Showing posts with label Pakej Pelancongan. Show all posts
Showing posts with label Pakej Pelancongan. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Pre Trip #1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan doa saya untuk menjejak kaki ke Korea. Saya ke sana pada 8 - 12 Disember yang lalu, melalui perjalanan sejuk beku pada musim sejuk di sana. Pertama kali juga percutian pada suhu lingkungan -2 hingga -7 darjah. Satu pengalaman yang sangat menarik, yang penuh dengan suka dan duka. In Sha Allah saya akan kongsikan dalam n3 seterusnya selepas ini.




Friday, May 30, 2014

Xin chào Việt Nam 1 : Pakej Pelancongan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Trip kedua tahun 2014, kali ni ke Vietnam bersama cikgu-cikgi rakan sekolah dari CH dan juga anak sedara Mok Ja. Rancangnya pada hujung tahun lepas bila kekanda serumah saya tunjukkan iti pasal Vietnam. Saya pada mulanya tak berapa nak ikut sama kerana dah pernah ke sana pada 2012, tapi bila bincang2, Mok Ja pulak beriya nak pi sebab dua nak sedaranya pun ikut sama. Pastu bila tengok iti ada beberapa tempat baru yang akan dilawati. Boleh la cover trip pertama dulu. Dalam dok libang libu tu saya pun on kan aje...

Trip kali ni masih menggunakan ajen yang sama iaitu ZMD Travel. Segala urusan di uruskan oleh kekanda, saya hanya bagi duit. Bajet orang banyak pitis la konon.. Rasa tak la beza sangat dengan trip pertama dulu regenya.


Saya try jugak Google pasal laman web ZMD Travel ni tapi tak ada. Jadi segala urusan hanya melalui telefon. Agak bagus juga pengurusannya. Setiap orang lengkap dengan semua maklumat yang perlu. Ada juga disertakan dengan waktu sembahyang.


Saya tak ingat harga pakej ni berapa, tapi lebih kurang dalam RM1600 ++ lah. Setiap orang diberi satu beg. Boleh tambah koleksi. Hi hi hi. Untuk kali ni jugak, pertama kali naik MAS dan terbang KLIA. Nanti saya kongsi di n3 akan datang.

Kalau ada sape yang nak ke Vietnam tu, bolehlah berhubung dengan ajen ni, In Sha Allah puas hati.

** update dari Vietnam siott

Wassalam...

Thursday, April 17, 2014

Ke Korea : Jom Travel Backpackers Concept

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Korea? Jommmm...

Kalau la sapa yang kenal saya, memang tahu tahap kegedikan saya nak ke sana. Sungguh, memang tak tipu! Tipu dosa tau! Serius speechless bila tengok orang backpacker ke Korea. Saya teringin sangat nak ke sana dengan cara ala-ala terjah ni.

Godek2 internet dan FB, terjumpa satu page ni. Yang geramnya ngapelah saya baru nampak...baru tahu... kalau tahu awal sikittttttt je boleh saya ikut dengan pakej diorang. Aishhh, geram sekali lagi. Tapi tak apalah, kalau ada rezeki tahun depan buleh join, sekarang saya nak kongsi dengan pembaca semua kot2 ada yang nak pergi dalam masa terdekat ni.
Jom Travel adalah sebuah program backpacker ke Seoul Korea dengan bajet yang rendah. Program ini banyak berjalan kaki & mengunakan pengangkutan awam seperti bas & subway. Program ini sesuai untuk golongan remaja dan dewasa yang suka berjalan kaki, happy go lucky, dan ceria. Program ini tidak sesuai untuk golongan yang tidak suka berjalan kaki dan menginginkan keselesaan 5 bintang. Program ini dijamin seronok dan berpuas hati.
 Kami juga menguruskan backpackers sambil belajar untuk sekolah, universiti dan kolej, business trip, bulan madu, dan  backpacker rakan sekerja.
Quote dari laman web Jom Travel. Memang jelas dan nyata.   Dah namanya pun backpacker, tak adanya nak selesa kat hotel 5 bintang kan...
Jika ada ke FB Jom Travel, sekarang tengah ada promosi bagi percutian ke Seoul pada tarikh 14-17 Ogos 2014. Apa lagi? Jom tengok pakejnya, jika berkenan dan berkenaan bolehlah pergi atau war-warkan pada kengkawan..

PAKEJ BAJET RENDAH!!! CEPAT DAFTAR SEGERA!!!!

Disebabkan ramai yang nak pakej yang PALING MURAH ke Seoul Korea, kami buka PAKEJ BAJET RENDAH, terbuka untuk PELAJAR IPTA YANG BAJET RENDAH KE SEOUL KOREA. Jangan risau, yang bukan pelajar IPTA pun boleh ikut pakej ni.

