Monday, September 21, 2015

Dating Di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya rasa, bermula pertengahan tahun lepas hingga hari ini, tahap kesihatan pinggang saya ni agak merosot. Saya memang tak ke hospital, kalau ada niat pun memang asyik bertangguh sahaja. Ada 3 tempat saya pergi untuk rawatan tradisional, dan akibat kekangan masa dan juga kurangnya perawat wanita maka saya hanya bertahan dan menyapu minyak serta meletak air sejuk. Ini juga salah satu sebabnya saya tak ke mana-mana naik kapal terbang tahun ni. Last saya ke Korea tu memang dah rasa sebab banyak jalan dan membawa beg di belakang dan beg silang.

Agaknya sebulan dua ni saya banyak buat kerja yang memerlukan saya duduk, bangun serta membuat aktiviti fizikal, maka kesakitan tu memang terasa sangat2. Ada sehari tu memang tak daya saya nak masuk kelas dan terpaksa balik berehat di rumah. Sebenarnya sakit begini orang tak nampak, kita dari luaran nampak steady je gi sana sini. Tapi hakikat sebenarnya nak naik turun tangga, nak bawa beg berat2 memang la seksa.


Jadi pada 11 September @ hari Jumaat saya menggagahkan diri memandu ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata. Saya tak tahu la ngape saya memang tak suka ke hospital. Kalau ke klinik gigi depan unit pesakit luar tu pun kerana terpaksa aje.


Sunday, September 20, 2015

Cinta Tiada Akhirnya - 5

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

 

Nabila masih menunggu Wari datang menjemputnya. Semalam, keretanya rosak tiba-tiba dan sudah dihantar ke bengkel. Pagi tadi dia ke kolej dengan teksi. Sejak setengah jam tadi dia setia menunggu di lobi Kolej Sutera. Ada beberapa rakan yang mengajaknya pulang bersama tapi dia menolak sopan. Wari sudah berjanji untuk menjemputnya. Hampir setengah jam, kelibat Wari masih belum kelihatan. Nabila resah. Hari semakin menginjak ke malam. Segera dia menelefon Wari tetapi malangnya terus ke peti suara. Gelisah dan geram. Risau turut bertandang. Nabila mencuba sekali lagi tetapi panggilannya tidak bersambut. Tidak ingin menunggu lama, Nabila segera bergerak ke hentian teksi, menunggu jika ada teksi yang lalu di situ. Tak guna terus menunggu…

Selesai solat Isyak, Nabila segera ke dapur untuk makan malam. Deringan telefon membantutkan perjalanannya. Wari. Dengan jiwa yang kosong Nabila menyambut panggilan itu.
‘Sayang, sorry la tadi I tak dapat ambil you.’  Wari bersuara di hujung talian.
‘No problem. You kan dah biasa buat I macam tu. Kali ni apa alasan you nak bagi pada I?’ Balas Nabila dengan nada suara yang sengaja dimanjakan.
‘I betul-betul ada hal tadi. Fon I pulak dah low batt. You balik dengan apa tadi?’
‘Tak perlu la you risaukan I. yang pentingnya I dah selamat sampai di rumah. Lain kali kalau you tak boleh datang tak payahlah nak buat I berharap..’ Nabila segera mematikan perbualan mereka. Geram sungguh hatinya dengan perlakuan Wari yang kini penuh dengan alasan…
 


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Friday, September 18, 2015

DIY : Pin Cushion

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sebagai seorang penggemar tudung jenis shawl atau halfmoon, saya kira jumlah pin yang ada dalam koleksi ada pelbagai jenis. Saya sendiri mempunyai pelbagai koleksi pin, yang pernah saya upkan pada n3 di sini dan sememangnya saya sangat sukakan benda2 kreatif bersaiz kecil ni. Ada di antaranya saya beli dan ada juga yang saya dapat free semasa membeli online. Jadi di sini saya suka nak kongsikan cara2 membuat pin cushion sendiri yang mana kalau beli tak kurang 10 ringgit rasanya ni. Langkah2nya memang mudah, dan berbaloi dicuba.


Antara bahan2 yang diperlukan. Rasanya semua bahan2 ni ada di rumah. Cuma saya nak ingatkan kalau boleh gunalah kain yang agak nipis seperti jenis chiffon atau lycra. Yang saya guna ni jenis agak tebal sikit.