Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Aduhhh... niat nak update cepat2 macam terbengkalai ajer. Kemain bercinta nak on lappy. Kekadang tu bila online nak menulis tu termenung pulak yang lebih. Lappy ni pun maklumlah asyik meloading aje manjang. Kat sekolah pulak dok jauh pada akses intenet. Kalau nak update dekat tepon akak mintak mahap la ye... idok sesekali... bila tengok Cik Anne laju je update, makin terbakor teman rasa.
Apapun saya cuba la jugak tulis mana yang masih ingat. Sayang pulak kalau nak buat tak tahu. Kalau bukan untuk orang lain pun dah tentulah kisah2 ini untuk tatapan diri sendiri satu hari nanti.
Lepas pada touch down Medan dalam pukul
12 ke 1 pagi gitu lah, kitorang terus aje keluar untuk jumpa Yovie. Masa
tu serius blur. Dengan tak mandi, dok bergelimpangan seharian di KLIA,
dengan macam2 perasaannya, saya ikut je ahli jemaah. Seramai 7 orang,
naik Avanza, macam sardin kemek kami di dalam. Saya tak ada masalah
dengan benda tu, asalkan tak dok belakang sudah. Bukan apa, kalau dah
mabuk panjang lak citernya.
Serius,
untuk trip ni saya tak riki2 langsung. Apa tempatnya, kat mana, atau
apa yang ada saya serius tak ambil tahu. Konon2 nak thrill la sangat...
tapi bila fikir2 balik seronok jugak ikut trip cenggini... tak ada la
perasan diva sangat.
Dari airport, kami meredah kepekatan malam menuju entah ke mana. Yang saya ingat, jalannya hampir sama semasa trip Acheh dulu, iaitu jalan ke Jantho. Walaupun perjalanan di waktu malam, menginjak ke pagi, memang sukar bagi saya nak melelapkan mata. Memang selalu pun kalau dalam kereta saya ngakk bisa tidur, jadi hanya melayan gelap malam dan mendengar suara Yovie menyanyi untuk menghilangkan mengantuk. Jeles jugak dengan geng2 lain yang boleh aje tidur...