Monday, August 18, 2014

Biskut Kacang Hijau / Kacang Peas Cookies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Biskut raya 3...

Ini kali kedua saya buat biskut kacang peas. Kalau tahun lepas saya tersilap beli tepung, tahun ni saya cuba cari lagi tepung kacang peas tapi sayangnya masih tak jumpa. Last sekali saya beli je kacang peas yang kaler hijau tu dan saya blend hingga halus. Serbuk tepung itulah yang saya gunakan untuk membuat biskut ni. Alhamdulillah terbentuk jugaklah tepung kacang peas tu cuma tak la serupa seperti yang dibeli di kedai bakery.


Untuk biskut ni saya tak gunakan resepi tahun lepas tapi saya guna yang baru setelah terskodeng di blog Citarasawan. Biasanya kalau resepi kat blog Kak Wa tu memang menjadi. Saya rasa ramai yang bersetuju dengan kenyataan ni kan...

Cuma saya nak mengaku la, mungkin silap dari saya sendiri. Bila buat je biskut mazola, atau yang seangkatan dengannya, samada yang menggunakan kacang tanah atau kacang peas, belum ada lagi hasil yang betul2 memuaskan. Kadang2 rasa give up jugak bila fikir...

Macam biskut ni bukan kata tak jadi, cuma saya yang tak berapa puas hati dengan kejadiannya. Oleh kerana dalam resepi ni ada menggunakan santan serbuk, jadi ada bau macam tengik sikit walaupun rasanya boleh tahan sedap. Next time kalau nak buat lagi biskut ni mungkin boleh skip santan serbuk tu, kurang la sikit baunya.

Apapun TQ pada Kak Wan atas perkongsian resepi ni.


BISKUT KACANG HIJAU / GREEN PEAS COOKIES
Sumber : Citarasawan

Bahan-bahan
120gm serbuk kacang hijau - disangai
20gm santan serbuk
180gm tepung gandum
100gm gula icing
1/4 sudu teh garam halus
120ml minyak jagung
Sapuan :  Kuning telur + sedikit air (pukul sedikit)

Cara-cara :
1.  Campurkan semua bahan kecuali minyak jagung.  Gaul hingga rata kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit hingga bergaul rata dan menjadi doh yang boleh dikepal.
2.  Ambil 1/2 sudu besar doh dan gentel bulat-bulat, tekan bahagian atasnya dengan nozzle yang disukai untuk membentuk corak.  Doh juga boleh diterap dengan acuan disukai.
3.  Sapu biskut dengan kuning telur dan atur di dalam loyang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.
4.  Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga atasnya keperangan.
 

Friday, August 15, 2014

Pos Hadiah GA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak setelkan hal2 GA ni. Saya kalau boleh taknak simpan lelama. Lagi cepat penerima dapat hadiah lagi bagus. Kedua2 pihak tak payah menunggu. Saya kira hadiah ni tak payah la dibuat entry... cukup sekadar komen di n3 saya yang anda sudah menerimanya.


Saya harap hadiah ni mendatangkan manfaat, memberi tunjuk ajar dan panduan dalam menunaikan amanah yang telah Allah beri. Saya rasa ianya sangat bagus untuk dikongsi kerana saya juga memberikan diri saya sendiri hadiah itu...

Terima kasih sekali lagi pada yang sudi join GA tu....

Thursday, August 14, 2014

Biskut Crunchy Oreo

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Biskut raya kedua.Setiap tahun memang saya akan cuba resepi baru. Yang ini salah satu daripadanya. Dapat dari blog Kak Wan. Ada jugak 2 3 blogger yang cuba biskut ni. Rasanya agak sedap cuma bagi saya bahagian yang disalut coklat putih tu agak manis. Sebenarnya kalau tak salut coklat pun dah ok tapi nak la rasa meriah sikit dengan manik kaler2 tu. Macam kita gak kan la, bila tambah lipstik tambah blusher nampak la berseri sikit. Tak gitu....


Kalau ikut kata Kak Wan, bentunya bulat, pastu bersalut coklat dengan coklat urai. Tapi setelah difikir2 saja nak buat lain sikit, saya terapkan dengan acuan I labiu. Nampak cantik jugak dengan sebelah bahagiannya bersalut coklat urai berwarna. Adakah saya memuji? Tidak kerana sejujurnya ia memang nampak cantik. Ekekeke.... 

TQ Kak Wan atas perkongsian resepi ni.


BISKUT CRUNCHY OREO / OREO CRUNCHY COOKIES
Resepi : Citarasawan

Bahan A
200gm mentega
10gm shortening
110gm gula kaster
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan B
250gm tepung gandum
30gm tepung jagung
30gm cornflakes - kisar halus
30gm serbuk badam - di sangai
30gm serbuk oreo
1/4 sudu teh baking powder

Hiasan :  Coklat masakan putih (di cairkan), serbuk oreo

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
2.  Canai dan terap.  Susun di dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 150C selama 25-30minit hingga masak.
3.  Sejukkan dahulu.  Pipe di atasnya dengan coklat masakan putih dan tabur serbuk oreo sebagai hiasan.
4.  Simpan dalam bekas kedap udara.