Saturday, May 28, 2011

Ttupak Palas

Pagi ni sarapan dengan teh O, ttupak palas dan ttupak dakap. mmmmm masa istimewa di kampung sudah bermula. sesampainya petang semalam dah terlihat ketupat yang belum direbus di dapur. ooooowwhhhh...special sungguh air tangan my mek menyambut anak-anaknya kembali. Agaknya ada request kot dari adik yang baru balik dari Endon... boleh numpang sekali...
cerita tentang ttupak ni... cheq sue ingat pertama kali belajar membungkus adalah pada tahun 2008 - masa nak raya  masa tu mek ajar satu-satu... nak belit sana, nak pateh sini.. nak itu nak ini... dari bersila sampai bertimpuh kiri, tukar ke kanan sampai berlunjur, berupa jugak la ketupatnya. tetapi bila dah siap rebus, seksi-seksi semua...nampak perut... he he he...
tahun 2009, belajar lagi masa nak raye tu... kalau ikut-ikut hati kecik nan muda ni memang le malas bebenor... malas sungguh weh...keje leceh.. tapi mengenangkan mek yang selalu tak sihat...sakit2 cheq sue gagah jugak ambik ilmu dari dia. tambah pulak tahun tu mek patah kaki, jadi dia yang tukang cakap gitu gini. alhamdulillah kali kedua ni menjadi dah cuma bahagian tepi kiri kanan je tak berapa kemas lagi. Pastu cheq sue try pulak buat sendiri untuk open house di CH...
tahun 2010, mek dah bagi kepercayaan untuk buat sendiri ketupat dengan pulut-pulutnya sekali. haaaaaa kira dah terrer la tu... buleh mek rilek dah... ye laaa...kat Klate ni kalau time raye xde ttupak xsoh weh...tambah2 ttupak manis tuh....
jadik...tahun 2011 ni, siap sedia la ye nak buat ttupak sendiri pulak... :)

Friday, May 27, 2011

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Hai semua. Assalamualaikum...

Pagi ni, cheq sue nak jamu mata korang dengan satu resepi yang cheq sue cuba dekat2 nak maghrib semalam.. dalam kategori cotton soft cheesecake, ini adalah kali kedua cheq sue mencuba. x la suke sangat cheesecake ni...tapi bila ada kawan dah try, kite pun sibuk nak testing gak.. jadik ke... tak ke... mana nak tau kalau tak buat.

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE
Sumber : Alma MyResepi

Bahan-bahan 

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu / whisker).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.
Teknik au bain - marie (waterbath)
- letak adunan dlm dlm tin kek, 
- balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (double protection agar air xmasuk esp springfoam).  saya guna loyang biasa dan tutup dengan foil pada bahagian atas
- Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, lebih kurang ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar
*mula-mula buat au bain-marie ni taruk air sejuk, pastu tak tutup bahagian atas hasilnya kek jadi x berapa naik gebu dan hangit. Pengalamannnn.................

 inilah ghupenye keadaan membakar menggunakan teknik waterbath

 Tadaaaa... baru kuar oven... bagian tepi yang xde baking sheet jadik macam turun sket...agak2 xperlu lenser majerin x? Mmmmmm entahla ye..

 Entah ape bentuknya ni...

 kebetulan ada coklat lebih salut di donat, cairkan semula buat topping, tapi agaknya coklat tu masih agak panas, tercabut pulak nozzel dari piping bag. mujur dah dekat ujung2...kalau setompok kat tengah xleh nak cover dah... he he he... 

Yang ni dibawa ke sekolah...bagi kawan2 rasa... kalau idak, sape nak abeskan????

nymmmmmm.............

Thursday, May 26, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 11

 Firdaus mencapai helmet dari lokernya. Tak sabar untuk balik dan menghilangkan penat badan. Hari ni tetiba pulak dia kena buat OT. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 11 malam tapi matanya terasa sangat mengantuk. Dengan segera dia menghidupkan enjin motor dan keluar dari kawasan kilang. Arahnya dituju dulu ke kedai makan di mana dia dan Iman selalu makan bersama di situ. Mengimbas kenangannya bersama… mendamaikan perasaannya…menenangkan jiwanya yang kacau. Sudah lama dia tidak dapat berbicara dengan Iman. Kadang-kadang dia telefon Iman tak dapat dan         kadang-kadang dia tak tak sempat nak jawab bila gadis itu telefon.  Kalau beginilah selalu boleh sasau dia. Sebelum balik ke rumah sempat lagi dia singgah di public. Mendail nombor Iman, perasaannya sungguh kecewa kerana panggilannya tidak bersambut tapi minta ditinggalkan mesej.
Abang betul-betul rindu nak dengar suara manja Iman…

