Saturday, June 25, 2011

Special for you > Follower ke 100


Alhamdulillah...
Setelah hampir 2 bulan aktif berblog... jumlah follower 'ila_cheqsue' mencecah 100 orang
100 je?
Eh korang jangan la cakap gitu
100 tu besar maknanya taw
Walaupun blog ni succesfull registered since Okt 2010
Tapi dek kerana masalah tertentu..baru tahun ni nak mengganas
He he he
As a newbie
Masih banyak yang perlu dipelajari
Cheq sue masih perlukan sokongan korang sumer
Untuk bangunkan blog ni
Harapan cheq sue semoga blog ni
Dapat memberi manfaat kepada semua
Seperti mana cheq sue mendapat manfaat dari blog orang lain
Jadi tahniah kepada  kisahkauakudankancil.blogspot.com
i've got s'thing 4 you... pls send your add to kemren0104@yahoo.com

*Salam kasih mesra perkenalan dari cheq sue*

Mee Hailam

Selamat malam & assalamualaikum...


Malam ni lewat pulak bersiaran. Berokben cheq sue tetibe je no network. Eh... ape da kes... Hupe2nye check bil...lom bayar lagi la bulan nih... Huh cepat aje nak motong line oreng... Seb baik leh minjam member nye nih... Buleh online sat
Back to da n3...
Alhamdulillah kenyang sudah menikmati makam malam yang berupa semangkuk mee hailam buatan sendiri... Sedap??? Eh...sudah tentu. Kata orang, rahsia membuat mee hailam adalah udang dan baby corn..tapi cheq sue hanya masukkan daging ayam je..sayur2 pulak baby corn dan carrot. Hah..kita guna je lah apa yang ada kat dapor... janji jadik... Alaaaa....macam P.Ramlee tu la, guna arang je buat kopi... minum aje Pak Belalang...
Kalau dilihat mee hailam ni pulak, mee tu dah putus2 dah...maklumlah seminggu lebih dah beli, tak abes2 lagi... Xpelah...sendiri nak makan aje...

MEE HAILAM
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- mee kuning secukupnya (rendam air suam seketika dan toskan)
- 2 biji bawang putih (ketuk)
- isi ayam secukupnya (kalau nak masukkan daging, udang, sotong boleh aje)
- sayur-sayur secukup mahu
- 2 biji cili hijau (nak pedas taruk le lebih yerrr.....)
- air, kicap dan bancuhan tepung jagung secukupnya
- sedikit kiub ayam
- garam dan gula

Cara membuatnya :
- tumis bawang putih & masukkan isi ayam
- masukkan air secukup dikehendaki (agak2 sepadan dengan mee) dan kiub ayam
- masukkan sayur-sayur, cili dan masak sehingga empuk
- masukkan kicap, biarkan sebentar dan masukkan bancuhan tepung jagung
- rasakan gula dan garam
- biarkan mendidih seketika
- bila dah masak boleh gaulkan terus dengan mee atau asingkan kuah supaya mee tidak kembang
(^_^)

Bingka Pisang


Selamat petang ya...
Aduhh...dah abes stok dua sikat pisang...mai pulak pisang dari sekolah. Huh jenuh nak memikir nak buat apa. Pisang ni namanya Kelat Jambi...sebab ada rasa2 kelat sikit. Cheq sue pun x tau la mana pisang ni dapat nama @ kat tempat lain nama apa...tanya tuan dia dia cakap gitu. Pisang ni kalau dah masak betul makan gitu pun sedap. Tapi cheq sue nak try buat lain plak. Bila search 'PISANG' di MyR banyaknye resepi yang boleh dicuba tetapi resepi Kak Fida ni jugak yang terberkenan di hatiku.... Cara nak buat pun mudah.
Adunan ni cheq sue bakar dalam acuan bunga pecah 8 (huuuuuu dah berzaman beli baru rasmi arini...). Alhamdulillah bingka yang dibuat ni menjadi je dan lembut pulak tu... Kalau sape yang nak mencuba tu buleh tengok resepi kat bawah tu ye...ataupun klik je kat MyR... Kak Fida, cheq sue kopipes sini lak ye...

BINGKA PISANG
Sumber : Kak Fida Sayang MyR

Bahan-bahan :
- 2 cawan pisang yang dilecek halus
- 1/2 cawan gula merah
- 2 biji telur
- 100 ml santan pekat
- sedikit garam
- sedikit esen vanilla/pisang
- 1 sb majerin/mentega
- 1-11/2 cawan tepung gandum - diayak
- 2 biji pisang-didadu ketika hendak dicampurkan ke dlm adunan

Cara membuatnya :
- Pisang lecek,gula,telur,santan,garam,majerin dan esen dikacau rata (cheq sue masukkan dalam blender dan grrrrrrrrrrrrr kejap aje siap)
- Masukkan tepung dan kacau terus hingga sebati.
- Masukkan pisang dadu ke dlm adunan dan gaul sebati.
- Loyang/acuan disapu majerin dan dipanaskan sebentar dlm oven,keluarkan dan tuang adunan bingka dan bakar selama 30 min atau hingga garing permukaannya. (cheq sue bakar suhu 180' selama 40 min)
- Sejukkan kuih di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.