Saturday, October 22, 2011

Simple Tapi Sedap...

Assalamualaikum & salam sejahtera

Selamat petang semua... Apa aktiviti hari ni? Ada ke mana-mana ke? Cheq sue bersantai2 aje, tadi mek baru tanya nak makan durian atau tidak. Ehhhh...mestilah nak kan. Mungkin petang nanti akan ke rumah sepupu di Jertih untuk nengok kalau2 ada...

Dah lunch? Mmmmm dah dekat pukul 3, saje je la kalau belum makan. Cheq sue tadi bersarapan dengan nasi kerabu, masih kenyang lagi. Untuk adik2 kat rumah ni cheq sue masakkan ikan goreng berkuah. Memang wajib la lauk ni. Selalunya stok garam kunyit memang ada dalam peti. Sejak dah xde anak perempuan kat rumah ni, selalu mek siapkan terus ikan garam kunyit, kalau nak makan tinggal goreng aje. Ye la, dah semuanya lelaki. Adik cheq sue yang bongsu tu takat goreng2 bolehla... Kalau abang dia sorang lagi tu bolehla nak masak macam2 sikit..



Ikan goreng ni pulak memang kena masak kuah banjir. Budak2 ni kalau makan ditimbanya segala kuah tu macam makan ikan gulai. Sebab tu la cheq sue ni dah lekat tabiat, kalau masak camni mesti nak berkuah2 gitu. Budak2 laki ni tau aje la kalau makan, kur semangat sampai satu pinggan pun tak rasa apa.. Kalau adik bongsu tu, haaaa siap la ada lauk camni.

Kalau ada sape2 yang nak cuba lauk camni, jemputlah nengok resepi ni ya...Bahan2nya cukup simple, cuma kali ni cheq sue x gunakan halia (xde kat rumah). Kalau ada lagi membangkitkan bau lauk ni. Tapi yang ni pun dah cukup menyelerakan. Jangan lupa ya... Wassalam...

IKAN GORENG BERKUAH
Resepi : Cheq Sue

- ikan goreng (cheq sue guna 3 ekor ikan selayang) - letak sedikit garam kunyit *boleh juga diganti dengan ayam atau telur
- 1/2 biji bawang besar - mayang
- 1 biji bawang putih - tumbuk kasar
- 2 biji bawang merah - tumbuk kasar
- 2 sudu besar cili giling (nak pedas bubuh lebih)
- sedikit kicap, air, garam dan gula
* jika ingin menggunakan halia, tumbuk kasar dan tumis bersama bawang.

Cara-cara :
- goreng ikan yang telah digaram kunyitkan sehingga garing
- panaskan minyak dan tumis cili & bawang yang ditumbuk sehingga naik bau dan garing
- masukkan bawang besar dan air (bergantung kuah yang dikehendaki)
- bila mendidih, masukkan kicap dan ikan
- kemudian rasakan garam dan gula
- masak seketika sebelum diangkat

PEPSI Kurangkan Kesakitan Senggugut

Assalamualaikum & salam sejahtera



Pernah dengar tak yang air PEPSI dapat mengurangkan kesakitan semasa awal period? Cheq sue pernah la dengar kengkawan citer...memang agak membantu. Orang laki2 maybe tak tahu camana rasanya sakit ni...sampai mood boleh berubah, emosi boleh terganggu dan fikiran jadi ke laut. Hanya yang alami aje akan faham. Jadi kalau ada awek2 ke isteri ke 'semacam' aje kat tengah2 bulan tu...mungkin tengah alami kesakitan orang perempuan ni.

Selalunya pengambilan ubat PANADOL MENSTRUAL atau PANADOL ACTIFAST memang boleh, tapi takut pulak kesannya. Pernah jugak cheq sue dengar ada antara panadol ni yang sudah diharamkan. Jadi kalau sape2 yang selalu aje sakit senggugut tu bolehlah cuba minum PEPSI ni masa hari2 awal tu, maksudnya bila rasa sakit2 nak period sehingga hari pertama...InsyaAllah dapat membantu... Lelaki, sila ambil perhatian ya!! Wassalam...

Friday, October 21, 2011

Alhamdulillah....... *_*

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Malam ni bersiaran dari kg...dengan sedikit n3 ringkas. Alhamdulillah selamat sampai 5.45 petang tadi. Sepanjang perjalanan hujan bersulam panas, memang seksa sedikit membawa kereta. Kena lebih peka dan berhati-hati. Sambil bawak kereta, sempat jugak berfikir, sedap sungguh kalau dapat makan ikan darat. Tambah2 pulak bila melalui jalan yang ada sawah, sekarang tengah membajak untuk menanam padi. Perghhhh meleleh rasanya!

Bila sampai, selalu check dapur dulu. Bukak2 tengok, aduh.....ada pulak gulai ikan darat (keli dan haruan) dengan pucuk kadok. Rezeki, rezeki.... Tengok, macam paham2 je bonda ni kan, tau je apa yang anak dia nak makan... He he he... Kenyang beb, nasi dengan gulai ikan ni + petai. Perghhhhhh pengsan!

Bila kat kg ni, aktiviti berblog tetap berjalan...mungkin agak slow sikit. Cuma satu cheq sue nak bagitahu, kalau cheq sue xde komen2 kat n3 korang tu bukan ape tau...payah sikit nak lepas. Kalau cheq sue dapat komen dapat la ye... tapi selalunya asyik sangkut aje. Cheq sue tetap berkunjung menziarah kawan-kawan, tengok ape yang korang masak. Jangankan n3 orang, n3 sendiri pun sudah nak reply komen. Maklumlah dok kg kan line tenet macam kura-kura (meminjam kata2 Hasue...). Harap2 dapat sabar la ye... Wassalam...