Friday, January 29, 2016

Naik Keretapi : Tanah Merah - Tumpat - Tanah Merah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Projek naik kereta api ni sebenarnya dah agak lama di rancang. Segalanya bermula apabila ada keluarga di kampung saya mencanangkan berita bahawa mereka menaiki keretapi dari Tanah Merah ke Tumpat membawa anak-anak berjalan. Bila dah dengar, saya agak teruja untuk membawa ahli jemaah saya, tambah2 pada ketika itu semua anak2 buah ada di kampung. Jadi bincang gitu gini saya, adik dan makcik sepakat untuk pergi pada 17 Disember 2015 dengan 3 buah kereta dengan penuh isi jemaah di dalamnya.


Stesen KTM Tanah Merah, hampir 30 minit dari rumah. Bertolak dekat pukul 9 pagi. Semua excited nak naik keratapi. Last naik keretapi turun di stesen ni masa buat praktikal di Padang Tengku tahun 2003. Hampir 14 tahun lamanya.


Wednesday, January 27, 2016

Pizza NOXXA (Resepi II)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pizza by NOXXA... murah dan mudah!

Saya cuba resepi ni setelah nampak Kak Noor kongsi di blog beliau. Agak lain sikit dari resepi sebelum ni. Oleh sebab pizza ni dibuat tahun lepas, maka saya just kongsi sajalah kejadiannya. Sebelum tu saya dah buat guna resepi I tapi tak menjadi sebab yis dah lama dan dah masuk angin. Kata makcik saya yis kena simpan dalam bekas kedap udara supaya tak masuk angin.


Inilah kejadian pizza menggunakan resepi ini. Memang menjadi elok, gebu dan lembut. Fillingnya saya buat ringkat sahaja hanya tumis daging burger dengan sosej sebab bebudak tak makan sayur. Yang ni pun hanya lebihan dari pizza sebelumnya.


Monday, January 25, 2016

Pameran Lukisan 1MCAT Negeri Kelantan / Masjid-Masjid Di Negeri Kelantan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini merupakan kali pertama bagi saya melihat pameran di Balai Seni Lukis Kelantan, yang mana letaknya berdekatan sahaja dengan Muzium Negeri. Kebetulan masa tengok 3 pameran di Muzium tu, kereta diparking memang di depan Balai Seni Lukis Kelantan ni, jadi peluang nak tengok lukisan yang dipamerkan memang tak boleh dilepaskan. Bukan selalu dapat peluang nak tengok apa yang dipamerkan. Bayaran masuk hanya RM3 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak. Jadi hangus pulak RM9 di sini. Haishhh...

Dengan masalah kamera saya, memang agak ralat sebab tak dapat nak ambil gambar secara close up. Ni ambil dengan henpon kelabu asap lah sikit kejadiannya. Daripada tak ada baik ada walaupun tak berapa memuaskan.


Seperti yang terpampang di hadapan pintu masuk, pameran yang sedang berlangsung adalah berkaitan lukisan masjid2 yang ada di sekitar negeri Kelantan. Tempoh pameran ni sudahpun tamat pada penghujung tahun 2015.