Saturday, April 20, 2013

Meriahnya Perang Bendera Pra Pilihanraya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Apa cerita dengan penamaan calon hari ini? Saya tak berkesempatan lagi nak menonton tv, tak tahu apa yang berlaku. Ada beberapa kerja yang perlu disiapkan. Tapi sebelum tu saja nak kongsikan kemeriahan perang bendera bersempena dengan Pilihanraya Umum ke 13 pada 5 Mei nanti. Tapi suka diingatkan saya hanya berkongsi apa yang saya snap, bukan hendak berkempen atau pro parti tertentu.

Gambar2 ini saya snap semasa dalam perjalanan balik kampung. Jadi mana2 bendera yang diletakkan khusus di sebelah kiri adalah menjadi mangsa lensa saya. Kalau ada bendera PAS @ BN @ PKR, bendera itulah yang akan saya snap. Jom sama-sama tengok.

Inilah senario di kampung saya. Kalau ada yang lalu di jalan ni (Jalan Lama Machang-Pasir Puteh), boleh la singgah. Rumah yang paling dekat dengan signboard tu rumah makcik saya. Seingat saya, signboard tu dah lama ada, sejak saya sekolah lagi. Mulanya dah kusam, tapi awal Mac dulu di renew oleh seorang hamba Allah dari Pasir Puteh.


Di Gua Musang. Memang meriah sangat. Kiri kanan jalan tu penuh dengan bendera. Warna-warni. Kubu kuat BN...  Sepanjang jalan tu juga saya melihat ada banyak belon besar yang tergantung, cuma saya tak nampak pulak ada belon BN, agaknya dekat mana diorang gantung eh?


Ini di Manik Urai dan Peria. Masa saya lalu tu diorang tengah buat persiapan untuk kenduri hari ni la gamaknya. Hijau sana sini...


Ini pulak dekat Kuala Krai, di persimpangan lampu isyarat Guchil dan kawasan sekitar. Member driver saya kata, balik kali ni bawak wartawan. Maklumlah snap dari dalam kereta...


Ini pulak antara Kampung Pek ke Machang. Masing2 nak menunjukkan sokongan kepada parti yang dipilih. Ada banyak jugak bentuk2 menarik yang dibuat tapi tak sempat nak snap. Kereta laju, bila ambil je semua jadi blur.

Jadi, buat semua yang akan memangkah 5 Mei ini, buatlah pilihan yang terbaik.
********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Friday, April 19, 2013

Tuna Cheese Roll

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya jarang2 sangat beli tuna dalam tin. Jangankan kata tuna, sardin pun saya tak berapa suka. Tapi disebabkan mata saya ni dah terbayang-bayang nak makan pizza tuna, saya pun beli la 2 tin tuna (dalam air) brand TESCO, tapi yang jadinya  roll bun ni pulak. Bukan apa, nak menunggu ke pizza tu, kena la lengkapkan kawan2nya dulu, macam capsicum dan sos. Tak mengapalah, sebab tuna cheese roll ni pun antara yang ingin saya buat dan nak makan jugak. Resepinya sudah tentulah yang saya skodeng dari Sedenak nun... Dah kemain lama bertempek di peti sejuk baru minggu lepas dapat cuba.
 

Bun ni kalau ditengok aje pun dah tahu  lembut dan gebunya doh tu. Memang saya tak tipu, lembut, gebu dan ringan aje walaupun di makan keesokannya. Tang gambar tu minta maaflah, saya snap selepas roti masak di waktu malam. Masih tak pandai nak sesuaikan lense dengan lighting.

Dalam satu adunan tu, saya dapat 6 biji macam gambar (sebab diletak dalam loyang muffin) dan 8 biji dalam papercup hokkaido chiffon cake. Kira2 memang puas hatilah. Makan masa baru2 masak tu memang sekejap je habis dua biji. Alkisahnya masa tengah adun roti ni dalam BM, saya buat la keje sikit. Memang dah lupa langsung la doh dalam tu. Kemudian tak ada elektrik. Pastu bila ada letrik, terdengarlah bunyi BM macam TiiiiiiiiiT gitu, barulah teringat ada doh yang menunggu nak dirotikan. Agaknya kalau tak berbunyi, kembang semangkuk la doh dalam BM tu..


