Thursday, December 20, 2012

Ehh...

 
 
 
 
Sejak berblog ni, tak tahu la dh berapa kali cheq sue tukar header, watermark, layout atau nama. Kalau ada yang perasan, ini pun merupakan blog cheq sue dengan layout dan header yang baru. Bukan hape, asyik tengok gambar yang sama je naik bosan jugak kan. Hujung2 tahun ni ada masa sikit nak hadap lappy, dengan tak ada n3, godeklah sana sini. Cheq sue baru belajar buat header guna photoscape, ok jugak jadinya, simple saja tapi yang gerammmnya ada pulak silap di hujung tu. Adehhhh, malas dah nak repair, biarkan aje la ya. Ye la...dah blog pun dah tak berapa nak jadi blog masak, tak sesuai la pulak nak gunakan tagline "AKU BUKAN CHEF" tu... T_T
Stylish Thankyou

Pelihara Kereta Sebiji

 
 
Awak ada kereta? Ada... Awak? Eh mesti lah ada. Mmmmm, saya pun ada. Kereta biasa je, cukup untuk membawa saya ke mana-mana. Heeeee, bila sebut pasal kereta di zaman sekarang, jarang rasanya yang tak ada. Alkisahnya begini. Semalam cheq sue membuat rutin biasa, iaitu penjagaan tayar macam alignment, balancing dan check rim. Ok, ok, bukan cheq sue buat, tapi pomen kedai tayar okeh. :)
 
Pasal tayar ni cheq sue selalu buat di Kedai Maju Tayar (Kg Kelewet, Tanah Merah). Lokasinya terus saja dari Pantai Timur sehingga ada bangunan Continental. Sebenarnya kedai tu agak jauh jugak dari rumah, tapi tak apalah, dah biasa dan selesa di situ.
 
Bila bukak tayar aje... 'berat doh ni kak, 3 butey keno tuka.' Adey, 3 butey? Rim pulak 2 bijik yang bengkok (bekas eksiden). Ok, done, repair . Baru aje pi korek bonus semalam dah ada yang menagih. Pikir punya pikir, tukar 2 aje, 1 masih elok (tukar Dis 2011) dan 1 lagi tu pejam sebelah mata, nanti tukar di CH. Bukan ape, duit dalam purse tak cukup... :( Ting tong sana sini, dekat 2 jam kat situ, melayang la jugak hampir enam ratus. Fuhhhh...tetiba je dalam hujan renyai-renyai tu rasa panas. Naik ni pulak dah menunggu masa untuk servis, duit lagi.
Tapi bukan duit yang terbang itu hendak diceritakan. Dah kita guna, itulah satu pengorbanan perlu kita buat untuk menjamin keselamatan. Saya selalu terfikir, orang ni tahu naik aje kereta. Paling tidak isi angin dan isi minyak. Sebagai seorang pengguna, patut-patut kita buat la apa yang perlu. Sampai masa servis - hantar workshop. Tayar, alignment kena jaga. So far setakat ini kereta saya tak pernah lagi memberi masalah, kecuali eksiden 2010 (paling menakutkan)  dan pecah clutch (cukup masa katanya). Lain-lain masalah seperti bateri, viper dan lampu itu koman. Selalu menempuh perjalanan 600++ km pergi balik semestinya saya mengharapkan kereta dalam kondisi terbaik. Jadi, anda-anda yang ada kereta tu, sila-sila la jaga kereta anda.. ^_^ Wassalam
Stylish Thankyou

Wednesday, December 19, 2012

Dan Bunga Pun Berkembang # 3

 
 
