Showing posts with label Malaysia : Negeri Sembilan Darul Khusus. Show all posts
Showing posts with label Malaysia : Negeri Sembilan Darul Khusus. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

Sunset at Tanjung Gemuk, PD

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila mendapat surat panggilan mesyuarat di PD, saya awal-awal dah set nak bawa DSLR. Dah terbayang dalam kepala saya sunrise dan sunset yang mungkin ada. Siapa tahu kan? Kalau dulu tak sempat nak snap sebab jerebu, kali ni Alhamdulillah dapat tengok dengan jelas di pantai berhampiran resort saya menginap.

Pucuk dicita ulam mendatang. Walaupun pantai ni nampak semacam tak dikunjungi, tetapi sunsetnya sangat jelas. Saya kira ada sedikit jerebu kerana awannya yang agak kelabu. Di penghujung masa dah tak kelihatan matahari mungkin disebabkan awan yang agak tebal di bahagian bawah (horizon) pantai. Saya agak terganggu dengan kemunculan imej entah apa-apa di sebelah kiri gambar. Nak kata kayu mati tak munasabah. Di lense cover tak ada apa-apa. Nampaknya lepas ni nak kena gi servis pulak.

Dan inilah hasilnya... Jom tengok

Kalaulah dapat menginap di resort yang menghala ke pantai ni kan best?

Suka gambar ni!





Matahari dah mula beransur hilang ^-^

 
Dalam pukul 7.15 petang...

Tuesday, December 10, 2013

Wet World Resort Air Panas Pedas

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Walaupun x dapat ke luar negara..dan kecewanya tu masih ada saya menerimanya dengan redha. Ternyata perancangan Allah mengatasi segala. In Sha Allah tahun hadapan kita plan baekkk punya. Jom sambung pasal n3 jalan2 ke PD.

Dari PD, saya lalu ikut jalan Linggi / Rantau dengan tujuan untuk ke Linggi. Tetapi makin jauh perjalanan makin dirasakan yang kami ni sebenarnya dah sesat jadi saya ambil keputusan untuk ke Pedas bagi exit ke highway. Dalam pada tu terfikir jugak untuk ke Air Panas Pedas memandangkan kami dah berada di kawasan tersebut tetapi sehingga susur keluar highway, saya tak nampak pun signboardnya. Rupa-rupanya, untuk ke Air Panas Pedas saya hanya perlu jalan terus manakala belok ke kiri untuk susur keluar. Memang silap haribulanlah, patutnya dah boleh sampai sendiri.

Jadi untuk mengubat kekecewaan, Fadley membawa saya ke sana pada keesokan harinya (30 November). Memang sahlah jalan yang saya dah lalu sebelumnya. Daripada tol Pedas, dalam 20 minit berkereta sehingga air panas, jangan risau, ada signboard yang akan membantu kita ke sana.


Pemandangan di pintu masuk. Wajib ambil gambar di sini.


Nak masuk kena bayar dan pakai tag. Dewasa dalam RM 10 atau RM12 gitulah...tak pasti pula saya. Dah namanya wet world, lebih kurang dengan Air Panas Sungkai jugaklah, sedara jauh-jauh. Nak masuk pastinya tak boleh bawa makanan. Burger sebijik RM5, untung kan? Berdekatan pintu masuk ada mini zoo yang menempatkan ayam dan burung, boleh la tengok. Saya 1st time tengok ayam kasturi...gebu je bulu


Ada pelampung disediakan. Yang besar tu RM25, bila dah ambil jangan koyak, hilang atau basah resitnya nanti takleh claim balik. RM15 hangus dan RM10 dapat semula. Bisnessss... Berdekatan kolam pula ada disediakan tempat duduk, kalau penuh boleh je hampar tikar. Ada jugak pondok, tapi kena sewa lah.


Walaupun kawasannya tak la seluas mana, tapi kedudukan susun atur kolamnya agak strategik. Kolam kanak-kanak jauh dari gelongsor dan kolam dewasa. Di dalam setiap kolam pula ada permainan yang tidak merbahaya kepada budak-budak. Kolamnya pun tak dalam.

Ditepinya pula ada macam sungai yang mengelilingi taman air, di mana ianya ada kedalamanya yang tertentu. Di setiap kedalaman tu pula ada dilabel berapa meter dan AWAS. Bolehlah berakit dengan pelampung tu..


