Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Saya rasa, bermula pertengahan tahun lepas hingga hari ini, tahap kesihatan pinggang saya ni agak merosot. Saya memang tak ke hospital, kalau ada niat pun memang asyik bertangguh sahaja. Ada 3 tempat saya pergi untuk rawatan tradisional, dan akibat kekangan masa dan juga kurangnya perawat wanita maka saya hanya bertahan dan menyapu minyak serta meletak air sejuk. Ini juga salah satu sebabnya saya tak ke mana-mana naik kapal terbang tahun ni. Last saya ke Korea tu memang dah rasa sebab banyak jalan dan membawa beg di belakang dan beg silang.
Agaknya sebulan dua ni saya banyak buat kerja yang memerlukan saya duduk, bangun serta membuat aktiviti fizikal, maka kesakitan tu memang terasa sangat2. Ada sehari tu memang tak daya saya nak masuk kelas dan terpaksa balik berehat di rumah. Sebenarnya sakit begini orang tak nampak, kita dari luaran nampak steady je gi sana sini. Tapi hakikat sebenarnya nak naik turun tangga, nak bawa beg berat2 memang la seksa.
Jadi pada 11 September @ hari Jumaat saya menggagahkan diri memandu ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata. Saya tak tahu la ngape saya memang tak suka ke hospital. Kalau ke klinik gigi depan unit pesakit luar tu pun kerana terpaksa aje.
Urusan di unit pesakit luar berjalan lancar sebab x ramai orang. Cuma ada beberapa pesakit yang mengjalani pemeriksaan rutin bagi kencing manis dan darah tinggi. Dalam setengah jam saja saya dah masuk berjumpa doktor. Tetiba rasa gedebak gedebuk dalam hati kes doktor hensem macam exboyfriend saya AMAR BAHRAIN. He he he... terus hilang rasa menyesal sebab bertangguh ke hospital.
Daripada pemeriksaan tu, bahagian bawah belakang saya maybe ada keradangan sedikit. Mungkin jugak kesan kemalangan dedulu, ataupun selalu mengangkat benda2 berat semasa mula2 posting. Jangan tak tahu weh, dulu sekemapit simen angkat sendiri aja....
Saya minta untuk X-ray walaupun doktor kata maybe tak nampak apa2 sebab tulang semua ok. Kalau tisu ke ligamen ke urat ke kena buat MRI. Tapi dek nak sedapkan hati, saya buat la jugak.
Dah siap X-ray, masuk bilik doktor semula dan dia bagi preskription. Katanya dia akan refer saya untuk fisio dan antara ayat2nya yang masih saya ingat sampai sekarang adalah.... PENGURANGAN SEKILO BERAT BADAN AKAN MENGURANGKAN KESAKITAN..........
Adessss, terus rasa nak nyorok bawah meja!
Inilah gula2 yang saya dapat dari farmasi. Malas betul nak makan ubat, tambah2 ubat tahan sakit ni. Tapi saya makan jugaklah antibiotik dan ubat untuk surut bengkak.
Settle di farmasi, saya ke unit fisioterapi pulak untuk setkan tarikh fisio. Nanti kalau ada masa saya share pulak alkisahnya di fisio tu.
Overall, sekarang ni kena beringat2 sikitlah kalau nak buat kerja. Pastu berat pun memang kena kurangkan walaupun nampak tak berapa nak ada jalan. He e he...
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
Alahai... mujur doktor hensem ye.. hehe
ReplyDeletesemoga cepat sembuh cheqsue. jenuh jugak kalau tpaksa berulang alik fisio.