Tuesday, May 22, 2012

Roti Labu via Doh Asas Kak Fida


 
 
Side produk sira labu yang tak habis. Cheq sue blend labu tu jadikan puri, dan campak2 dalam BM untuk dijadikan roti. Nak buat guna resepi di blog Tun sbenanya tapi x terprint resepi pulak. Yang ni walaupun ada kejadian tapi cheq sue tak syorkanlah untuk korang cuba sebab banyak sangat kedapatannya. Dalam sejarah cheq sue meroti, belum pernah lagi cheq sue buat sampai sekilo lebih. Nasib baik guna  BM, kalau guna tenaga dua kerat ni alamat cheq sue buang aje ^^ .  
 
Untuk membakar kesemua adunan ni cheq sue guna 1 loyang loaf, 1 loyang kek chifon (gambar bawah), 1 loyang bun 11x11 dan 1 loyang 10x10. Ha ha ha... kau ada? Dengan jumlah banyak tu memang tak larat nak ngabeskan, bagi-bagi pada orang ajelah... 

Masa siap uli dalam BM, cheq sue tambah lagi dalam 1/2 - 1 cawan tepung sebab dohnya melekat. Biasalah kalau buat syok sendiri ni memang kena alter sana-sini. Tu yang cheq sue tak syor korang buat...kang berpeluh2 pulak. Tapi cheq sue letak julak resepi tu dan olahannya kat sini untuk rujukan masa depan...
Wassalam...



 
ROTI DOH ASAS
Resepi : Kak Fida @ MyR

Bahan-bahan :
600 g tepung roti ( 5 cawan rata) 4 cwn tepung gandum + 3 cawan tepung roti
120 g gula halus (1/2 cawan rata)
1 sk rata garam
2 sb susu tepung (opt)
5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
1 biji telur
250 ml air1 cawan
60 g mentega - lembut (2 sb penuh)
2 cawan puri labu

Cara-cara
Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
Canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.Atau timbang 50g setiap satu.Isi inti manis seperti kelapa manis,kaya,kcg merah dll. Boleh juga dibubuh perasa pd doh seperti koko dan isi inti potongan choc. atau kismis dll...dan susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar.
Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min. 
Bila masak cheq sue sapu dengan majerin

Stylish Thankyou

6 comments:

  1. salam kak sue, letak labu mmg kompom doh asas jd lembik.. hihi.. kene kurangkan ratio air tu. tun pun ada puri labu ni, blm pk lg nk buat apa.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cheq sue...
    wah rajinnya buat roti... akak nak ckit ada lg x nie...

    ReplyDelete
  3. Salam kak,
    2 3 hari nie...asik nmpk roti je...tp sy x ada feel lgi nak buat nie...kene cri feel dulu lah...

    ReplyDelete
  4. Salam Cheq Sue..yana dh lama xmeroti..tgk org lain bkn main rancak lg meroti..mcm2 roti dh keluar.. bila lah mood meroti nk dtg nii..dh lama BM bercuti hehee

    ReplyDelete
  5. kite tak pernah try buat roti yang letak2 bahan2 lain (puri labu ke, keledek ke) semenjak pernah buat roti bun potato yang keras kejung. dah takut nak try buat lagi. rupenye mcm kak tun cakap, kene kurangkan ratio airnya.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]