Tuesday, March 31, 2015

Belut Masak Paprik

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Anda2 semua makan belut tak?

Saya makan, mula makan baru aje. Masa tu masak paprik, dekat kedai. Harga boleh tahan. Kalau belut masak sup... atau gulai ke saya tak pernah try lagi. Setakat ni kalau makan pun hanya yang kering2 dan bergoreng sahaja.

Balik kampung awal tahun dulu saya cuba masak sendiri belut ni. Beli dekat Pasar Pasir Puteh harganya RM18 sekilo. Dah lama cadang nak beli tapi asyik nampak belut saiz kecil, bila nampak saiz agak besar saya on ajelah. Dalam masa yang sama terfikir jugak boleh ke masak sendiri nih. Tapi sebab belut tu dah siap siang, dah potong2 maka kurang la sikit tahap 'kecelaruan minda' tu... Balik rumah tinggal bersihkan saja dengan asam limau nipis.




Thursday, March 26, 2015

Bubur Nasi Ayam & Oat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bubur pilihan orang tidak sihat?

Tidak semestinya kerana bubur merupakan makanan berkhasiat yang boleh dimakan oleh sesiapa sahaja. Bukan sahaja untuk sarapan, tetapi baik juga semasa makan tengah hari atau makan malam. Bagi saya pulak kalau rasa nak makan bubur tu on aje.




Wednesday, March 18, 2015

Apple Crumble Muffin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sesekali buat muffin yang berkelas tinggi...memang superb. Kalau selalu kita buat muffin yang biasa2 tu aje kan, kali ni buat muffin crumble pulak. Kejadiannya memang sedap dan kena pula dengan selera. Saya ni kalau kirakan memang tak suka sangat makan epal, tapi beli jugak kekadang. Bila tak habis makan gitu aje biasanya saya buat jus ataupun fikir something yang lain.

ACM ni memang dulu saya dah ada nampak kat satu blog ni tapi tak ingat blog siapa, bila Google terjumpa di blog DTS, maka haruslah saya cuba.