DESTINASI: Seoul Korea
TARIKH: 14 (Khamis) -17 (Ahad) OGOS 2014
Harga Pakej (All-in): RM1899/All-in
KONSEP: Backpacker

PAKEJ (All-in) TERMASUK:

> Tiket Penerbangan Air Asia
> Penginapan yang selesa.
> Kemudahan wifi, dapur, mesin basuh.
> Makanan halal disediakan.
> Pengangkutan & Subway.
> Tiket Lawatan.
> Pass & Bas ke Nami Island.
> Lawatan ke lokasi tempat menarik.
> Pemandu Pelancong

DAFTAR SEGERA SEBELUM TERLAMBAT!!! TEMPAT TERHAD

Untuk pertanyaan sila hubungi kami,

Talian Pejabat : 03-55697163
WhatsApp/Viber/LINE/KakoaTalk/sms/call : 017-6375235
Call/sms : 013-6431520
Jika anda nak tengok lebih lagi maklumat tentang percutian ni, bolehlah ke laman web JOM TRAVEL ataupun like sahaja FB JOM TRAVEL.

Wednesday, February 19, 2014

Pakej Percutian Murah Ke Korea (Backpacker) 2014

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 


Untuk tahun 2014 ni, saya banyak membuat survey pelancongan ke Korea. Sejak tahun lepas misi bermula. Dengan kekecewaan tak dapat ke sana pada musim bunga (spring) bulan Mac, saya cuba cari trip bagi 3 musim yang lain. Alhamdulillah kalau ikut perancangan awal, dapatlah saya ke Korea pada satu musim ni, tapi tak nak share lagi, bila dah betul-betul kompom baru kita cerita eh... Saya sebenarnya sangat jeles pada sape yang pergi ke sana sendiri. Saya ni tak ada keberanian, geng pun tarak. Kot ada yang sudi nak ajak saya backpacker.... -_-

Jadi, di sini saya nak kongsikan salah satu pakej yang saya terima.Tapi sayangnya saya tak dapat ikut pakej ni sebab ada masalah sikit, jadi bagi makluman pada orang lain la ya. Saya ni kalau nak ke mana-mana senang jika ikut full pakej. Bukan apa, nak beli tiket flight memang payah sikit lah, jadi senang bagi duit je biar orang yang uruskan.

Begitu juga dengan pakej ala backpacker yang dibuat oleh Uzair Othman ni. Agak menarik juga kerana pakejnya termasuk tiket pergi balik cuma perlu tambah untuk makan dan luggage sahaja. Menariknya, pakej yang dibuat ini sangat details, ianya mengandungi tarikh yang sudah ditetapkan untuk setiap musim seperti yang saya copy di bawah ini.


Mari kita lihat antara salah satu pakej yang ditawarkan iaitu pada musim sejuk selama 5 hari 4 malam.

Pakej Percutian Murah Ke Korea (Backpacker – December 2014) [Winter SEASON]
  • Travel Date : 9 – 13 December 2014
  • Duration : 5 Hari 4 Malam
  • Backpacker Concept
  • Tempahan terkini : 8 orang
  • kekosongan 6 orang


ITINERARY 

DAY 1: ALL ABOUT SOUL OF ASIA (D)
Tiba di Incheon Airport, Seoul dan di jemput oleh tour guide dan welcome drink disediakan. Bertolak ke Iteawon untuk makan malam dan Check in di Guest House. Aktivti malam adalah melawat Namsan Tower dengan menaiki cable car untuk melihat permandangan menarik bandaraya Seoul. Merasai suasana romantik di Padlock Love dan melawat Teddy Bear Museum. Sambung aktiviti dengan shopping di Myeong Dong night market.  Pulang ke Guest House untuk berehat.

DAY 2: K-DRAMA AND CULTURE DAY (B/L/D)
Sarapan pagi di Iteawon. bertolak ke Nami untuk Nami Island Tour selama 4 jam. Makan tengah hari di Nami Cafe. Bergerak pulang semula ke Seoul untuk shopping di Insa-Dong iaitu tempat utama kebudayan masyarakat korea. Melawat Hanok Village dan Insa-Dong old market yang penuh sejarah dan menyimpan tradisi korea. Makan malam dan pulang semula ke Guest House.

DAY 3: SHOPPING LIKE LOCAL (B/L/D)
Sarapan pagi di Iteawon. Melawat morning market di Nandaemun. Menyambung lawatan ke Gyeongbokgung palace dan Gwanghwamun square. Makan tengah hari dan melawat Cheonggye stream. Aktiviti malam disambung dengan shopping di Dongdaemun market. Selepas itu, makan malam, free and easy dan pulang semula ke Guest House.