Walau bagaimanapun yang saya buat ni tak berapa cantik hasilnya. Dah jadi tembam macam tuan yang membuatnya jugak. Sepatutnya guna cup yang besar sikit. Tapi kita yang buat dia, mana-mana yang boleh sajalah. Jadi TQ pada che mat yang berkongsi resepi ni. Memang terbaek lah! Saya copy saja untuk rujukan lain kali...

TUNA CHEESE ROLL
Resepi : Che Mat @ DTS

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday") saya guna NESVITA OMEGA
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)

1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan
Parutan keju cheddar secukupnya saya guna slice cheese jer

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 

KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
** Pada saya doh yang terhasil tu agak manis, mungkin lain kali kena kurangkan sikit gula

UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :-  
Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan dan tabur juga parutan keju (tinggalkan sedikit untuk ditabur nanti). Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
Oleh sebab saya menggunakan slice cheese, saya cuma carikkan dan tabur ke atas doh sebelum digulung

Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai), parutan keju cheddar dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190'C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..

Note : Dari KL, kerja sekerat hari, balik kampung pulakkkk.........

********** (^__^) **********
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Thursday, April 18, 2013

Dan Bunga Pun Berkembang #13


Cek Mat merenung sekeping gambar yang sentiasa meneman malamnya. Wajah arwah Alya telah berada di situ saban tahun. Semenjak mereka bekahwin, dan kini anak-anaknya sudah pun bersekolah di darjah satu, cintanya masih membara. Dia tetapi cintakan arwah isterinya itu sampai bila-bila. Cuma sejak kebelakangan ini, ketenangan hidupnya seringkali terganggu dek ingatan yang silih berganti terhadap Zainab.
Bukan Cek Mat tidak mahu mengusir bayangan yang datang, tetapi dia tidak mampu. Malah kadang-kadang Zainab juga datang meneman mimpinya. Dia sedar, sudah terlalu lama dia memendam perasaan terhadap Zainab. Sejak mula terpandang Zainab memujuk Qasseh semasa Family Day di PD beberapa tahun yang lepas, dia sudah pasti dan yakin bahawa Zainab mampu memberikan anak-anaknya kasih seorang ibu.
Apabila Zainab berkahwin, bukan dia tidak terluka, bukan dia tidak terasa tetapi mungkin Zainab bukan untuknya. Tetapi sejak kematian Daus, ada sinar kembali di dalam hatinya untuk menzahirkan kasih sayangnya kepada Zainab. Pada umurnya begini, bukan keperluannya yang dirisau, tetapi anak-anak. Qasseh, Qayyum dan Qaishh memerlukan ibu. Qadeer dan Qalish pula memerlukan seorang ayah. Maka lengkaplah keperluan itu seandainya dia dan Zainab bersatu. Tetapi dia risau, mahukah Zainab menerimanya? Menatap wajah yang sama di pejabat dan di rumah, bolehkah Zainab mengerti apa yang ada dalam hatinya kini.
Cek Mat berkalih tidur. Dia malu sendiri. Dia resah memikirkan Zainab. Apa yang harus dia buat? Bagaimana dia hendak memberitahu Zainab? Cek Mat segera bangun dari katil menuju ke bilik air. Dia mahu bersembahyang sunat, moga-moga dapat menghilangkan segala keluh kesah di hatinya saat ini.
 *****
Zainab memandang sekeliling yang penuh dengan bunga-bungaan pelbagai warna. Dia berada di mana? Segalanya kelihatan asing di matanya.  Hidungnya dijamu dengan bau-bauan yang lembut dan mengasyikkan. Tiba-tiba dia ternampak bayang seseorang menghampiri. Dia ingin lari tetapi kakinya bagai dipaku. Dadanya berdebar. Semakin dekat semakin bergelora di hatinya. Daus! Ya…itu Daus suaminya yang sentiasa dirindu.
‘Sayang….’ Dia menghulurkan tangan, ingin menggapai, ingin memeluk sekujur tubuh yang sangat di damba tetapi tidak terjangkau jarinya. Daus hanya tersenyum dengan wajah penuh cahaya. Hampir merembes air mata Zainab…
