Wednesday, February 15, 2012

Aiskrim Goreng

 
 
Akhirnya berjaya mendapatkan semula gambar2 dalam memori kad Olympusku
Perghhhh...rasa tak keruan betul bila xleh nak copy gambar tak seberapa tu
Bila tukar laptop cepat aje memori kad tu kena virus
Virus tu pulak kemain pandainya, disorok segala gambar kita
Bila masuk lappy langsung xleh nak tengok
Nasib baik boleh guna untuk amik gambar
Lepas pada kena virus ni minggu lepas, cheq sue guna kamera sekolah untuk bergambar
Kalau tak sunyi sepi la teratak Ila Cheq Sue ni...

Sebab itulah baru keluar n3 tentang aiskrim goreng ni
Buat dah berzaman, tapi gambar dok terperuk
Untuk percubaan pertama ni memang tak puas hati sebab aiskrim tu cair
Tapi ramai rupanya yang eksaited bila buat ni
Cheq sue sendiri pun tak pernah terfikir camni rupanya orang buat aiskrim goreng
Lain kali insyaAllah nak buat lagi, make sure aiskrim tak cair

Kalau sape yang belum pernah buat tu boleh la cuba
Tq Kak Lina  shared this recepi
Wassalam...




 
AISKRIM GORENG
Resepi : Kak Linapg 
 
Bahan-bahan ( 5 biji )
10 keping roti cheq sue buat dalam sebungkus roti
5 scope aiskrim (apa2 perisa)
Plastik wraping ( untuk balut roti)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
Skopkan aiskrim ke atas roti.
Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi
Tekan acuan telur yang bulat tu supaya roti terputus 
(Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar) cheq sue pekapkan dengan hujung garfu
Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman
Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan.

Makaroni Bakar # Resepi 2

 
 
Makaroni bakar ni menjadi bekal cheq sue pada persekolahan minggu lepas
Biasa kalau buat dalam caserol camni terus je bawak ke sekolah, memang tak salin dalam bekas lain dah
Mula-mula plan nak buat macaroni soup, tapi ntah caman jadi baked macaroni pulak
Rasanya not bad, cuma kena la makan time panas2 hangat tu
Kalau dah sejuk kena makan lambat2 baru tak rasa muaknya
Tambah2 bila dah letak jalapeno cheese tu, lagi la...
 
Untuk resepi kali ni cheq sue tak masukkan instant sos, tapi lebihkan serbuk lada hitam
Kira2 percubaan ni berjaya la menggoda selera cheq sue
Bertambah satu lagi resepi makaroni bakar
Kalau nak tengok versi yang pertama leh klik sini
Kalau ada nak cuba, sila-sila lah
Mana tahu puas hati..
Wassalam...
 


 
MAKARONI BAKAR 
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
1/2 cawan makaroni - rebus dan masukkan sedikit garam dan air
1/2 biji bawang besar - dadu
10 biji cendawan butang (dalam tin) - potong 4
Sedikit brokoli (dalam dua genggam gitu) - hiris 
1 cawan susu segar / full cream
2 keping daging burger - hancurkan (boleh ganti dgn daging / ayam cincang dalam 1/2 cawan)
Sedikit minyak untuk menumis & oregano kering
2 sb serbuk lada hitam segera MAGGI (kebetulan ada stok, kalau xde boleh guna lada hitam biasa dan tumbuk)

Cara-cara :
Makaroni yang telah direbus ditoskan airnya
Panaskan minyak dan tumis bawang besar *minyak jangan banyak sebab nanti lemak daging akan keluar
Bila layu masukkan oregano kering
Masukkan daging dan serbuk lada hitam. Masak sehingga air daging agak kering
Masukkan brokoli dan cendawan butang. Masak seketika dan masukkan susu.
Bila sudah mendidih, masukkan makaroni dan gaul rata. Jika perlu tambahkan sedikit garam (Cheq sue tak masukkan sebab dah cukup rasa)
Masukkan ke dalam bekas tahan panas, bakar pada suhu 200'C selama 15-20 minit

Tuesday, February 14, 2012

Apple Celery Juice

 
 
Masih belum berkesempatan nak BW
Tenet kat rumah ni asyik melemaukan diri macam tuannya
Kadang2 nak load blog sendiri pun susah
Kalau load 2 3 kat tab mula la tersekat-sekat
Nak curi masa kat sekolah pun xleh, jadual pack sungguh tahun ni
Kadang2 tu dah mula rasa give up...

Jus epal dengan saleri ni cheq sue buat minggu lepas
Ada member bagi sebatang daun saleri
Kalau nak harapkan beli lambat la lagi
Sebenarnya jarang2 sangat guna saleri untuk masak
Bila terfikir jus ni terus je buat, tapi masih berbaki selerinya
Rupa-rupanya memang sedap
Xde pulak berbau macam tomyam ke, daging lompap ke... he he he
Sungguh segar rasanya menikmati segelas, sampai rasa nak lagi..
Yang cheq sue buat ni tak ditapis, tapi kulitnya dikupas terlebih dulu
Kalau yang belum cuba jus camni bolehla buat nanti ya..
Wassalam...


APPLE CELERY JUICE 
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
1 biji epal hijau - kupas kulit dan potong dadu
1 sb gula (lebih kurang)
5 cm seleri - hiris nipis
1 cawan air
 
Cara-cara :
Campur semua bahan dan kisar halus
Tuang ke dalam gelas
Jika ingin dinikmati sejuk, boleh masukkan ais