*****
Iman memeriksa semua  barangannya. Tiket, dompet dan handsetnya ada. Melihat jam di dinding bilik, dia ada 20 minit lagi sebelum menaiki bas ke JB. Cuti dua hari pada minggu ni dia sengaja balik ke JB untuk menghilangkan rindunya pada keluarga dan Firdaus. Maklumlah, hampir 2 bulan di Butterworth tak pernah sekalipun dia balik ke Kota Tinggi. Namun kali ini dia ada rancangan. Dia mahu bersama dengan Firdaus dahulu sebelum balik menemui keluarganya. Memang itulah yang telah dijanjikan dengan Firdaus. Lagipun minggu ni Siti ada di rumah Kak Mimi. Bolehlah dia tumpang kat situ.
Menyedari yang dia sudah agak lewat, Iman segera mengambil begnya dan melangkah keluar.
“Dah siap Iman?” Pak Longnya bertanya. Dia yang akan menghantar Iman ke stesen bas.
“Dah Pak Long. Mak Long ikut sekali?” Malas dia nak melibatkan Mak Longnya tapi sengaja dia mengambil hati orang tua itu.
“Katanya nak ikut tadi. Tengah bersiap lah tu. Jah…ooo Jah. Dah lewat ni. Jom kita pergi sekarang.”
Mendengar jeritan Pak Long, Mak Longnya terkocoh-kocoh membawa badan ke arah mereka.
“Abang ni tak menyempat-nyempat lah. Jom kita pergi.”
Iman hanya tersenyum melihat gelagat pasangan yang telah berkahwin hampir 24 tahun itu. Anak-anak yang telah besar dan berjauhan dari mereka telah digantikan dengan Iman yang menumpang di situ sementara dia mencari tapak yang lebih kukuh.
Dalm perjalanan, Iman tidak banyak bercakap. Dia hanya membuang pandangan ke luar tingkap WAJA Pak Longnya. Jiwanya sudah sampai ke JB. Hanya badan yang masih tertinggal di sini. Di matanya terbayang-bayang wajah Firdaus.
Argh…jiwa kacau sungguh.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Iman berlalu jauh sedikit untuk menjawab panggilan dari Firdaus. Kalau Mak Longnya dengar susah pulak.
“Mak Long, Pak Long, Iman balik dulu ya.”
“A...ah. Baik-baik tau. Jangan lupa kirim salam dengan mak dan ayah kamu. Dah sampai dekat sana nanti telefon Mak Long.”
Iman mengangguk. Setelah bersalaman dengan Pak Long dan Mak Longnya dia segera menaiki bas yang sememangnya telah lama menunggu. Nasib baik dia tidak tertinggal…
Masa seakan begitu lambat berlalu. Jarum jam bagai tidak bergerak langsung. Walaupun bas yang Iman naiki sudah pun memasuki JB tapi dia sudah tidak sabar lagi untuk turun dan menemui Firdaus.
 Masa yang ditunggu sudah tiba. Melangkah turun dari bas dan berjalan ke tempat yang dijanjikan, dia membawa debar dihati. Dari jauh dia sudah dapat melihat Firdaus walaupun orang di terminal itu ramai. Cepat saja naluri hatinya mengesan Firdaus.
Berdepan dengan lelaki yang sangat dirindui dia seakan ingin menangis namun dia malu. Segera dia mengucup tangan Firdaus dan mereka bergandingan menuju ke motor. Pun begitu Iman tidak sedar segala perlakuannya diperhatikan oleh CNN kampungnya iaitu Cik Timah yang kebetulan berada di situ untuk balik ke Kota Tinggi. Cik Timah tersenyum. Ada modalnya kali ini untuk diberitakan…
“Macam mana dengan kerja? Seronok?” Firdaus memula bicara.
“Seronok tu memang seronok tapi sibuk sikit. Banyak yang perlu Iman belajar.”
Rasanya terlalu banyak yang ingin diceritakan tapi tak terluah segala kata-kata. Memandang dengan mata yang berkaca dia tidak tahu bagaimana untuk menyatakan kepada Firdaus bahawa dia sangat rindukannya.
“Kenapa ni? Tak suka jumpa abang ke?”
“Tak…Bukan macam tu. Sebenarnya Iman rindu sangat pada abang tapi Iman tak tahu bagaimana untuk menyatakannya.”
“Ha…kan Iman dah cakap tu. Abang faham. Abang pun rindu pada Iman. Kan sekarang ni kita dah bertemu.” Firdaus merenung Iman. Lama… Perlahan dia mengucup dahi Iman. Bukan kerana nafsu tapi kerana sayangnya yang tulus pada gadis itu.
Sedang pasangan itu melayan perasaan mereka, telefon Iman berbunyi.
Abah!
Dalam pelukan Firdaus dia menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Kamu dekat mana ni Iman?”
“Dekat JB abah. Di rumah Kak Mimi ni. Siti pun ada. Kenapa?” Entah kali yang keberapa dia menipu ayahnya.
“Abah nak Iman balik sekarang juga.”
Seketika dia terkejut dengan permintaan itu.
“Balik sekarang? Kenapa bah?”
“Abah ada hal penting nak dibicarakan dengan kamu. Kalau kamu tak balik abah akan pergi jemput kamu kat sana.”
Iman pelik dengan kelakuan abahnya. Tak mampu dia hendak mengingkari kata abahnya.
“Baiklah bah. Nanti dah sampai dekat Kota Iman telefon.”
Kecewa! Tersangat kecewa hatinya. Belum puas bersama Firdaus, dia sudah diminta balik ke Kota Tinggi sedangkan dia sudah memberitahu yang dia akan bermalam di rumah Kak Mimi. Agaknya abah dah dapat baca rancangannya kot…
“Kenapa Yang?”
“Abah suruh Iman balik sekarang jugak.”
Muka Firdaus sedikit berubah. Seperti jugak Iman, ada kekecewaan di wajahnya.
“Abang rasa Iman patut balik. Lagipun abah Iman yang suruh kan.”
“Tapi Iman belum puas bersama abang.”
“Iman, abang pun tak ingin berjauhan dengan Iman tapi kita masih ada masa. Mungkin ada perkara penting yang perlu abah Iman cakapkan. Jom abang hantar pergi Larkin.”
“Abang ni memang nak Iman balik ‘ek.”
Merajuk pulak dia…
“Bukan macam tu. Kalau boleh abang tak mahu Iman balik. Abang nak  bersama dengan Iman je. Tapi sekarang ni abang tak boleh buat macam tu sebab Iman bukan hak abang sepenuhnya. Tak patut ingkar kata-kata orang tua tau. Nanti kita boleh jumpa lagi. Okey…”
“Okeylah. Janji tau!”
Firdaus tersenyum, kemudian mengucup tangan Iman. Memujuk.