DAY 4: k-POP WAVE TOUR (B/L/D)
Sarapan pagi di Iteawon. Melawat War museum/national museum dan Gagman tour. Melawat underground market di Gagman station dan makan tengah hari disana. Pulang ke Iteawon untuk menikmati Korean BBQ Buffet sebelum pulang ke Guess house untuk berehat. Aktiviti bebas pada waktu malam. (Boleh request bermain ski jika mahu)

DAY 5: Anyeong ha say o
Check out dan dihantar pulang ke Incheon Aiport untuk penerbangan pulang ke tanah air.



Pakej Termasuk :-
  • Makan seperti di dalam Itinerary (Halal/Pork Free)
  • Transport
  • Bayaran Masuk Tempat Lawatan
  • Bayaran Train/Bas
  • Tiket penerbangan pergi balik KL-Seoul (AirAsia – Not include luggage)
  • Penginapan sepanjang lawatan (Guess House/Hostel)
  • Tour Leader (Malay/English)
Harga Pakej : RM 2790. 00 per person 

Tambahan Pakej (JIKA MAHU) :
  • Family Room : RM 300 per person (Suami Isteri)
  • Luggage 20 kg pergi balik : RM 140 per person.
  • Makan di dalam flight : RM 35 per person.

Untuk tempahan Deposit RM 1500 per person di perlukan berserta Nama penuh (sama dalam passport) dan No. IC.

Tarikh Tutup Pakej :  20 April 2014

  • kami juga mengambil tempahan group yang melebihi 8 orang.
  • Jika dibawah 8 orang, kami nasihatkan supaya anda ikut group pada tarikh yang kami tetapkan.
  • Jika anda sudah beli tiket flight, boleh emailkan pada kami details flight, jumlah ahli, tarikh travel, berapa dewasa dan kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di :-

Jika ada apa-apa pertanyaan, bolehlah menghubungi Uzair si no telefon atau email. Kalau nak tengok itinerary yang lain boleh ke FB atau blognya. Saya berurusan dengannya through email, memang bagus budak ni, sabar dan tabah melayan segala pertanyaan saya. Terima kasih ya... Tahun depan kalau ada rezeki akak pergi dengan pakej Uzair pulak... ^_^  감사합니다

Saturday, January 18, 2014

KOREA : Pakej Musim Bunga Bersama Lurima Travel

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Annyeong... 안녕

Ada yang berangan nak ke KOREA seperti saya?

Kalau ada anda semua kena baca n3 ni sampai habis. Eh, bukan! Saya bukan la uruskan pakej pelancongan pulak sekarang, cuma sekadar berkongsi dapatan dari email sahaja. Kebetulan masa dok jaga SPM tahun lepas, ada la saya survey kat internet pasal pakej nak gi Korea. Maklumlah masa tu dah 'koya' tahap kronik nak ke Korea bulan Mac ni. Senang kata separuh hati dah ada di Seoul... di Jeju... di Nami... macam dah nampak-nampak tempat shooting winter sonata. Tapi at the end nak buat macam mana, belum ada lagi rezeki nak ke sana. *pasrah dalam kecewa*

Bila check email, ada la dua tiga yang bagi respon, mungkin dari soalan yang saya tanyakan. Antaranya dari Lurima Travel yang diuruskan oleh rakyat Malaysia yang menetap di Seoul. Hah...jeles kan? Takyah sesusah nak berangan nak ke KOREA macam saya nih!

Perkhidmatan Lurima Travel adalah berkonsepkan budget travel dengan itinerary yang menarik. Di sini ada dibuat percutian untuk 5 hari 4 malam dan 6 hari 5 malam dengan harga yang berpatutan. Walaupun nilainya 4 angka tetapi jangan risau pastinya akan memberi sejuta kenangan yang tak akan dilupakan.

Jika nak tengok lebih jelas lagi boleh scroll ke bawah, di situ ada itinerary yang telah di kongsi.

  *sigh* 
jeles sungguh tengok gambar ni. Dah pernah tengok dalam 391 / 395. Rasa macam nak jugak duduk-duduk di sini..


PAKEJ  MUSIM BUNGA KOREA (6H5M) (MARCH, APRIL, MEI)

Pax                     Price
2-3pax                RM 2500 /pax
4-7pax                RM 1900 /pax
8-10pax              RM 1700 /pax
11&above   RM 1600/pax

Pakej kami adalah termasuk –
Penginapan, pengangkutan, makanan, tour guide( Muslim) dan bayaran masuk ke tempat-tempat pelancongan di Korea.

