Monday, June 6, 2011

Kek Velvet Ombak Beralun


Ini merupaka n3 terakhir sebelum cheq sue tutup dapur untuk menghadiri kenduri di Tanah Merah. Malas nak pospon, nanti asyik tertangguh je. Kira ok lah kuar kek lunch hour... walaupun kek ni dah selamat abis licin, kita jamu mata je la ye...

Sebenarnya...ramai yang mencuba kek ni... Samada di MyResepi atau di blog-blog, semuanya menunjukkan hasil yang memuaskan dan cantik2 belaka. pendek kata ombak yang terhasil tu ibarat gumpalan ombak-ombak yang berkejaran di pantai... ewahhhh....

Cuma cheq sue ni agak tertinggal keretapi dan baru sekarang nak tunjuk hasil ombak ni. walaupun tak berapa menjadi ombaknya itew... he he he. resepi ni memang cheq sue ikut sepenuhnya dan dibikin dengan anak-anak saudara... deme semua exited nak buat kek kaler-kaler ni... alhamdulillah petang semalam selamatkan projek ombak mengombak ni dilaksanakan

Tapi sejujurnya, dengan hasil yang diperoleh ni cheq sue lebih menggemari Kek Alunan Kasih... yang ni bukan tak sedap...sedap aihhhh.... cuma ye lah, selera masing2 kan...

Semasa membuat kek ni, cheq sue terperasan adunan ni agak cair, tapi x tahu a memang macam tu ke ada silap kat mana-mana. mula2 cheq sue bakar dulu, baru lapis, sampai lapisan ke 3 dan ke 4 baru cheq sue kukus.... tu agaknya dia x berombak sesangat...



KEK VELVET OMBAK BERALUN
Sumber : Kak Fida MyR
Cuci mata :Yatie MemoriesDayang Jack


Bahan-bahan :
  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb ovallete
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
  • 10 sb mentega cair (100g)
  • pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
  • Secukup serbuk koko atau serbuk milo (boleh campur kedua2 skali)

Cara-cara :

  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
  6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
  7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
  8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
  9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
  10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.


2 comments:

  1. - wahhh...cantik!

    - wahhh...nampak sedap!

    - wahhh...cake is my peberet!

    - nak sikit...nak sikit...

    ReplyDelete
  2. cheq sue x suka sgt kek...tapi tersangat la suka buat... meh la sini kalau nak tu....

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]