Friday, November 22, 2013

Buaian Berendoi Azma Azlim Decor

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lari sikit dari n3 kebiasaan. Kali ni saya nak bercerita dan mempromosikan tentang Buaian Berendoi Azma Azlim Decor (BBAAD) yang diusahakan oleh anak saudara Mok Ja. Azma @ Along dah agak lama mengusahakan buaian berendoi ni bersama suaminya. Sesekali kalau saya ke rumah mereka, memang seronok melihat barang2 yang digunakan untuk decor berkenaan. Maklumlah, jiwa seni la katakan.

Sekarang ni dah menjadi satu trend barangkali apabila majlis cukur jambul atau akikah anak-anak dibuat secara besar-besaran dengan adanya buaian atau pelamin kecil. Kalau dulu cukup dengan si ayah yang mendukung anak-anak dan dibawa keliling ke arah jemputan yang sedang berselawat. Kali terakhir saya lihat majlis ni adalah semasa cukur jambul Maisarah lima tahun lalu.

Cerita tentang BBAAD ni, kalau ada sesiapa yang teringin nak buat majlis cukur jambul atau akikah anak, takpun ada nak rekemen pada kawan-kawan, bolehlah cuba-cuba jenguk laman web yang akan saya kongsikan nanti.


Antara gambar-gambar yang sempat saya ambil dari FB dan blog BBAAD. Saya memang suka dengan kerja tangan yang dihasilkan. Semuanya nampak menarik. Cute je nampak.


BBAAD juga ada menyediakan pakej tertentu yang boleh dipilih pelanggan. Tema pun ada bermacam-macam. Sebut je apa warna yang dimahukan, apa jenis buaian yang disukai In Sha Allah semuanya akan ditunaikan. Yang penting harganya berpatutan. Agak-agak nanti kalau saya nak buat pelamin akad nikah pun buleh jugak ye... mintak sponser!


Selain buaian dan bunga-bunga yang cantik tu, turut disertakan sekali adalah pencahayaan untuk menyerlahkan lagi dekorasi yang dibuat.


Kalau tidak mahu hiasan yang sarat, boleh juga request yang simple-simple.


Kalau dapat seperti yang di atas ni pun cantik jugak kan? Bukan setakat baby yang suka, mummy baby pun tersenyum sampai ke telinga dengan hiasan yang cantik begini.


Cerita tentang kejayaan BBAAD juga telah mendapat perhatian majalah Pa & Ma. Jika nak tahu sebarang aktiviti pemasangan atau contoh2 buaian yang telah dibuat, boleh skodeng di Facebook  atau SMS / WhatsApp 017 - 3052063 & 012 - 2945011 (Azma / Azlim).






Kalau nak tengok lebih lagi contoh dekorasi yang tekah dibuat, boleh juga berkunjung ke blognya di Buaian Berendoi Azma Azlim DecorDi situ ada banyak gambar yang boleh dipilih ataupun dijadikan contoh.


Roasted Tomato Meat Burger Sauce

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya suka melihat rancangan memasak di cannel AFC (703) ASTRO. Kadang2 apa yang dimasak oleh chef boleh memberi inspirasi selain menambah ilmu dan tips di dapur.  Semasa menonton River Cottage, saya tertarik dengan resepi ringkas dalam menyediakan sos tomato panggang. Ianya sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Jadi saya cuba oleh mengikut kesesuaian sendiri.

Bila dah siap, sos ni berbau agak unik kerana tomato yang di bakar terlebih dahulu. Patutnya kehitaman sedikit tetapi oven saya tu tiba2 bermasalah pulak. Kalau saya lihat di AFC tu rupanya sedikit garing dan kekeringan. Tak mengapalah...

Sos ni sesuai sangat kalau nak dibuat sos spagetti atau pizza, tapi saya hanya gunakan sebagai topping pizza roti. Kalau korang suka makan2 western ni boleh la cuba buat resepi macam ni... dapat rasa lain sikit dari sos yang selalu dibuat ataupun sos segera. Ni kat bawah saya dah tuliskan semula resepinya. Silalah cuba..