Saya tertanya-tanya juga di mana kolam air panasnya. Rupanya terletak di bahagian kanan pintu masuk. Airnya tak la panas sangat, sekadar aliran dari kolam utama yang terletak di bahagian luar. Di dalam kolam kedua ni ada laluan refleksologi. Seperti biasa, air kolam (air panas) memang agak berkeladak sikit kerana sulfur dan juga lumut dari air panas tersebut.

Apapun, memang enjoy di sini. In Sha Allah lepas ni boleh la datang sendiri.

Sunday, December 8, 2013

Hotel Cozzi, Teluk Kemang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selepas kawan sekolah saya bercuti di PD, eh tetiba pulak saya rasa nak ke PD jugak. Saya  ni kalau nak ke mana-mana jarang nak plan, biasanya on the dot je. Jadi dalam masa 1 minggu, uruskan penginapan dan survey apa yang patut, trip ke PD pun jalan je.. Jadi di sana saya menginap di Hotel Cozzi hasil survey di internet dan juga booking oleh sepupu Mok Ja. Hotel ni terletak di Teluk Kemang. Mudah je nak cari.


Hotel ni tak tahulah berapa bintang tapi agak selesa juga. Ada lif untuk naik ke bilik. Harga pun ok. Saya ambil bilik dengan 1 katil besar dan 1 katil kecil RM 140 semalam. Nak cari makan pun mudah, pagi2 ada makcik meniaga nasi lemak di pinggir jalan. Keluar jalan kaki pun boleh. Kebersihan pun ok. Memang takleh lari la bagi mana-mana hotel di tepi pantai, bab pasir tu tak boleh elak...


Dan yang paling penting di bahagian belakang hotel ni ada disediakan kolam renang. Yang boleh saya kata, pergi ke PD tapi mandinya di kolam. Memang ouas hati berenang (kononnyaaaaa) di kolam ni kerana kedalamannya lebih kurang sehingga leher saya. Dalam 4 meter lebih-lebih kot.

Kalau nak bawa anak-anak, memang sesuai menginap di hotel ni. Kalau nak mandi di laut, memang tak puas, takut pulak tu dengan ombak yang kuat. Jadi bila ada kolam ni sesuai sangat nak mandi-manda, cuma perlu di awasi lah. Di sebelah kolam dewasa, ada disediakan kolam untuk kanak-kanak. Untuk gelongsornya oula hanya dibuka pada hujung minggu dengan minimum 10 orang dan mestilah tinggi lebih 4 meter. Tapi kalau saya takmolah naik gelongsor ni, takut beb!


Buat sape yang nak ke PD, boleh tengok laman web ni kot-kot sesuai dengan apa yang diingini...

Saturday, December 7, 2013

Muzium Tentera, PD

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selepas check out, saya ke Muzium Tentera. Sebenarnya dah lama nak singgah, tengok apa yang ada tapi tak berkesempatan. Dah alang-alang ada masa ni saya masuklah sekejap. Masuk pun percuma, jadi tak ada hal lah.

Bila dah masuk, agak keliru jugak sebab tak ada signboard di pintu masuk. Boleh nampak ada helikopter, kenderaan tentera dan jugak keretapi. Masuk mula-mula tu tak tahu mna nak pergi, saya rasa macam pelik pun ada. Ada di setengah tempat tengah renovate.


Dalam dok melilau tu, saya masuk ke bangunan berdekatan, di dalamnya ada di pamerkan era tentera zaman sebelum merdeka sehingga sekarang. Ada banyak dokumentasi di dalam tu. Agak mengecewakan juga bila ada poster atau peralatan tentera yang tidak dilabel.


Jadi, layan gambar sajalah. Tak tahu nak cerita bagaimana. 


Masuk ke terowong PKM dan keluar di kampung tradisi. Banyak maklumat yang ada dalam terowong tu.


Di bangunan bersebelahan. Di sini tak masuk banyak.. Seperti yang saya dah ulas, kebanyakannya tak ada ulasan. Contohnya land rover dan motor lama ni, sekurang2nya letaklah maklumat yang berkaitan.

Next time kalau saya berkunjung ke sini, harapnya ia menjadi lebih baik...

