Showing posts with label Malaysia : Melaka. Show all posts
Showing posts with label Malaysia : Melaka. Show all posts

Friday, March 14, 2014

Senja Nan Merah Di Kuala Sungai Baru, Melaka

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat untuk melihat dan mengambil gambar matahari terbenam di belah-belah Melaka. Selalu kalau tengok di dalam tv, view di bahagian pantai / sungai di Melaka memang cantik. Selain di Kuala Sungai Baru ni, saya memasang angan untuk melihat sunset di Sungai Linggi. In Sha Allah lah kalau ada masa satu hari nanti.

Jom tengok gambar-gambar yang sempat saya snap. Agak berpuas hati jugak dengan hasil kali ni walaupun tidak secantik tangkapan di Tanjung Gemuk. Jom tengok...

Muara / Kuala Sungai Baru, dari dalam restoran ikan bakar. 








Wednesday, December 11, 2013

Air Panas Gadek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi jika ke rumah Fadley. Dekat sahaja dengan rumahnya tu, memang sesuai untuk rilek-rilek sambil menenangkan diri. Selepas balik dari pekena asam pedas, kami datanglah ke sini. Agaknya tengah musim sekolah, ramai sungguh orang yang datang walaupun waktu dah menunjukkan pukul 10 malam. Air panas ni dibuka sampai ke pagi katanya. Untuk masuk dikenakan bayaran RM5. Di kawasan luar ada disediakan kedai makan. Masa saya datang pertama kali dulu tak ada lagi... 


Cantik pemandangan malam dengan lampu berkelipan. Tapi sayang, ambil gambar guna phone aje. Kelabu asap jadinya. Tapi tak apa, ini evidens yang mahu dikongsi.


Kedudukan kolam air panasnya agak teratur di mana kolam di asingkan mengikut kepanasan air. Oleh kerana saiz kolam yang agak kecil, agak terbatas juga jika ingin berendam di dalamnya. Kebanyakan makcik-pakcik yang sedang berendam, barangkali sedang memulihkan lenguh-lenguh di badan. Saya tak berendam pun, tetibe rasa semacam... he he he


Ada juga kolam yang agak cetek dengan suhu tak berapa panas.


Nak masuk dalam ni boleh bawa makanan, jadi boleh piknik dengan keluarga.


Ini pula laluan ke 'kolam ibu' yang menyalurkan air panas. Kat sini tak boleh masuk, apatah lagi nak berendam. Silap-silap boleh masak daging kat badan. Bau sulfur memang kuat, haba panasnya memang boleh rasa..

Jadi orang Melaka, apa lagi? Moh le ke sini...

Tuesday, October 11, 2011

Melaka #2 ~ A Famosa (Cowboy Town)

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kali ni nak tunjuk pulak Melaka  bahagian 2...pastu xde dah la yer... A Famosa (Cowboy Town) a.k.a Little Genting. Bayaran masuk dewasa RM 45, kanak2 RM 40. Phewwwww.... malam tu tak masuk pun, nengok dari luar aje..






Monday, October 10, 2011

Melaka #1 ~ Pantai Tanjung Bidara

Assalamualaikum & salam sejahtera

Lari sikit dari n3 masak memasak. Just nak share kenang-kenangan di Melaka. X ke mana2 pun sebenarnya, banyak lepak kat rumah aje bersantai-santai. Pantai Tanjung Bidara ni cheq sue tak pernah sampai lagi, memang cantik pantainya kan.... kalau bawa baju lebih memang mandi lah... tapi next time la pulak...

Jom layan gambar2 amatur ni...