ROASTED TOMATO MEAT BURGER SAUCE
Resepi : Cheq Sue

A : Tomato ranum + secubit garam + minyak zaiton + oregano
- Tomato dibelah 4, masuk ke dalam loyang tahan panas, taburkan garam dan minyak zaitun
- panggang dalan oven suhu 180'C selama 25 minit (atau lebih, bergantung)
- bila dah masak, blend dengan sedikit air, jangan sampai terlalu halus

B : 4 keping daging burger, sedikit gula, 2 helai daun bay
- hancurkan daging dan tapis air, masuk ke dalam kuali
- masak hingga daging empuk dan agak kering air (tak perlu guna minyak)
- tuangkan tomato panggang yang telah diblend (bahan A)
- masukkan bay leaf dan gula
- masak hingga agak pekat

Thursday, November 21, 2013

Roti Sandwich via Roti Naik Pahang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah lama jugak saya buat roti ni. Oleh sebab oven saya bermasalah, maka saya memutuskan untuk membuat roti yang terus dibakar di dalam BM (dengan menggunakan setting nombor 1 - basic). Saya sebenarnya tak pasti resepi sebenar roti naik Pahang ni. Adakah ia sama dengan roti naik Maktok?  Bila saya Google, terdapat pelbagai resepi roti naik Pahang yang keluar. Jadi saya mencuba resepi yang ada di blog Kak Azie. Cumanya, oleh sebab saya membuat roti ni secara terus, maka ianya terhasil dalam bentuk roti sandwich.

Tengoklah roti yang terhasil. Alhamdulillah naik dengan elok, gebu dan ringan. Cuma di bahagian keliling keraknya agak tebal kerana lupa nak set dia punya berat. Jadi janganlah bandingkan roti saya ni dengan roti yang kat kedai tu, Gardenia ke, Massimo ke, memang kalah la.. -_-


Pandangan dari sisi. Yang geramnya bila buat roti sebegini, selalu lupa nak keluarkan knead setelah selesai dipenaikkan. Bila roti dibakar besama knead, memang susah sikit nak keluarkan sebab roti dah terlekat bersama benda alah tu. Memang geramlah, seb baik dok bahagian bawah..

Di bawah ni pula gambaran di dalam yang selembut kapas. Boleh nampak kan bagaimana urat-uratya? Errr...urat ke? Untuk sebiji ni dapat banyak keping jugak, memang tak habis nak makan sorang. Jadi saya buatkan roti pizza. Nanti saya kongsi dalam next n3.

Cumanya, dengan resepi ni saya rasa rotinya agak manis. Dah rasa dah masa masukkan gula tu, maybe next time kena ejas sikit tang gulanya. Jadi saya copy semula resepi berkenaan untuk rujukan akan datang. TQ Kak Azie..


ROTI NAIK PAHANG




Bahan bahan:
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan gula 
2 sudu kecil ibu roti  (bancuh dengan 100 ml air suam)
2 sudu besar majerin 
1 sudu kecil shortening   
500 gm tepung gandum   
200 ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dalam bekas, dikacau dan tuang air ke dalamnya sehingga cukup 200 ml)
1 sudu besar susu tepung  

Cara cara :
Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih.
Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.
Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata. 
Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening.  Uli sebati sehingga lembut dan elastik. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya.
Lap tangan dengan sedikit minyak dan bulat bulatkan doh dan timbang supaya sama besarnya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan majerin. Tutup dan biarkan seketika sehingga doh naik 2 kali ganda.
Barulah di bakar pada suhu 180C selama 18 minit. 

Nota : 
Saya bakar pada suhu 160C selama 40 - 45 minit.
Angkat dan lenser permukaannya dengan marjerin supaya ianya berkilat.