*****

“Kenapa abah suruh Iman balik?” Terus Iman bertanya sebaik sahaja selesai menyalami ibu dan abahnya. Keinginannya nak tahu amat kuat.
“Iman dah pandai tipu abah dan ibu ya sekarang.”
Tipu?
“Apa maksud abah?”
“Iman dekat JB tu bukannya berjumpa dengan Siti tapi Iman jumpa lelaki. Siapa lelaki tu? Cakap dengan abah.”
Lelaki?Firdaus pastinya. Siapalah pula yang membawa cerita ini?
“Itu kawan Iman.”
“Kawan apa namanya kalau sampai bercium-cium tangan.”
Iman terdiam.
Bagaimana abahnya tahu?
“Iman jangan ingat abah tak tahu dan tak nampak apa yang Iman buat. Mulai hari ni abah tak mahu Iman jumpa dan berhubung lagi dengan lelaki tu, faham.”
Dia ingin membantah tapi tidak mahu berkurang ajar. Memandang ibunya minta dilindungi tapi hampa.
“Tapi abah tak ada sebab untuk menghalang Iman buat macam tu. Iman ada hak untuk berkawan dengan siapa saja.” Dia tidak puas hati kerana tidak tahu atas alasan apakah dia diperlakukan begitu.
“Memang Iman ada hak untuk berkawan dengan siapa saja tapi bukan dengan dia. Ini perintah abah. Iman jangan cuba-cuba mencabar abah.”
Iman membawa diri ke bilik. Mengalir air matanya memikirkan perintah abah yang memang sukar diubah. Cutinya tiba-tiba terasa kosong dan tidak bermakna…
Bagaimana hendak melupakan lelaki yang telah bertakhta di hatinya? Yang memberikan kebahagian padanya! Yang banyak berkongsi suka duka dengannya!
Firdaus…I Love You!