Showing posts with label Korea : Seoul (Dis 2014). Show all posts
Showing posts with label Korea : Seoul (Dis 2014). Show all posts

Tuesday, January 27, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Summary #17 [The End]

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Rasa kemain lama sungguh nak perabih pasal percutian sejuk beku ni... rasa idea pun dah sejuk beku juga gamaknya. Agak banyak tempat yang saya skip, sebab tak ada yang menarik. Kira ini yang penghabisan...sebagai penutup saya rangkumkan segala yang saya rasa sepanjang ketung ketang dengan trip ni.
 

KOREA, 2 thumbs up... memang best!



Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Seoul - KL - Machang #16

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari kelima... hari terakhir di bumi Seoul. Hati tak sabar nak balik, tapi dalam masa yang sama agak sedih sebab masih ada banyak tempat yang tak dapat jejak. Tak apa, In Sha Allah ada rezeki boleh datang lagi. Pagi tu kami ke tempat jual permata, kemudian ke pusat kesihatan hati dan seterusnya ke Asian Grocery. Tapi tempat2 ni saya tak buat n3 la sebab tak ada yang menarik pun, sekadar melengkapkan iti aje.


Pada hari ni (12.12.14) diramalkan salji akan  turun. Dan masa dekat Asian Grocery tu memang salji turun. Alhamdulillah rezeki sekali lagi. Dari sana ke airport memang jamu mata la kami2 semua. Tengok sajalah dalam gambar di atas tum salji menempek di tingkap kapal terbang. Sebelum berlepas, terlebih dulu pesawat disembur dengan anti beku, dalam 20 minit jugaklah.


Monday, January 26, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Izzue Islam Di Itaewon #15

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pagi terakhir di Seoul. Selesai sarapan di Itaewon, menuju ke bas. Tetiba kawan berlari2 anak... 

Nampak artis ni...

K-pop ke...
Nape orang lain tak lari pun?
Tetiba...
Macam kenal je dia ni... tapi sape ye...
Lalu saya teruskan perjalanan...

Izzue Islam kan?

Terdengar satu suara. 
Ha ah la. Izzue Islam ni. Patah balik ke belakang, terus masuk dalam barisan nak ambil gambar sesama...




Sunday, January 25, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Seoul Central Mosque (Masjid Seoul) #14

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masjid Seoul yang terletak di atas bukit sekitar Itaewon ni merupakan destinasi yang wajib dikunjungi. Biasanya kalau ke luar negara, memang agak susah nak dengar azan, ataupun menunaikan sembahyang di masjid, kecuali di negara yang penduduk muslimnya agak ramai.

Begitu juga jika ke Korea, memang tak banyak masjid yang ada, dan pengalaman mendengar azan ketika berada di sini sangatlah menakjubkan. Ketika singgah untuk sembahyang jamak, sedang elok azan Asar berkumandang, memang merdu sekali alunannya. Rupa2nya azan dari Muslim Senegal. Pada ketika itu kebetulan juga ada majlis pernikahan rakan senegara mereka.


Oleh kerana lokasi di atas bukit, memang nak kena menapak sikit la. Agak2 sampai semput jugak baru sampai.


Thursday, January 22, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Gyeongbok Palace (Royal Palace) #13

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pagi hari ke 4 dimulakan dengan kunjungan ke Gyeongbok Palace. Bila masuk ke sini ingat masa ke Beijing iaitu masa ke Summer Palace. Kawasan istana dengan adanya gate dua tiga peringkat, lebih kurang jugak lah yang ada di sini. Cuma pada keadaan sejuk beku, walaupun ada matahari, kepala ni tak sempat nak proses apa yang Andy terangkan. Gambar pun tak berapa nak banyak dekat sini, jiwa dah teringat dekat nasi lemak ayam berempah. Hi hi hi.... Di hujung2 trip ni memang dah tak semangat nak bergambar...


