Sunday, May 18, 2014

CRK : KL

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dua tahun tak ambil CRK [cuti rehat khas]. Tahun ni kena ambil sebab nak bawa famili ke KL untuk menghadiri konvo adik di UITM. Bukan kata nak simpan sangat cuti ni tapi tak tahu nak cuti untuk apa. Kalau ada kecemasan memang kena cuti laa... 

Mula-mula mek kata nak datang KL dari Cameron, saya dah cuak. Maksudnya saya kena drive. Masalahnya saya tak tahu jalan, tak pernah pun drive sendiri masuk KL. Yang tahun lepas tu saya hanya bawa kereta balik ke PP ikut Gombak, ni bila nak ikut Utara Selatan aiiiii berpeluh la jugak nak memikirnya.

Walaupun ada aplikasi WAZE tapi off course nak kena ada gambaran dulu sebelum masuk KL. Nampak tak nampak je sebenarnya. Selalu saya hanya ke Hulu Langat dengan melalui tol Ampang. Saya maklum yang nak ke rumah kakak saya di Cheras tu boleh masuk macam-macam jalan, tapi tahu sajalah, kalau jalan nak ke PD memang saya boleh gi...


Tanya abang ipar, takleh ikut peta dia. Terlalu serabut. Saya tak faham. Ushar Google Map, ada pulak jalan yang saya tak pernah dengar. Serius saya hanya tahu sampai Tol Jalan Duta sahaja. Kemudian saya minta peta dari anak saudara Mok Ja, laluan dan petunjuk yang diberi lebih senang, hanya ikut laluan Pusat Bandar - Sungai Besi - Cheras - Bandar Sri Permaisuri. Follow punya follow eh dah sampai. Tak rasa lama pun, pukul 8.15 dari CH dekat pukul 1 dah sampai. Lepas ni boleh la datang lagi kalau nak lepak KL.

Tengok sajalah peta yang diberi, nak kena simpan ni. Lain kali boleh refer semula. Bila tengok dalam peta, langsung tak ada konar konar kan, macam mudah je sangat. *sigh...


Nasib baik jugak konvonya pada hari Ahad [hari ni] kalau tak susah jugak nak dapat cuti dua hari. Mek dengan cek serta kakak dan abang ipar saja yang pergi, saya dok lepak kat sini. Ini konvo terakhir la dalam keluarga. Tu yang semangat nak datang.

The moral is...patut try dulu baru tahu. Saya selalu rasa TAKUT berlebih-lebih, padahal since pandai membaca memang selamat je sampai. Nak sesat ke nak pening ke patut datang dulu ok. He he he...


Friday, May 16, 2014

Jus Nenas Lobak Merah *SELAMAT HARI GURU*

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ini 16 Mei... hari penghargaan dan ingatan buat semua guru di Malaysia. Selamat Hari Guru juga untuk diri sendiri. Alhamdulillah tahun ni tak adalah stress sangat. Anak-anak di tingkatan 4 setakat ni masih dibawah kawalan lagi. Harapnya ini akan berkekalan hingga ke hujung tahun 2014. Bertabahlah...

Terus pada n3 ringkas. Kebetulan nak habiskan stok nenas dalam tin, tak tahu nak buat apa, bila tengok lobak merah pun dah nak bertukar warna... terus saja fikir nak buat jus. Seingat saya belum lagi ada jus segini dikongsikan dalam blog.


Cantik warnanya. Oren lobak merah sedikit pudar bila digandingkan dengan nenas. Agaknya nenas dalam tin berapa masam, jadi  rasa lobak merah tak berapa ketara. Cuma saya maniskan jus ni dengan air lebihan nenas dalam tin, pastu tambah pulak gula pasir jadi hasil akhirnya agak manis. Tambah pula masa buat tu saya puasa, jadi tak dapat nak try.

Untuk next time boleh kurangkan gula sikit. Tak pun lebihkan air. Kalau siapa nak tahu macam mana rasanya, silalah buat sendiri. Nenas dalam tin tu boleh je ganti dengan nenas segar. Saya dah cuba, anda bila lagi???



JUS NENAS  LOBAK MERAH
Resepi : Cheq Sue

1/2 cawan nenas kiub
1/2 cawan lobak merah cincang
1/2 cawan sirap nenas (dari dalam tin)
1 cawan air masak
2 sudu makan gula

Cara membuatnya :
Blend semua sehingga halus
Tapi jika suka
Jika tidak boleh terus hidangkan bersama sedikit ais (saya tak guna ais)

Thursday, May 15, 2014

A Day Trip With Geng Aloyah : Ulu Chepor, Chemor

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Rasanya selepas balik dari Beijing Mac lalu, tak jenjalan ke mana-mana lagi nampaknya saya ni. Kalau ikutkan kaki nak melangkah...ikutkan perasaan, nak aje ke mana-mana setiap hujung minggu. Tapi di sebelah yang lain, bila berfikir semula terus redho dan lawan balik nafsu nak berjalan-jalan tu. Maklumlah, tahi lalat kat kaki kanan ni asyik menggatal aje bila takleh jalan.