 
Setelah selesai membasuh kereta, Zainab menuju ke gazebo di tepi rumahnya. Segelas jus epal dan dua keping pretzel menjadi sarapan. Cadangnya hari ini dia mahu memasak nasik pilaf dan udang masam manis. Dayang akan kembali dari percutiannya. Apalah salah jika dia menyediakan sesuatu yang istimewa. Lagipun sudah lama dia tidak berbicara, bergelak ketawa dengan Dayang, tentu banyak yang akan dibualkan.
Sambil menikmati sarapan, Zainab membelek surat khabar. Mmmmmmm macam-macam berita kat Malaysia ni. Kemalangan, penderaan, pembunuhan semuanya ada. Kadang-kadang Zainab terasa agak takut untuk ke mana-mana, tambahan pula bersendirian. Baginya orang jahat ada di mana-mana sahaja. Seketika kemudian dia terbaca suatu artikel bertajuk “HANTARAN TINGGI PUNCA WANITA LAMBAT BERKAHWIN.” Hai…kenapalah selalu sangat hal nikah kahwin ni muncul dalam hidupnya. Bagaikan dirancang-rancang episod hangat ini satu persatu terjadi. Dia membaca sepintas lalu. Baginya soal hantaran tinggi atau rendah bukan penyebab utama lambat atau cepat sesuatu perkahwinan. Ada banyak faktor perlu diambil kira, perlu diperhalusi.
Tiba-tiba Zainab teringatkan cadangan mak ngah nya. Agak-agak kalaulah dia bersetuju…mesti mak ngah sudah menemui calon suami untuknya. Tetapi dia tidak mahu meneguk di air keruh. Dia mahu tercetus rasa cinta di antara dia dan bakal suaminya. Sekalipun dia sudak terlewat dia tak mahu memilih sembarangan. Mak ngah…mak ngah… Sungguh murni impiannya…
Deringan telefon memutuskan lamunannya. Dayang!
‘Assalamualaikum Kak Nab.’ Ceria suara Dayang menyapa.
‘Waalaikumussalam. Ada apa Dayang?’ Zainab membalas.
‘Kak Nab, Dayang dah ada dekat Melaka ni, umi dan abah datang hantar ke rumah tau nanti.’ Hah? Hantar kat rumah? Boleh jugak berkenalan dengan keluarga Dayang. Setakat ini dia hanya mengetahui perihal mereka melalui penceritaan Dayang sahaja. Kali ini peluang keemasannya untuk bertemu mata.
‘Hmmm…kalau macam tu akak masak lebih sikit lah. Cakap dengan umi ye jangan makan dulu kita makan dekat rumah.’ Zainab segera memberitahu. Dia pasti Dayang bersetuju.
Dua setengah jam kemudian, Dayang dan ibu bapanya sampai. Dengan mengenakan blaus, skirt kembang dan bertudung, Zainab menyambut ketibaan mereka dengan senyuman.
Dayang bergegas keluar dan bersalam dengan Zainab, mencium pipi dan memeluknya. Pertalian antara Zainab dan Dayang sudah terlalu erat dan mesra.
Setelah itu Zainab segera meyalami umi Dayang, Puan Kamsiah dan ayahnya Encik Daud. Dia cepat-cepat mempersilakan mereka masuk.
‘Maafkan makcik Nab..menyusahkan kamu aje.’ Puan Kamsiah berkata saat dia mendudukkan diri di sofa dalam rumah Zainab. Matanya ligat melihat susun atur rumah itu yang kelihatan tersusun dan kemas.
‘Tak ada apa la makcik, pakcik. Saya berbesar hati makcik dan pakcik sudi ke rumah saya yang tak seberapa ni. Makcik duduk la dulu ye, saya ke dapur sekejap.’ Zainab meminta diri. Dayang mengekori dia.
‘Kenapa Dayang ikut akak? Duduk la dengan umi dan ayah. Sekajap lagi kita makan.’ Zainab berkata tanpa memandang Dayang.
‘Takpe la kak. Dayang nak tengok apa yang akak masak hari ni.’
‘Mesti la akak masak special untuk Dayang.’ Si Dayang ni mengada-ngada la pulak.
‘Wah…sedapnya. Memang special sungguh. TQ Kak Nab.’ Dayang tanpa segan mencium pipi Zainab yang sedang menyusun lauk.
‘Dayang pergi panggil umi dan ayah.’ Zainab mengarah. Bertuahnya dia dipertemukan dengan Dayang. Dia yang tidak mempunyai adik begitu memanjakan Dayang bak darah dagingnya sendiri…
‘Makcik ucap terima kasih banyak-banyak pada kamu Nab. Masakan kamu memang power lah. Boleh jadi chef dah ni.’ Puan Kamsiah memegang tangan Zainab disaat dia menuturkan kata-kata itu.
‘Biasa je makcik. Nab bukan pandai masak pun..sikit-sikit bolehlah.’ Itulah istimewanya Zainab, sentiasa merendah diri.
‘Nab, satu lagi makcik nak minta tolong.’
‘Apa dia makcik?’ Zainab menumpukan perhatian.
‘Nab tolong la tengok-tengokkan si Dayang tu. Kalau ada kesalahan ke kekurangan dia Nab tolonglah tegur bagi pihak makcik dan pakcik.’
‘Makcik, Dayang dah saya anggap seperti adik saya sendiri. Makcik janganlah risau.’
‘Alhamdulillah…terima kasih Nab.’
Puan Kamsiah dan Zainab saling tersenyum.
‘Umi dah bagitahu kak Nab?’ Dayang yang baru siap sembahyang tiba-tiba datang menepuk bahu uminya.
‘Umi dah lupa la tu. Power sungguh penangan nasi pilaf kamu Nab.’ Encik Daud yang baru datang menyampuk. Zainab terpinga-pinga. Apa hal pulak tiga beranak ni?
‘MasyaAllah… Saya terlupa la bang. Sebenarnya Nab, kami nak ajak kamu ke Johor akhir bulan depan, kakak Dayang akan berkahwin.’ Puan Kamsiah termalu sendiri dengan kesilapannya.
‘Oh…insyaAllah kalau saya ada kelapangan. Boleh jugak saya ke rumah Dayang pulak.’
‘Nampaknya pakcik kena ambil resepi nasik pilaf tadi Nab. Takut-takut makcik kamu ni kempunan, susah pulak pakcik nak cari.’
‘Hai bang…saya aje ke?’
Mereka berempat serentak tertawa…
*****
‘Kak Nab, jadi ikut family day minggu ni?’ Azura bertanya ketika Zainab keluar dari pantry.
‘InsyaAllah. Delaila semangat sangat nak ikut. Mungkin akak bawa dia nanti.’ Anak mana yang tidak suka berkelah? Sejak ditanya sejak itu Delaila tidak jemu mengingatkannya. Dia tidak sabar-sabar hendak ke PD.
Cek Mat juga telah dimaklumkan. Malah dia turut juga membawa bersama tiga kembar dan emaknya.