Sekeping gambar sebagai bukti. Walaupun time ni ada matahari tetapi rasanya masih sejuk beku, dengan keadaan agak berangin. Jadi gambar berbungkus ajelah.


Tuesday, January 20, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Plaza Doota, Namdaemun #12

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selesai feeling2 salji di Everland, kami makan malam terlebih dahulu sebelum ke Plaza Doota untuk beli2 belah. Errr, ada ke perkataan ni? Plaza Doota ni dekat area Namdaemun, memang tempat yang famous amos untuk menghabiskan duit. Masa sampai ni kebetulan tengah hujan, lagi bertambah beku la dibuatnya. Nasib baik saja kat dalam plaza tu rasa la jugak haba2 panas.

[Kredit pic to Jari Manis. Click FULL ENTRY]

Kedai inilah yang kami singgah. ARIRANG SOUVENIR SHOP. Memang sebelum tu pun saya ada gak baca di blog JM. Memang kedai ni banyak jual barang2 souvenir cuma tinggal duit ajelah banyak ke tak nak membelinya tu. Jangan risau ya, kat sini pekerjanya tu boleh cakap Indon. 


Friday, January 16, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Everland - Rezeki Salji #11

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila dah mula koreje ni mood nak mengarang memang tenggelam timbul. Kalau setakat n3 pendek2 tu boleh tahan lagi, tapi kalau kena yang panjang, yang banyak nak cerita sampai tak cukup jari nak taip, memang ambil masa sikit. Kena pastikan mood datang dulu baru boleh mula. Sebab itulah n3 percutian sejuk beku agak tertinggal jadinya, walaupun dah lebih sebulan saya balik dari sana. Walau bagai mana pun, lambat ke cepat ke tak kisahlah, yang penting saya akan cuba update slow2 untuk kenangan nak baca waktu tua2 nanti....


Waktu sampai di Everland, dah agak petang. Gitulah kalau ikut group kan, bukan kata nak menyesal cuma nak bagitahu. Biasa la waktu bukan milik kita. Pada saya nak ke sini seeloknya pada awal pagi, dapatlah menghabiskan seharian mencuba pelbagai permainan di sini. Walaupun saya tak berapa terliur nak main, tapi terasa la jugak bila waktu yang ada tu macam tak cukup hatta untuk pusing2 pun. Hanya diperuntuk dua jam... mana mungkin ye dak. He he he... Nak masuk dalam ni biasalah, urusan tiket2 semua dah settle, tinggal jejak kaki je...


Thursday, January 15, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Kimchi School / Cuba Hanbok #10

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Seterusnya kami bergerak pulak ke tempat membuat kimchi dan mencuba pakaian tradisional Korea iaitu hanbok. Oleh sebab geng kami ni ramai, maka kami dipecahkan pada 2 kumpulan. Saya mencuba hanbok terlebih dahulu sebelum membuat kimchi.


Jom naik tingkat 2...


Friday, January 9, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Fruit Farm / Four Season Farm #9

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Destinasi seterusnya adalah ke ladang strawberry. Oleh kerana pada masa kami datang tu dah penghujung musim, maka aktiviti self pick tak boleh dilakukan kerana kekurangan buah. Tapi kami tetap masuk juga untuk melihat2 dan menikmati sisa buah strawberry yang masih ada.


Selain strawberry, dekat sigboard tu ada jugak tanaman melon, cuma tak nampak pulak bila saya masuk dalam ladang tu.



Thursday, January 8, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Vivaldi Ski World Resort #8

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selepas makan malam, kami check in di VIVALDI PARK untuk malam kedua, sebuah apartmen resort yang berdekatan dengan pusat ski, iaitu Vivaldi Ski World Resort. Sebelum tu kami singgah dulu dekat tempat menyewa barang2 ski. Kalau tukar ke RM, dalam 200 jugak nilai sewaan tu. Errrr... Tapi saya tak main la sebab masalah pinggang saya tu, lagi pulak memang takde niat pun nak main ski, pandang2 dekat luar sajalah.