Wednesday, December 4, 2013

Cuti-Cuti Teluk Kemang, PD

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


28 November yang lalu, saya ke PD kerana masa off yang agak lama dari mengawas SPM. Comfident jugak nak drive sebab dah pernah pergi sebelum ni. Jalan pun tak susah, ikut je highway dan baca je signboard, In Sha Allah sampai ke tempat yang di tuju. Destnasi kali ni ke Teluk Kemang. Sebelum datang tu ada la saya survey dua tiga hotel, menjadi pilihan adalah hotel yang berdekatan pantai supaya senang nak ke laut. Kebetulan sepupu Mok Ja bekerja di PD, jadi beliau telah membookingkan Hotel Cozzi buat kami. Rupa-rupanya sama dengan pilihan saya semasa mencari di internet.

Kami bertolak dari CH dalam pukul 8.15 pagi dan sampai di sana dalam pukul 2 lebih. Agak mudah jugak nak cari lokasi hotel tersebut. Ambil je laluan Teluk Kemang dan terus sehinggalah sampai ke SMK Teluk Kemang. Dari situ dah boleh nampak signboard hotelnya. Selepas check in, kami terus mencari kedai makan dek kerana perut yang sudah berkeroncong. Jangan risau, di kawasan berdekatan ada banyak kedai makan yang menawarkan pelbagai menu. Selepas makan tengah hari, konon nak ke ladang burung unta, tetapi tak jadi sebab bajet tak ada. Selepas ke Teluk Kemang, kami akan ke Melaka, sebab itulah kena save budget. Untuk jalan-jalan ke PD dan Melaka ni, kami dah kumpul duit sebanyak RM350. Agak-agak cukup tak?


Oleh kerana pantai berdekatan hotel ni adalah pantai awam, maka ramailah pengunjung yang datang. Di sini juga ada disediakan jet ski, banana dan juga bot. Kalau ada bajet bolehlah sewa mana-mana yang disukai. Saya tak ambil pun, sekadar berjalan2 tepi pantai kerana cuaca pun masih terik lagi. Tak koser sebenarnya nak mandi laut time panas-panas tu.


Kalau ke pantai, teringin nak naik benda ni tapi takut. Tambah-tambah pulak bila memikirkan harga sewanya yang agak mahal. Mampu tengok sajalah..


Pada sebenalah petangnya, turun jugaklah ke pantai sebab dak Naim dah meminta-minta. Kalau ikut hati malas jugak nak turun. Bila dah jejak ke air, saya mendapati air pantai tu agak kotor dengan keladak hitam, tak tahulah serbuk kayu ataupun sampah sarap. Sekejap sahaja di sini dan kami balik ke hotel. Nasib baik di sana ada disediakan kolam renang...


Jalan-jalan ke pantai... Di PD ni, ada banyak pantai rupanya. Setiap bahagian dipisahkan dengan nama pantai yang tertentu. Bertuah sungguh orang PD, dengan pesisir laut yang panjang, membolehkan sektor pelancongan berkembang pesat.


Cantik. Suka dengan pemandangan begini. Terasa begitu dekat dengan jiwa saya!


Di satu lokasi menarik tepi pantai. Di hujung benteng, ada laluan ke pondok. Selalu nampak dalam drama Rosyam Nor. Suka sangat. Hati berbunga-bunga dapat mengabadikan gambar di sini. Nak sampai ke pondok ni boleh tahan gayat jugak!


Panorama biasa di pantai peranginan. Ada menjual pelbagai benda. Sewaktu kunjungan kali pertama, di sinilah saya beli FM. Harganya pun ok-ok lah...tak ada mahal sangat.


Dah hampir Maghrib...


Kaki-kaki yang montok semuanya!


PAnorama pagi 29 November, berlatarkan rumah api. Sepatutnya di pantai ni boleh tengok matahari terbenam tetapi tak nampak sebab cuaca mendung. Sekarang ni di kebanyakan tempat cuaca dan mula memasuki fasa musim tengkujuh. Hujan di mana-mana.

Setelah semalaman di PD, tengah hari keesokannya saya bertolak ke Melaka. Budjet sepanjang di PD dalam RM150 gitulah, termasuk makan, tol dan hotel, (hanya membayar RM40 untuk hotel, terima kasih pada En Rawi yang membelanja RM100 untuk penginapan...)