Saturday, March 8, 2025

Fruit Pastry Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Salam Ramadhan 7. Dah seminggu berpuasa. Kejap je masa berlalu. Dari seminggu jadi dua, tiga dan empat, tahu tahu dah raya dan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita... -_- Dan kita pun akan berdoa agar ditemukan dengan Ramadhan seterusnya. InshaAllah..

Kek ni pun dah lama kena sidai dalam draft. Pernah tular juga satu ketika dulu. Rasanya masam manis memang tak muak di makan. Cuma itulah, bila buat kek sebiji ni lambat nak habis. Selalu buat dan bawa ke tempat keje. Sekarang ni banyak enzim M, mampu tengok ajelah...


Tengoklah taburan buah di atasnya. Masa ni masih di CH, memang mudah nak dapat strawberi, petik belakang rumah aje. Ehhh... tipu je, kita beli jugak wak. He he he.. Saya letak jugak blueberry dan hirisan buah pear. Cuma tak bedakkan dengan gula ising sebab tak ada. Menjadi jugak cuma rupa paras lah tak berapa jelita.

Wednesday, February 26, 2025

Basque Burnt Cheesecake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Nahhh...rupa rupanya tahun ni pun sama sibuknya juga, malah berlebih lagi. Jarak tempat kerja yang jauh, dengan nak melayan anak seorang yang tengah memerlukan 200% perhatian, memang tak mampu nak bersenang-senang meluahkan perasaan. Tapi saya cuba okay, cuba! Ada niat tu pun dah ok kan? Walaupun niat tak menghalalkan cara. He he he...

Bila je cerita pasal kek keju hangit ni, memang viral sangat satu ketika dulu. Bila dah viral ni mula lah kita pun nak cuba jugak. Tengoklah kejadiannya, memang hangit betul!


Nak kata jadi tu memang la jadi, cuma terlebih bakar agaknya + guna oven kecil. Saya dah buang sikit lapisan atas tu kalau tak takleh nak makan. Rasa dia lebih kurang je dengan cheesecake yang biasa jual kat kedai tu, tapi saya lebih suka cheesecake yang ala ala gebu sikit. Cuma itulah, kalau cakap dengan kengkawan boleh la kata kita pun dah cuba...

Sunday, February 16, 2025

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2025/2026

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

16 Febuari 2025 adalah hari pertama sesi persekolahan bagi negeri Kelantan. Agak lemau selepas sebulan bercuti tidur bangun melayan budak kecik di rumah. Sekarang Subuh agak lewat, jadi kena atur masa elok elok supaya tak kelam kabut nak hantar anak dan nak ke sekolah. Jarak sekolah tak la jauh, lebih kurang 27 km aje merentas dua daerah, cuma bila kena lalu jalan besar dan traffic light kena pandai pandai laaaa...


Alkisahnya hari ni dah siap agak awal. Lepas hantar anak baru perasan tak ambil kunci rumah dan juga blazer. Lagi haru lupa nak salam peluk cium encik suami. So patah balik ke rumah. Bila keluar jalan besar, berderet pulak lori tanah atas jalan. Entah la kadang kadang geram betul dengan drebar lori ni tak boleh ke keluar lewat lewat sikit bagi can dekat sis yang nak punch card awal nih? Tiberrr...