Thursday, May 28, 2015

Spaghetti Rebus (Perencah Mee Rebus Demuara)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pernah guna perencah segera? Apa-apa pun tak kisahlah. Saya ni memang sentiasa ada je stok dalam peti, bukan apa untuk makan sorang sikit2 baik guna segera aje. Sikit ke banyak mana nak guna, kalau ada lebih2 senang nak simpan dlm freeze.


Tuesday, May 26, 2015

Entry Ke Lima Bulan Lima

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Apa khabar semua kengkawan... ada yang rindu rindu dendam ngan kita tak....  Mula la nak perasan sendiri padahal xde pun yang nak kisah kita ade ke idok.... Walau apapun saya memang rindu dendam dengan korang semua, memang dah lama sangat tak open blog, sebab lately ni memang sibuk otak. Siri2 mesyuarat pun memang banyak, pastu projek jahit menjahit pun banyak... dengan nak buat persiapan kahwinnya... Ehhhh bukan saya yang nak kahwin, adik dulu yang sampai jodohnya. In Sha Allah kami sekeluarga nanti akan menerima ahli baru awal cuti sekolah... saya akan menerima adik ipar perempuan ya!


Jadi memula sekali kita mekap la rumah dulu... kasi cat lain sikit baru ada semangat nak menulis. Kelakar bila ingat2 balik, nak dapat 2 perenggan kat n3 ni pun hampir sejam... adehhh bercinta sungguh weh nak mencurahkan idea. Apapun saya harap lepas ni jangan merudum pulak mood nak menulis tu. Doa-doakan lah ya...

 Sampai jumpa lagi lah ya... xleh nak speed laju2...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Thursday, May 14, 2015

DIY : Pantiliner / Cloth Pad

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya dapat idea nak buat ni selepas join group GENG JAHIT di FB. Sebelum ni tak terfikir pun nak buat sendiri. Orang perempuan yang guna benda ni memang WAJIB buat sendiri tau sebab kita dapat jimat banyak, tambah2 pantiliner tu memang digunakan sehari-hari. Macam saya ni haaa, kalau ke MAIDIN atau TESCO memang berkotak2 saya borong. Bila dah dapat idea nak buat sendiri tu, saya mula Google tuto dan cari bahan2. Ni saya kongsikan step by step nak buat pantiliner dan jugak cloth pad.


Di dalam gambar ni ada cloth pad (tebal), cloth pad (nipis) dan pantiliner.