Thursday, December 26, 2013

Blueberry Crepe (Resepi Tepung Gandum II)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ingat lagi tak demam crepe satu masa dulu? Time tu semua berlumba-lumba nak buat crepe (especially durian crepe). Yang guna tepung gandum, 5 tepung malahan yang guna 7 tepung pun ada. Saya sempat gak meng'crepe' dua kali dek kerana susah nak mandapatkan durian segar di CH.

Kalau search di internet, ada banyak resepi yang boleh dicuba. Boleh guna air, santan atau susu segar. Dalam pencarian saya ada 3 resepi setakat ni. Nanti kalau ada masa boleh juga cuba resepi yang lain.



Sebenarnya tak plan pun nak buat crepe ni tapi kebetulan ada lebihan WC kek ombre tu sayang pulak kalau dibazirkan. Filling blueberry pun memang ada jadi on sajalah. Bila buat crepe ni tahu-tahu sajalah. Satu dua yang pertama  tu kurang elok sikit jadinya. Saya sendiri pun masuk yang ketiga baru elok jadinya.

Saya teruja mencuba resepi ini kerana bahannya yang sedikit. Bukan kata yang lain tak nak cuba tapi sesetengah tepung tak ada di rumah. Kalau beli kang nak kena perabih pulak. Walaupun menggunakan gandum, crepenya tak mudah koyak.

Lama jugak cari dalam tenet sebelum jumpa resepi ni. Ada sayacopy di bawah untuk rujukan akan datang.



BLUEBERRY CREPE (RESEPI II)

Bahan2:
50g tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi saya ganti dengan tepung hong kong
2 sudu besar gula halus
1 biji telur - kacau
40 ml susu cair - saya guna susu full milk
160 ml air
3 sudu kecil mentega - dicairkan
1 sk esen vanilla - lain kali nak kena kurangkan atau tengok vanilla jenama apa.. :)
Pewarna ikut citarasa - saya guna kuning telur

Cara2:
Ayak tepung terlebih dahulu.
Masukkan gula halus, telur, susu dan air.  Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan mentega cair.
Kacau sebati dengan whisk atau boleh juga blender.  Kemudian ditapis.
Panaskan non-stick pan (saya guna jenis yg leper).  Untuk permulaan lenser dengan mentega dan tak perlu untuk crepe yang kedua dan seterusnya sebab dah ada butter dalam adunan.
Kecilkan api dan tuang satu senduk batter (adunan) ke atas pan.  Tak perlu diterbalikkan.  Masak 1 permukaan je.
Adunan ni agak cair dan agak sukar untuk saya membentukkan crepe menjadi bulat elok dengan menggoyang2kan pan.  Jadi, bab ni kenalah ikut kepakaran masing2 ye... hihi!

Wednesday, December 25, 2013

Ombre Rainbow Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kek ombre yang tak berapa nak ombre. Ha ha ha... Masa oven rosak, memang patah sebelah tangan bila aktiviti membaking tak dapat dibuat. Biasa seminggu sekali guna oven (paling tidak) ini saya hanya mampu memandangnya sahaja. Dek kerana nak menghabiskan stok WC sebelum balik baru ni, saya gagahlah jugak buat kek pelangi / rainbow tetapi secara kukus. Mmmmm kita yang buat dia kan!

Sebelum ni dah pernah buat rainbow cake tetapi hanya menggunakan putih telur. Kali ni saya buat menggunakan keseluruhan telur, malas pulak nak asing-asing, kang kena fikir nak buat apa lagi dengan telur yang lebih tu.


Serius! Walaupun kek ni dibuat secara kukus, teksturnya sangatlah lembut dan gebu. Tak kering macam versi bakar. Saya pun terkejut jugak dengan hasilnya. Semangat punya pasal, sampai 4 kali saya mengukus. Sejujurnya saya lebih sukakan rasa versi kukus ni jika dibandingkan dengan yang terdahulu. Cuma itulah, kalau dilihat pada potongan dalaman kek, memang tak jelas ombrenya. Rugi pulak bila tak sukat dulu pewarna. Semua main agak-agak sahaja. Untuk yang bawah tu saya campur sedikit dengan pewarna serbuk. Untuk cubaan pertama...kira ok la ye dak?

Saya bawa balik kek ni ke kampung. Agak risau jugak kalau WCnya cair. Jadi saya masukkan dalam cold bag dan Alhamdulillah bentuknya terjaga sehinggalah sampai di rumah. Kebetulan pulak masa balik tu anak-anak buah KL pun ada. Kebetulan jugak Ayuni menyambut hari jadinya yang ke 11, jadi kira kek besday dialah.... Canteeek!

Untuk deco, saya buat ringkas saja. Hanya jalakan filling blueberry di atasnya. Di dalamnya juga saya lapiskan sedikit dengan filling tersebut. Memang sedap.

To Rahel, tq kerana kongsikan resepi yang owesome ni... Saya copy di bawah untuk rujukan akan datang,


RAINBOW CAKE/KEK PELANGI
Sumber : Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria & Rahel

Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}saya guna tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila
pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)

Cara:
Griskan acuan bulat 6. Lapiskan dengan kertas serap minyak.
Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila.Gaul hingga rata.
Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C. saya kukus
Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.
 

... SELAMAT HARI KRISMAS ...

Tuesday, December 24, 2013

Apam Salju

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Antara n3 yang paling lama terperuk di dalam draf. Sejak laptop buat perangai, terus tak sempat nak copy resepi padahal gambar dah masukkan dulu. Kalau tengok gambar yang ada watermark, itu tandanya projek sebelom lappy masuk spital la tu...

Berkenaan dengan apam salju ni saya rasa tak perlu nak cerita panjang, kebanyakan dari kita samada blogger atau non blogger mesti dah pernah buat apam ni. Nak-nak bila ada lebihan nasi, mesti fikir nak buat apam ni. Dah la mudah, hasilnya pula tak sesekali mengecewakan.


Saya pulak kebetulan ada nasi lebih dalam secawan, jadi bolehlah buat setengah adunan. Itu pun dah dapat banyak sementelah saya hanya menggunakan acuan kuih lompang. Saya memang suka apam ni, makan dengan kelapa, telak banyak-banyak, mesti tak hengat punya...

Apam yang jadik ni pulak macam malu-malu miawww aje, nak senyum ke tak nak senyum sama banyak, cuma merekah sikit-sikit je di bahagian atas. Masa baru masak, tak sempat tunggu sejuk terus saya keluarkan dari acuan, nampak cacat sikitlah.

Berkenaan resepi pula, saya sebenarnya tak tahu milik siapa, tetapi saya mengambilnya dari blog Kak Yatie, harap dihalalkanlah sekiranya saya tak sebutkan namanya di sini...


APAM SALJU
Sumber : Kak Yatie

Bahan-bahannya.
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.