Sunday, July 24, 2011

Bun Lembut Cameron

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Pagi ni kita bersiaran dengan bun lembut yang dihasilkan di Cameron Highlands. Resepi ni di ambil dari blog Ros Jintan Manis dan ada juga di dalam versi e-book yang sempat cheq sue download dulu. Sebenarnya nama sebenar bun ni adalah BUN LEMBUT OSAKA...sebab ros membuatnya di Osaka Jepun nun...tapi oleh sebab cheq sue membuatnya di Cameron nin, so kita edit le sikit tang namanya tu... boleh kan Ros..boleh laaaaa.........
Sejujurnya...sebelum ada BM dulu...meroti cara manual aje... tau2 ajelah kat CH ni...kadang2 panas tetibe sejuk. Roti pun x sempat nak naik terus jadik bantat. Memang mencabar la nak kena uli sampai 20-30 minit.. Tu yang bersyukur sgt bila beli BM...tak rugi tau... main kutu la...kumpul sesikit... Opstttt....
Bun ni seperti mana namanya, memang la lembut gebu gitu.. Di dalamnya pula cheq sue masukkan inti kacang merah, kesian dia dok lama dah lam esbok tu tak nyempat nak guna. Resepi ni lebih kurang sama dengan doh asas je kot... tapi xpelah cuba je sekadar menambahkan koleksi roti.

Sebelum bakar... akhirnya dapat gak cheq sue tabur bijan hitam kat atas tu... nampak glemer aje roti nih. Tapi bab nak membentuk roti ji jadik bulat masih fail la... geram seyhhhh

V
V
V

 Lepas bakar 20 minit.. tadaaaaaaaaaa... berkilat-kilat kejadiannya... masa ni wangi je bau, bukan ape, inti dah terkeluar laaaa.......... ha ha ha

V
V
V

Hah...tunggu ape lagi, sedia untuk di ngap ler.... Bismillah....


BUN LEMBUT CAMERON
Sumber :  Ros Jintan Manis

Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
-300gram tepung roti cheq sue guna tepung high protein NONA
-80gram tepung gandum
-2sudu besar water roux
-1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
-1 1/2 sudu besar marjerin
-2 sudu besar gula
-1/3 sudu kecil garam
-2 sudu kecil yis
-160 ml air suam

* untuk gliss*
-baki telur + 2 sudu besar susu
Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
Cheq sue guna BM je...ulu & perap selama 1 jam 30 min
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.

Saturday, July 23, 2011

Parut

Assalamualaikum & salam sejahtera
Cheq sue selalu pikir...
Kita-kita yang selalu masak ni
Mesti ada tak banyak sikit
PARUT
Ye lah...main dengan benda2 panas
Tajam2 pulak
Cheq sue xsoh cakap la... 
Kena pisau... 
Kena air panas...
Kena dulang panas...
Kena pemarut kelapa...
Kena minyak la...
Yang paling teruk
Tertitik air gula mendidih masa nak buat kek gula hangus
Terpercik air panas masa buat bingka (aduiiiiii)
Kedua2nya masih ada tanda sehingga kini
Bagi orang bujang ni...
Kadang2 segan jugak
Nanti orang kata tak pandai jaga 
Tapak tangan dah la lembut macam sabut kelapa
Parut pulak merata-rata
Eeeeeeeeeeeeeee malunya
Ye la orang sekarang ni memilih aje
Nak yang cantik pastinya
Tangan licin, muka berseri
Pinggang kerengga
Tapi
Yang ada parut2 sebab masak tu la kena up harga
Rajin ke dapur tu maknanya...
He he he

**cantik tak ke mana

Ikan Talapia Bakar Tomyam ~ Dinner Semalam & Lunch Hari Ini

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hah... korang ada terbau-bau tak lauk lunch cheq sue nih? APA??? Tak dapat? Hishhh rugi tau... kemain sedap bau ni korang xleh rasa... siannyerr..... Walaupun lauk ni cheq sue buat malam semalam...masih ada belen lagi untuk hari ni..
Eceli...dah lama nak buat ikan bakar tomyam ni... memula tengok di dapur Noorsha...hot lady yang tak sah kalau tak pedas berapi... pastu tgk pulak kat rumah Tun Telani...versi ikan kembung... perghhh... kendian nampak pulak kat dapur Mas...menggunakan ikan talapia. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa boleh boleh boleh... boleh la cuba. kalau nak menunggu siakap tu alamat lambat la lagi boleh makan ikan ni.
So Senin lepas cheq sue beli seekor ikan talapia. Agak besar jugak, sekali makan memang tak habis. Kalau korang nengok ke gambar2 tu memang la tak menarik langsung, tapi rasa dia super duper sedap...serius! Jujur ni tak tipu langsung. (Sebenarnya nak habes jugak makan ikan tu seekor...ratah gitu pun sedap). Ala-ala makan ikan bakar kat kedai gitu. Untuk resepi ni juga boleh digantikan dengan ayam seperti yang dilakukan oleh Kak Nor dan Nieza. Apapun kita skodeng resepinya pulak yer...

Sila abaikan kualiti gambar ye... Cheq sue rasanya guna air terlebih masa nak blend tu...sebab tu agak basah2 siket. hiasan2 pun xde... lipstik, blusher nehi

Ikan yang digunakan ni dah tak berapa segar... kalau dapat yang insangnya masih merah... fuhhhh lagi sedap

IKAN TALAPIA BAKAR TOMYAM 
Sumber : Mas Duniaku

Bahan A :
Makan hari ni... :)
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan) - cheq sue guna ikan talapia
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi xde stok kat rumah...tak masukkan. tapi kalau perah ni lagi mengancam rasanya
  • 1 biji tomato 
  • Aluminium foil dan Mas letak juga daun pisang daun pisang ada..tapi malas nak kuar rumah... balut aluminium gitu je
Bahan B :
  • 2 biji cili merah - cheq sue tak letak
  • 5 biji cili api - cheq sue letak 2 bijik je
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos - Mas pun ltk mcm Noorsha lupe**
  • 1 biji tomato - Mas tambah
  • cheq sue blend semua bahan hingga sebati (tomato hanya sebiji saiz besar)

Cara membuatnya :
  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.
  2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas. Lebih sedap jika diperap beberapa jam sebelum dibakar kerana rempah akan sebati ke dalam isi ikan
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.