Suhu pada malam tu dalam negatif jugak. Pada ketika saya datang ni, saya terfikir jugak trek untuk ski ni saljinya dibuat atau yang semula jadi? Sebab di bahagian tepi trek ada mesin buat salji... tapi kalau fikir cara orang tak berapa cerdik takkan nak buat untuk semua trek tu. Kalau kata salji semulajadi, mesti ada salji di sekitar trek, tapi sayangnya tak ada. Last2 saya buat2 tak tahu aje lah...#moodmalasnakfikir


Pandangan dari lobi menuju ke bilik. Masa ni senyum je sensorang, tapi tak tahu ngapa. Melihat putihnya salji kat trek ski tu rasa takleh nak cerita kat orang.


Wednesday, January 7, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Teddy Bear Farm #7

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sebelum ke n3 hari ni, saya nak maklumka pada peserta GA, yang saya dah poskan hadiah. Kalau dah sampai tu boleh bagitahu saya kat mana2 n3 (komen). Harap2 sampai dengan selamat...

Selesai lunch, kami singgah pula ke Teddy Bear Farm yang terletak berdekatan. Singgah saja je ni, takde beli apa pun...


Harus bergambar di sini sebagai bukti. Tak banyak cerita nak kongsi di sini... hanya gambar2 teddy bear yang kiut miut tu aje. Kalau bawa budak2 suka la jalan2 sini tapi kena ingat la kalau beli memang boleh rabak poket mak ayah.


Sunday, January 4, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Daepohang Fish Market #6

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masih berkisar tentang ceritera musim sejuk.Maaf la kalau jemu membaca ulang2 dok sebut sejuk..sejuk..sejuk... Ai nak buat macam mana, udoh memang sejuk bebenor yeop weyhhhh...

Untuk destinasi seterusnya ni, berdekatan dengan East Sea (Laut Timur). Katanya macam pasar ikan gitulah. Dah namanya pun ikut trip kita layankan aje... Masa ni walaupun dah tengah hari dan mentari terik memancar, angin laut tersangatlah sejuk sampai ambil gambar pun sambil gigit gigi. Acaner tu???

Jom tengok2 gambar di sekitar Pasar Ikan Daepohang ni...


Ikan yang sedang dijemur. Jangan tanya ikan apa...



Saturday, January 3, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Mount Soerak / Seoraksan National Park #5

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selesai berfeeling2 di Pulau Nami, kami menuju ke tempat penginapan yang pertama iaitu DEL PINO GOLF & RESORT untuk check in. Kawasan penginapan berbentuk resort apartmen ni memang sangat selesa. Malamnya saya tidur awal dek keletihan dan sejuk yang mula terasa hingga ke tulang hitam. Sangat selesa tidur di tilam dan berbungkuskan selimut hangat. Macam dalam drama tu laaaaa...

Pagi esoknya kami  ke Gunung Soerak (Mount Soerak)  atau lebih tepat lagi ke Taman Negara Seoraksan. Kalau trip musim sejuk memang tak sah kalau tak ke sini. Dan seperti juga dalam n3 saya sebelum ini, pemandangan di Gunung Soerak  agak suram dengan pokok2 yang mulai mengering serta togel2 sahaja.


Nampak.... kelabu je panoramaya.



Friday, January 2, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Pulau Nami #4

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Alhamdulillah selamat sampai di CH semalam. Perjalanan dengan sedikit kesukaran, melalui jalan yang banyak rosak dan berlubang, serta jalan Gua Musang Lojing yang dilalui sebelah sahaja di laluan yang terputus. Melihat kesan bencana banjir sepanjang Machang - Kuala Krai - Manik Urai - Gua Musang, hati memang luluh sangat, memang menangis dalam kereta. Semoga mangsa2 ini tabah menghadapi segala dugaan dan dilindungi Allah sentiasa.