‘Abang… datanglah pada sayang…’ Dia merayu tetapi Daus tetap tidak berganjak. Zainab tetap mencuba untuk pergi kepada Daus tetapi tidak berdaya. Dan apabila bayangan Daus semakin menjauh…air matanya tidak mampu ditahan lagi.
‘Abangggggg……………………….’
Zainab terkejut, terjaga dari tidur. Astaghfirullah… Dia bermimpi rupanya. Zainab menyambung tangisnya di alam nyata. Sudah lama wajah Daus tidak meneman tidur malamnya. Sudah lama dia tidak dibayangi mimpi dengan suaminya. Dan kenapa malam ini Daus datang tanpa kata tetapi penuh cahaya….? Apakah petanda? Zainab cepat-cepat menyeka air mata. Dia ke bilik sebelah melihat Qalish dan Qadeer sebelum menuju ke bilik solat. Hatinya perlu ditenangkan! Hanya Allah menjadi tempatnya mengadu.
 *****
Zainab merenung kosong fail kewangan yang terbentang di depannya. Semakan sudah siap dilakukan. Pengesahan juga sudah ditandatangan. Hanya perlu bawa kepada Cek Mat dan kelulusan akhir sahaja. Setakat hari ini, kerjanya sentiasa mendapat pujian. Jarang benar sebarang kesilapan yang berlaku. Dua keping gambar di dalam frame berbunga di atas mejanya sentiasa menjadi inspirasi dalam kerjaya. Satu gambar perkahwinannya dan satu lagi gambar Qalish dan Qadeer semasa menyambut hari jadi mereka yang ke 4.
Sejak kebelakangan ini, Zainab sering teringatkan Daus. Bukan selama ini dia lupa, dia tidak pernah lupa tetapi entah kenapa Daus bagaikan ada sesuatu yang hendak dibicara. Walaupun hanya sekadar dalam mimpi, Zainab merasakan hubungannya dengan Daus tidak pernah terpisah. Kadang-kadang dia tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Di kala tidurnya terganggu, ketika dia tidak punya sesiapa untuk mengadu, dan ada masanya dia terlalu rindu…kalaupun ada Kak Ija, masakan sesuai dia membicarakan hal hati dan perasaan dengan wanita itu. Cuma dengan adanya Kak Ija urusan penjagaan anak-anak lebih terjaga. Tambahan pulak tak lama lagi mereka akan mula ke sekolah tadika.
‘Nab…’ Cek Mat menggoyangkan tangannya ke wajah Zainab. Tiada balasan.
‘Oooooo Nab!’
‘Haaa ya, ya saya..’ Terkejut beruk jugak Zainab dibuatnya. Bos yang amat dihormati tercegat di depan.
‘Jauhnya termenung. Dah sampai ke mana tadi?’ Cek Mat tersenyum memandangnya. Masakan tidak, dari tadi dia melihat Zainab bagaikan berada di dunia asing. Dua tiga kali dipanggilnya masih tidak bersahut.
Zainab termalu sendiri bila Cek Mat menegurnya begitu. Walaupun tidak serius, dia sepatutnya tidak berkhayal, apayah lagi semasa waktu kerja.
‘Ada apa bos?’ Cepat-cepat dia bertanya. Agaknya wajah sudah bertukar biru ditegur bos sendiri.
‘Ada apanya Nab? Awak tak mahu balik ke?’ Cek Mat menunjukkan jamnya kepada Zainab. Dengan jelas ternampak jarum panjang dan jarum pendek berkedudukan tegak. Maksudnya sudah pukul enam.
‘Errrr…’ Zainab mati akal. Tadi rasa-rasa belum pukul 5. Takkan lah lama sangat dia mengelamun.
‘Sudah la tu Nab, besok2 pulak kerja. Anak-anak menunggu ibu di rumah. Jom balik.’ Cek Mat berkata, kali ini dengan senyuman yang paling manis pernah Zainab lihat. Eh, kenapa pula sebelum ini dia tidak perasan yang Cek Mat mempunyai senyuman yang sangat menawan? Death smile gitu! Tiba-tiba ada debar di dada Zainab. Segalanya serba tak kena dek senyuman Cek Mat.
‘Mmmm Cek Mat turunlah dulu. Sekejap lagi saya baliklah.’ Zainab berdalih. Dia sebenarnya terkaku di hadapan bosnya sendiri…
 *****
Zamani melihat apa lagi yang kurang. Hari ini dia sekeluarga mengadakan majlis makan-makan. Memang menjadi kebiasaan mereka berkumpul bersama.  Zainab dan anak-anak, Kak Ija dan juga Cek Mat sekeluarga. Emak dan ayah tidak dapat datang kerana ada urusan di Kuantan. Keluarga mentua Zainab pula ke Singapura. Manakala emak dan ayah mentuanya sendiri berada di Sarawak.