‘Kenapa abang Zamani tak ikut kak?’ Tanya Zainab kepada kakak iparnya ketika dalam perjalanan ke PD.
‘Dia kene outstation Nab, tiba-tiba je kena pergi Kelantan pagi tadi. Akak keberatan nak tinggalkan rumah, tapi mengenangkan Delaila akak ikut jugak.’ Aisyah membalas. Sambil matanya melirik Delaila yang sudah tertidur di seat belakang. Anak tunggalnya itu kalau naik kereta tak sampai 10 minit terus terlelap.
‘Kalau akak tak ikut, kesian pulak Delaila. Nanti letih Nab nak eksplain.’ Zainab memfokuskan pemanduan.

Sudah lama Zainab tidak bergembira begini. Bermain sukaneka bersama kanak-kanak, berlari di gigi pantai, mengejar ombak yang berserakan betul-betul menghilangkan tekanan kerjanya. Delaila sangat teruja dapat mandi laut dan bertemu teman baru. Cek Mat juga kelihatan tak menang tangan melayan kerenah kembarnya. Dan malam itu Zainab mengambil kesempatan berada di tepi pantai..menghirup udara malam dan merasai dingin bayu laut. Kak Aisyah dan Delaila sudah kepenatan, seharian tadi ke sana ke mari.
Dari jauh Zainab melihat Kamal dan Azura sedang minum di café. Pada firasat Zainab, ada bunga-bunga cinta yang berputik antara mereka. Dari pandangan mata…tutur kata dan bahasa badan, dia pasti ada sesuatu antara teruna dan dara itu. Jauhari tidak ikut sama dalam program kali ini. Dengar-dengar balik ke Perak, ke kampung isterinya.
Zainab memejamkan mata, cuba bersatu dengan alam. Dalam suasana hening ini dia ingin menghilangkan segala kekusutan dan ketidakkeruan di hati…
‘Eh Nab, apa yang awak buat kat sini? Belum tidur lagi ke?’ Cek Mat tiba-tiba menyergah dari belakang. Kusss semangatnya seketika.
‘Mata belum mengantuk lagi Cek Mat. Qasseh kenapa tak tidur lagi ni?’
‘Entah la Nab. Qayyum dan Qaishh dah tidur. Qasseh ni tiba-tiba buat perangai pulak.’
‘Meh dengan makcik Qasseh.’ Zainab menghulurkan tangannya. Dia sebenarnya tidak tahu bagaimana reaksi Qasseh. Mereka jarang berjumpa. Dia dan Qasseh masih belum biasa.
Qasseh yang sedang dipegang Cek Mat meluru ke arah Zainab. Anak gadis itu memeluk Zainab erat. Zainab memandang Cek Mat.
‘Qasseh…kenapa ni?’ Aneh. Sungguh aneh. Anak berumur empat tahun itu begitu mesra dengan Zainab.
‘Qasseh.. Qasseh indu mama…’ Subhanallah… Rupanya inilah yang mengganggu anak dara Cek Mat. Barangkali sejak tadi dia melihat kanak-kanak lain bersama ibu dan bapa,sedangkan dia kekurangan sesuatu. Mungkin itulah sebabnya.
Cek Mat bersebelahan kelihatan tenang walaupun ada kerutan di wajahnya. Dia meraut wajahnya berulang kali.
‘Qasseh…walaupun mama tak ada, tapi mama tetap sayangkan Qasseh tau. Qasseh sayangkan mama tak?’ Zainab memujuk walaupun dia tiada pengalaman langsung menangani anak sekecil ini.
‘Sayang…’ Qasseh masih lagi memeluk Zainab.
‘Kalau Qasseh sayang mama, Qasseh tak boleh macam ni. Qasseh kena gembira-gembira selalu. Macam abang Qayyum, macam abang Qaishh.’ Zainab mengusap-usap rambut Qasseh.
‘Isk isk isk…’ Kedengaran esakan halus milik Qasseh. Dia terlalu merindui arwah mamanya…
Dan Zainab melihat Cek Mat menyeka titis air di matanya..
‘Syhhhhh…’ Zainab menepuk perlahan bahu Qasseh. Berkali-kali dia mencium ubun-ubun Qasseh. Kasihnya melimpah ruah…

Stylish Thankyou