Thursday, February 23, 2012

Kuih Beko Kelapa


 
 
Hari ni, mesti ramai yang dah maklum
Kepulangan adik Faris Nur Daniel ke rahmatullah tentunya meruntun air mata
Cheq sue mengikuti perkembangan itu di blog Abang Mazidul 
Memang terasa sayunya anak sekecil itu menderita di akhir hayatnya
Wajah comelnya, dengan senyuman ikhlas terpancar akhirnya tak dapat ditatap lagi
Semoga keluarganya tabah dengan dugaan dan cubaan ini
 
Kuih beko kelapa ni cheq sue buat minggu lepas
Bila tengok kak yanis post n3, terus je godek satu adunan
Kebetulan ada kelapa + angin rajin
He he he
Cheq sue tak berapa suka kuih ni
Tapi adik yang dok belajar di UITM tu suka sangat
Bila dah buat ni kurang2 dapat hilangkan kempunan
Benda payah nak dapat, memang berbaloi kalau boleh buat sendiri
 Memula masak tu memang sedap la makan
Dengan garing dan aroma kelapa tu memang menusuk jiwa
Kalau sape yang teringin tu memang sesuai sangat cuba kuih ni
InsyaAllah tak mengecewakan..
Wassalam...



 
KUIH BEKO / BINGKA KELAPA
Resepi : Kak Wan
Sumber : Kak Yani@Deco Coco

Bahan-bahan
200gm kelapa parut putih
80gm gula pasir
150gm tepung pulut
1 biji telur A - di pukul ringan
4 sudu besar air
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka


Cara-cara :
Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata.  Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata.   Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
Leser acuan baulu / cara dengan minyak.  Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh.  Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.

6 comments:

  1. As salam cheq Sue,
    Ni kuih ori dr Kelate.. Nk mkn kena blik kg dulu sbb kat tmpt saya duk skrg mmg takde kuih2 mcm ni. Terer la Cheq Sue sbb pandai buat kuih tradisional ni.

    ReplyDelete
  2. nyum2 sedapnya.nonie suka kuih beko nie.

    ReplyDelete
  3. salam sdp kuih bako kelapa ni lemak2 manis ingat nak cuba buat...biasa beli aje

    ReplyDelete
  4. foodcourt AU3 Taman Sri Keramat ada jual, tempat tu dekat dgn Jusco AU2. sedaap sangat makan panas2 plus rangup pulak tu! terliuq bulan Ramadhan ni ssh jmpa kt kl...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]