Qalish dan Qadeer antara insan yang paling gembira bila berkumpul bersama begini. Dengan anak-anak Cek Mat yang senang melayang karenah mereka, ditambah pulak dengan sepupunya Delaila, adiknya Siddiq dan adik yang paling baru Syaffiq memang riuh rendah dibuatnya. Abang Zamaninya telah menambah ahli keluarga, dan ini sudah tentu menggembirakan Zainab juga.
‘Nab tak teringin ke nak cari pengganti Daus?’ Kakak iparnya Aisyah bertanya. Di tangannya ada sepinggan mihun goreng. Syaffiq ada bersama suaminya. Dia mengambil kesempatan itu untuk mendekati Zainab yang melihat anak-anaknya bermain.
‘Entah la kak… Saya senang begini.’ Zainab menjawab tenang sambil matanya tak lepas memandang anak-anak. Tiga anak Cek Mat, dua anaknya dan dua anak saudaranya boleh dibuat sepasukan bola futsal. Ditambah pula dengan Cek Mat yang setia meneman mereka sejak tadi.
‘Akak bukan apa, Qalish dengan Qadeer tu perlukan seorang ayah. Akak kesiankan Nab. Walaupun kita mampu berikan kasih sayang seorang ayah, tapi pastinya tak sama.’ Panjang lebar nasihat Kak Aisyah.
‘Ada ke orang nak kan janda macam Nab ni kak?’ Balas Zainab sambil tersenyum. Macam gatal pulak bila berbicara soal nikah kahwin ni.
‘Tu……’ Muncung mulutnya menunjukkan ke arah Cek Mat yang sedang ketawa dikelilingi anak-anak.
‘Eh akak ni, orang entah dah ada yang punya kita tak tahu. Lagipun dia tu bos Nab kak.’ Zainab membalas tanpa senyuman. Cek Mat? Aishhh kakak iparnya ni, yang itu jugak dia Nampak.
‘Mungkin Nab tak perasan, dari dulu, sejak kematian Daus, dia sentiasa ada di mana Nab ada. Dia sebenarnya sangat dekat dengan Nab dan anak-anak. Anak-anak Nab perlukan seorang ayah, anak-anak dia perlukan seorang ibu. Akak rasa korang berdua akan saling melengkapi. Cek Mat tu pun baik sangat Nab.’
Haish, kenapa tiba-tiba berdebar pulak ni.
‘Tak ada yang boleh menggantikan tempat Daus kak.’ Kata Zainab. Tegas. Hingga saat ini, kedudukan Daus masih teratas dalam hatinya.
‘Akak tahu Nab, akak faham. Tapi Nab jangan pentingkan diri sendiri aje, anak-anak Nab tak kenal siapa ayahnya, tak sempat merasai kasih sayang seorang ayah. Dah hampir lima tahun Nab. Bagi la peluang pada anak-anak.’
Zainab kehilangan kata-kata. Aku pentingkan diri sendiri? Dia menatap wajah jernih kakak iparnya.
‘Akak tak berniat nak pisahkan Daus dari Nab. Ini untuk masa depan Nab dan anak-anak. Nab fikirlah sedalam-dalamnya.’ Ah Kak Aisyah. Lembut suaranya terasa menusuk ke hati. Tapak tangan Zainab ditepuknya perlahan.
‘Entah la kak…’ Zainab hanya menjawab lirih. Dia membuang pandangannya yang kosong. Kata-kata Kak Aisyah berbekas di hati.
Aku pentingkan diri sendiri? Berkali-kali kata-kata itu terdengar di telinganya.