Jadi saya sambung n3 tertangguh 2014. Destinasi pertama The Frozen Trip adalah ke Pulau Nami. Harus diingat ya yang saya ni guna pakej, jadi ikut sajalah itinerary yang disediakan. Jadi kalau nak kongsi maklumat atau cara nak gi sana tu minta maaf la di luar kemampuan saya. Pastu untuk trip kali ni jugak saya tak bawa teropong saya, jadi hanya gambar nan hado saja la saya kongsi, yang hanya menggunakan telefon serta kamera compact biasa. *Noted ya agak tak puas hati di situ.

Kata Andy, dari airport ke Pulau Nami ambil masa dalam 2 jam. Dia pun tak cakap banyak lagi sebab faham kami semua masih penat. Saya pun ambil kesempatan paksa diri lelapkan mata. Dalam kesejukan tu akhirnya dapat la tidur sepicing dua. 


Sampai di sana, terus saja masuk dan naik feri. Subhanallah memang sangat sejuk dengan angin bertiup. Jadi trip kali ni memang banyak la gambar dengan muka berbungkus. Tak tahan sejuk rupanya!


Saturday, December 20, 2014

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : KL - Incheon, Seoul #3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Nampaknya sesi update mengupdate ni agak slow di penghujung 2014. Barangkali kerana banjir yang melanda, menyebabkan line tenet macam kura2... ataupun psikologi dalam kepala yang agak tak menentu sekarang ini. Apapun, saya cuba kerana bimbang segala maklumat yang masih tersisa hilang begitu sahaja. #skemasiotttt


Penerbangan ke Seoul adalah menggunakan Air Asia X D7506 yang berlepas dari KLIA2 pada jam 1.15 pagi 8 Disember 2014. Sebelum tu dari Ampang saya dan kawan ke TBS dan naik bas JETSTAR ke KLIA2 pukul 8 malam, tiket harga RM10. Pertama kali menjejak kaki di KLIA2, memang nyata la bagai yang semua orang kata, besar gedabak weh.... Masa nak ke tempat menunggu tu, kecoh jugak bila ada artis K-Pop yang nak balik Korea. Nampak la depan mata, fikir2 apa ke kumpulan ni, macam tak pernah tengok tapi ramai jugak dekat situ yang dok bertempik oppa.... oppa... oppa... Rupa2nya kumpulan Topp Dogg. Kau  kenal??? He he he...


Thursday, December 18, 2014

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Machang - TBS, KL #2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Siapa yang terlibat banjir di Kelantan sekarang? Saya semalam dalam perjalanan balik dari KB nyaris2 sangkut di Machang. Laluan dekat kampung pun hampir2 tak boleh lalu. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat.

Jadi saya teruskan pulak dengan penceritaan trip baru2 ni. Perjalanan The Frozen Trip bermula 6 Disember, tapi masa tu belum frozen lagi sebab cuaca masih hangat panas membara di Malaysia. He he he... Kalau diikutkan saya nak drive je ke KL tapi fikir2 sorang diri pulak, jadi yang paling senang saya beli je tiket bas ekspress perjalanan waktu siang. Kalau waktu malam ni saya tak berapa sikit sebab berperasaan takut. Sampai pepagi di KL tu macam seram sikit la. Saya memilih bas Mutiara dengan kadar tambang dewasa RM 44 dan naik di Machang.



Tuesday, December 16, 2014

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Pre Trip #1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan doa saya untuk menjejak kaki ke Korea. Saya ke sana pada 8 - 12 Disember yang lalu, melalui perjalanan sejuk beku pada musim sejuk di sana. Pertama kali juga percutian pada suhu lingkungan -2 hingga -7 darjah. Satu pengalaman yang sangat menarik, yang penuh dengan suka dan duka. In Sha Allah saya akan kongsikan dalam n3 seterusnya selepas ini.