Monday, November 30, 2015

Patin Sambal Tempoyak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya beli ikan patin seekor, harga dalam RM 4.50 dekat kampung. Bawa ke CH, siap dengan bunga kantan dan daun kesum. Kalau cerita bab ikan patin ni memang tak pernah menolak untuk dibuat masak tempoyak. Memang I loike sesangat.. Satu petua untuk menghilangkan hanyir ikan patin ni adalah membasuhnya menggunakan limau nipis. Bilas banyak kali dengan menggunakan limau nipis yang diperah tu selain mengurangkan hanyir dapat juga memejalkan isi ikan.


Kebetulan dalam peti sejuk memang ada stok tempoyak pedas yang My Mek bagi. Saya tak berapa pasti pulak apa kandungannya cuma nampaklah ada hirisan cili kat dalam tu. Saya saja cuba masak dengan tempoyak tu sebab lapar sangat, tambahan pulak masakan ni memang mudah aje. Tanpa menggunakan bawang atau bahan tambah yang lain, nampaknya msakan tu menjadi dan boleh bagi 5 bintang.


Friday, November 27, 2015

Projek Langsir - Beli Kain & Kelengkapan #2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sejak bulan Jun saya dah mula survey kedai kain untuk langsir. Saya kira lebih baik beli awal, jadi boleh buat slow2 sementara nak menunggu rumah tu siap. Makcik saya yang mengesyorkan kedai ini, yang terletak di Bandar Baru Tanah Merah, yang mana ianya merupakan cawangan kedua selepas Kuala Krai. Pada ketika itu kedai ini baru saja dibuka dan kebanyakan kain serta peralatan langsir di dalamnya ada promosi.


Dari Jambatan Tanah Merah boleh nampak kedai ni. Selain menjual keperluan langsir, boleh juga kalau nak tempah langsir siap. Serius cakap, memang kelabu mata memilih kain di dalam ni. Tambah2 saya dan kain ni memang pantang nampak. Semuanya nampak lawa. Tapi yang pasti bila tengok2 tu, yang berkenan pastinya berharga lebih mahal. Hi hi hi... Tapi saya dah ingatkan diri sendiri, pilih yang sederhana dan bajet2 jugak.  Maklumlah poket pun tak berapa nak tebal. Pada ketika itu saya hanya ada RM1500 dan itulah bajet saya untuk beli kain.


Wednesday, November 25, 2015

Kursus SKM Tanaman Tahap 1 & 2 - Part 2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kursus SKM kali kedua telah diadakan pada 26 - 30 Oktober sekali lagi di Hotel Nouvelle dan UPM. Bezanya kali ini selain kami menyiapkan portfolio, kami juga akan menghadiri kursus pendek bagi beberapa modul yang belum selesai. Antaranya adalah kursus Pengurusan Tanaman Hiasan yang di adakan di Taman Pertanian Universiti (TPU), UPM di bawah kendalian Cik Wan Suhana Wan Talib.

Memandangkan ada banyak gambar, maka saya akan tulis sedikit caption dibawahnya untuk ingatan dan kenangan diri saya nanti.


Seramai 15 orang guru dari 15 buah sekolah seluruh negara menghadiri kursus ini. Masuk semula setelah 13 tahun, memang menggamit nostalgia. Rasa macam kembali bergelar siswazah tua pula.