Sembang2 dengan Geng Aloyah, semua sepakat nak ke Ulu Chepor, bawa anak mandi manda. Sebelum buat keputusan ke sini, memang banyak cadangan lah. Ada yang nak ke Lumut, saya pulak bagi cadangan nak ke Sungai Klah. Pelik kan? Orang semua berpusu-pusu naik Cameron, yang kita ni pulak dok cari panas di bawah.... ^_^

Jadi pada 13 Mei 2014, bersempena Hari Wesak, tepat jam 8.10 pagi kami berempat kereta mula meninggalkan Kampung Raja untuk ke Chemor. Dulu dah pernah datang ke sini jadi tak ada masalah jalan. Keluar dari Simpang Pulai, masuk je Lebuhraya Utara Selatan, terus je ke laluan Maidin Meru.

Jadi catatan ni saya dedikasikan untuk Geng Aloyah lain yang tak dapat ikut kerana ada urusan lebih penting.


Dalam pukul 9 lebih, Alhamdulillah selamat sampai. Waktu ni dah agak ramai orang, ada yang dah masuk dalam sungai dah pun. Sebelum apa-apa, ambil gambar dulu untuk bukti. Baru dapat band 6 katanya. Minta maaf awal-awal ya, saya memang model ubat gigi, tak sah kalau bergambar tak senyum lebar. Memang segitu gayanya sampai gambar IC pun nampak gigi. Tengok sajalah depa ni, pantang dapat kamera elok aje bersusun macam kumpulan nasyid!

Serius cakap, bila ada aktiviti macam ni rasa hilang segala beban dalam kepala. Segala mak nenek di sekolah rasanya hilang bersama deru air yang mengalir. Dengan makanan yang bermacam, ayam BBQ sampai 4 ekor, nasi pun ada 4 periuk, aiiiih jenuh juga nak perabih.


Admin Geng Aloyah bersama penasihat kanan merangkap kaunselor. Dengan ikan berbalut aluminium pun jadiiii.


Ratu trip kali ini. Ayam bakar tentunya. Ada berperisa sate dan juga BBQ. Memang mewah dapat makan, tambah2 pulak bila geng cik abang yang tolong bakar. Kami Geng Aloyah ni dok mesyuarat dan tunggu siap sahaja.


Sambung bergambar lagi. Kali ni saya bawa tripod, jadi adalah gambar saya bila kami bergambar, kalau tak kameraman mesti tak ada gambar. Skema la pulokkk gambar ni.


Kanak-kanak tentunya terlebih suka. Sesampainya saja, terus salin pakaian dan terjun ke dalam sungai. Di Ulu Chepor ni airnya tidak terlalu dalam dan sangat sesuai untuk kanak-kanak. Cuma harus diingatkan bila musim hujan (atau semasa hujan) memang tidak digalakkan mandi kerana bimbang 'kepala air' yang tiba2 boleh masuk ke sungai. Lagi pula di sini memang banyak kawasan yang berbatu.


Tak sampai beberapa ketika dah naik geng bas sekolah ni. Sejuk sangat barangkali.


Mumammad Umar, al kononnya nak terjun tapi airnya sekerat lutut aje. Masa ni saya angkut sekali tripod masuk dalam air. Dok dup dap dup dap kot tersungkur...


Bila dah siap semua, dah makan-makan, giliran cik abang pulak nak rilek. Sempat baca akhbar alternatif, masa ni heboh dengan perletakan MB Terengganu. Buaian ni dibawa oleh suami Kak Lia, tak sempat nak try.


Siap mandi semua dalam pukul 1 lebih, kami mula mengemas barang untuk keluar dari Ulu Chepor. Sebelum ke Maidin, singgah sembahyang dulu di masjid berdekatan.

Dalam perjalanan keluar, sempat snap gambar untuk perkongsian. Selain parking yang agak banyak, di Ulu Chepor juga ada disediakan kedai makan dan tandas.  Kalau lupa nak bawa makanan boleh saja dibeli dari sini. Mmmm lupa nak bagitahu, bayaran masuk bagi semua kenderaan dikenakan (berbeza-beza). Sebuah kereta dicas RM2. 


Pondok ni pun perlu sewa. Ada jenis papan dan bersimen. Ikut selesalah, kami bentangkan tikar saja dan pakat lepak ramai-ramai.


Ini dah menghala ke bahagian bawah. Matahari dah menjejak atas kepala, memang layan dapat berendam dalam air sejuk.


Dihujung jalan, terpampang signboard terima kasih. Pakcik2 yang jaga pintu masuk pun ramah-ramah jugak. Kalau sape yang dok area sini boleh la try masuk, bawa famili.

Buat Geng Aloyah yang lain, nanti kita plan trip seterusnya pulak eh...