa-apa, ambil gambar dulu untuk bukti. Baru dapat band 6 katanya. Minta maaf awal-awal ya, saya memang model ubat gigi, tak sah kalau bergambar tak senyum lebar. Memang segitu gayanya sampai gambar IC pun nampak gigi. Tengok sajalah depa ni, pantang dapat kamera elok aje bersusun macam kumpulan nasyid!

Serius cakap, bila ada aktiviti macam ni rasa hilang segala beban dalam kepala. Segala mak nenek di sekolah rasanya hilang bersama deru air yang mengalir. Dengan makanan yang bermacam, ayam BBQ sampai 4 ekor, nasi pun ada 4 periuk, aiiiih jenuh juga nak perabih.


Admin Geng Aloyah bersama penasihat kanan merangkap kaunselor. Dengan ikan berbalut aluminium pun jadiiii.


Ratu trip kali ini. Ayam bakar tentunya. Ada berperisa sate dan juga BBQ. Memang mewah dapat makan, tambah2 pulak bila geng cik abang yang tolong bakar. Kami Geng Aloyah ni dok mesyuarat dan tunggu siap sahaja.


Sambung bergambar lagi. Kali ni saya bawa tripod, jadi adalah gambar saya bila kami bergambar, kalau tak kameraman mesti tak ada gambar. Skema la pulokkk gambar ni.


Kanak-kanak tentunya terlebih suka. Sesampainya saja, terus salin pakaian dan terjun ke dalam sungai. Di Ulu Chepor ni airnya tidak terlalu dalam dan sangat sesuai untuk kanak-kanak. Cuma harus diingatkan bila musim hujan (atau semasa hujan) memang tidak digalakkan mandi kerana bimbang 'kepala air' yang tiba2 boleh masuk ke sungai. Lagi pula di sini memang banyak kawasan yang berbatu.


Tak sampai beberapa ketika dah naik geng bas sekolah ni. Sejuk sangat barangkali.


Mumammad Umar, al kononnya nak terjun tapi airnya sekerat lutut aje. Masa ni saya angkut sekali tripod masuk dalam air. Dok dup dap dup dap kot tersungkur...


Bila dah siap semua, dah makan-makan, giliran cik abang pulak nak rilek. Sempat baca akhbar alternatif, masa ni heboh dengan perletakan MB Terengganu. Buaian ni dibawa oleh suami Kak Lia, tak sempat nak try.


Siap mandi semua dalam pukul 1 lebih, kami mula mengemas barang untuk keluar dari Ulu Chepor. Sebelum ke Maidin, singgah sembahyang dulu di masjid berdekatan.

Dalam perjalanan keluar, sempat snap gambar untuk perkongsian. Selain parking yang agak banyak, di Ulu Chepor juga ada disediakan kedai makan dan tandas.  Kalau lupa nak bawa makanan boleh saja dibeli dari sini. Mmmm lupa nak bagitahu, bayaran masuk bagi semua kenderaan dikenakan (berbeza-beza). Sebuah kereta dicas RM2. 


Pondok ni pun perlu sewa. Ada jenis papan dan bersimen. Ikut selesalah, kami bentangkan tikar saja dan pakat lepak ramai-ramai.


Ini dah menghala ke bahagian bawah. Matahari dah menjejak atas kepala, memang layan dapat berendam dalam air sejuk.


Dihujung jalan, terpampang signboard terima kasih. Pakcik2 yang jaga pintu masuk pun ramah-ramah jugak. Kalau sape yang dok area sini boleh la try masuk, bawa famili.

Buat Geng Aloyah yang lain, nanti kita plan trip seterusnya pulak eh...



5 comments:

  1. Mmg best dpt berpiknik ramai2 mcm nih... mknn mmg kene byk, lepas berendam sure lapar balik.. tun xtau pon ulu chepor ni kat mana, hihi..

    ReplyDelete
  2. Seronok lepas berendam.. lapor.. pastu makan.. memang nasi 4 periuk pun tak cukup cheq sue :)

    ReplyDelete
  3. syok nye mandi sungai tu.. lama tk p

    salam singgah dr http://afasz.blogspot.com

    follow sini, kalau sudi follow sy k
    tq

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]