Wednesday, April 15, 2015

Talam Keladi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

N3 backated. 

Alkisahnya cerita talam keladi ni memang saya akan ingat sampai bila-bila. Kekanda serumah saya ada beli setongkol keladi, dekat RM8 jugak regenya. Dok tergolek terlentang di dapur sampai dekat2 nak cuti raya cina masih tak buat2. Kalau dah masuk angin kompom tak sedap kan... Jadi saya bawak balik Kelantan, konon2 nak buat dekat rumah. Tapi tak terbuat jugak dek kesibukan nak buat majlis kesyukuran dengan anak2 berudu yang balik. Jadi bawak semula ke CH...


Sampai di CH melepak dulu keladi ni dekat dapur. Fikir2 tak boleh jadik ni. Tukang beli dah tak mahu buat jadi saya ni rasa sayang pulak nak biar macm tu aje. Jadi saya pun merajinkan diri untuk buat kuih talam sebab itu adalah kuih yang saya suka. Cuma kena maklumlah nak buat talam ni pakai santan banyak... tak apalah, kebetulan ada stok kelapa segar, pastu topap dengan santan kotak maka akhirnya terjadilah kuih talam ni.




Nak dijadikan cerita lagi.... tengah2 nak angkat loyang keluar dari periuk, terjatuh pulak dulangnya ke lantai.... adehhhhh berkecai dalam hati tau, mujur jugak jatuhnya sebelah sisi dulu, kalau jatuh terlangkup kompom dah tak boleh makan. Pendek kata senget sebelah jugak la loyang kek 2 kg saya. Mmmmmm nak buat camaner... Kalau nak tengok kesannya ada kat gambar pertama tu. Bahagian bucunya ada penyek sikit. Yang kesan teruk2 tu dah trim sesiap.

Itulah alkisahnya. Panjang punya cerita padahal makan nak perabisnya memang saaaaaaaaaaaaaat aja. Next time kalau ada lagi keladi nak try buat versi berlauk pulak. 

Serik?

NEVER....



TALAM KELADI
Resepi : Chef Asma
Sumber : Kak Yatie

Bahan-Bahan UtkLapisan Bawah (A)
220 gm tepung beras (Yatie guna 2 cwn)
40 gm tepung ubi(Yatie guna 3 sudu besar)
1 1/2 tsp garam
5 sudu besar gula pasir (Yatie tambah, suka manis sikit kuih ni)
300 ml santan pekat
700 ml air

(B) 250 gm keladi - (lebih sikit pun tak apa) - buang kulit, basuh,(basuh dgn air garam untuk tidak hitam) potong kiub dan kukus selama 5 minit.- (kukus baru timbang)

Cara-caranya :
Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
Kukus selama 25 minit

Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
150-180 gm tepung gandum(Yatie guna 1 1/2 cwn je)
250 gm gula halus
3-5 biji telur (Yatie guna 3 biji telur je)
250 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna purple

Cara caranya :
Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali)


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]