Tuesday, October 7, 2014

Memorial Tok Janggut, Pasir Puteh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Di negeri Kelantan khususnya ada banyak tempat bersejarah yang boleh di lawati. Tapi saya sebagai rakyat Kelatan sendiri secara jujurnya tidak mengetahui tempat2 sebegitu, yang saya takleh nak rekemen pada orang luar yang datang ke sini. Malu bukan? 
#sorokmukabawahbantal



Kebetulan ke Pasir Puteh baru2 ni, saya lepak la  di taman yang selalu saya singgah iaitu Taman Tepi Sungai @ Taman Buaya, ehhhh rupa2nya di situ ada memorial Tok Janggut, lebih kurang macam taman peringatan lah. Owhhhh I see.... nampak sangatkan macam tak tahu... -_-







Binaan tugu keris dan tengkolok. Di belakangnya sepatut ada papan maklumat tapi dah jatuh, nampaknya ada manusia yang tidak menghargai sejarah, suka buat kemusnahan vandalisme.




Ada biodata Pahlawan Tok Janggut ditulis. Agak2 kalau tak buka buku sejarah ingat lagi tak pasal ni?





Di tugu peringatan ni juga ditulis tentang sejarah pasal Tok Janggut. Yang saya ingat dulu dia digantung terbalik, itu ajelah. Yang selebihnya bila baca di tugu ni baru la faham sesikit. Yang sebenarnya kisah pengorbanan Tok Janggut terhadap negeri Kelantan, di Pasir Puteh khususnya sangatlah besar. Sekarang, sebuah sekolah di pinggir bandar Pasir Puteh mengambil namanya sebagai mengenang jasa beliau.





Di kiri dan kanan tugu peringatan ni juga dibina dua buah meriam. Kalau ada budak2 tu bolehlah ditunjukkan meriam ni pada diorang, mungkin dah ada yang tak kenal antara senjata yang digunakan pada zaman dahulu.




Bersempena dengan namanya juga iaitu Taman Tepi Sungai, kawasan tepi sungai yang dahulunya agak semak, sungainya yang kotor telahpun dibersihkan. Siarkaki dan pagar besi telah didirikan sebagai langkah keselamatan dan keselesaan pengunjung.





Di sebelah depan taman ni juga ada disediakan bangku untuk duduk2 dan laluan pejalan kaki ke pasar. Kemudahan yang disediakan sekarang lebih baik daripada dulu. Kedudukan taman ni yang berdekatan denga Stesen Bas Pasir Puteh / KFC / stesen kereta sewa / BSN memudahkan akses untuk sampai. Kalau agak2 tak jupa, boleh jugak cari Jalan Limbongan. Ianya berada di tepi jalan utama Pasir Puteh ke Jerteh / Terengganu.

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. Salam.. :) boleh saya tau, apa nama sebenar meriam itu? :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]