Tidak termasuk–
Tiket Penerbangan Pergi Balik (Malaysia-Korea, Korea-Malaysia)

TENTATIF PROGRAM PAKEJ SEOUL (6 DAYS 5 NIGHTS)

HARI PERTAMA
-Arriving at Incheon International Airport, Korea
-Moving to Guest house in Seoul

HISTORICAL DAY VISITING
1. Kyongbuk palace (istanakyongbuk)
2. Gwanghwamun square & King Sejong Museum
3. Cheongae Stream
4. Insadong Art Street

HARI KE-2
WINTER SONATA TOUR
1. Nami Island
2. Sindang Rapuggi Town

HARI KE-3
SIGHTING FOR SEOUL CITY & CULTURE
1.Namsangol Haneok Village
2.Seoul Namsan Tower Park
3.Seoul Tedy Bear Museum

HARI KE-4
CHERRY  BLOSSOM AND KOREAN FASHION TOUR
1. Yoido Park
2. Han River
3. Ehwa University Street
3. Sinchon Fish Grill

HARI KE-5
SHOPPING DAY
1. Namdaemun Market
2. Myeongdong Shopping Street

HARI KE-6
INCHEON AIRPORT (GOING BACK TO MALAYSIA)

**Semua bayaran masuk tempat-tempat pelancongan yang disenaraikan akan ditanggung oleh pihak kami
**Sila rujuk tour leader anda mengenai masa / tempat dan lain-lain masalah sepanjang anda di sana
**Tentatif kami adalah flexible.

SUGGESTED ADD-ONS

Cafe's& Avenue
1. Cat Cafe Seoul = RM 70 per person (Highly recommended for to relax after shopping at Myeongdong )
2. Hello City Cafe Seoul = RM 60 per person

Meseum and Peformances
1. Trick Eye Museum Seoul = RM 80 per person
2. Nanta Performance = RM 180 per person

Theme & Amusement Parks
1. Lotte World = RM 140 per person
2. Everland = RM 180 per person
3. Han Gang River cruise = RM 80

** Please let us know if you have other place planned to visit

PENGINAPAN
Hostel korea Guesthouse
Maximum 1 bilik 3 orang.
Bilik mengikut permintaan dan bilangan ahli.
Boleh disusun mengikut keluarga atau kawan.

PAKEJ MUSIM BUNGA KOREA (5H 4M) (MARCH, APRIL, MEI)

   Pax                  Price 
2-3pax             RM 2290 /pax
4-7pax             RM 1690 /pax
8-10pax           RM 1590 /pax
11&above       RM1490/pax

Pakej kami adalah termasuk –
Penginapan, pengangkutan, makanan, tour guide (Muslim) dan bayaran masuk ke tempat-tempat pelancongan di Korea.

Tidak termasuk–
Tiket Penerbangan Pergi Balik (Malaysia-Korea, Korea-Malaysia)

Tentatif Program Seoul – Nami

Pakej SEOUL (5 Hari 4 Malam)
HariPertama
-Arriving at Incheon International Airport, Korea
-Moving to Guest house in Seoul

HISTORICAL DAY VISITING
1. Kyongbuk palace (istanakyongbuk)
2. Gwanghwamun square & King Sejong Museum
3. Chongaechon ( Cheingae Stream)
4. Myeongdong  Shopping  Street

HARI KE-2
WINTER SONATA TOUR
1. Nami Island
2. Sindang Rapuggi Town

HARI KE-3
SIGHTING FOR SEOUL CITY & CULTURE
1.Namsangol Haneok Village
2.Seoul Namsan Tower Park
3.Seoul Tedy Bear Museum


HARI KE-4
CHERRY BLOSSOM TOUR
1. Han River
2. Yoido Park
3. Namdaemun Market

HARI KE-5
DONGDAEMUN
Incheon Airport (going back to Malaysia)

**Semua bayaran masuk tempat-tempat pelancongan yang disenaraikan akan ditanggung oleh pihak kami
**Sila rujuk tour leader anda mengenai masa / tempat dan lain-lain masalah sepanjang anda di sana
**Tentatif  ini adalah fleksibel

SUGGESTED ADD-ONS

Cafe's & Avenue
1. Cat Cafe Seoul = RM 70 per person (Highly recommended for to relax after shopping at Myeongdong )
2. Hello City Cafe Seoul = RM 60 per person

Meseum and Peformances
1. Trick Eye Museum Seoul = RM 80 per person
2. Nanta Performance = RM 180 per person

Theme & Amusement Parks
1. Lotte World = RM 140 per person
2. Everland = RM 180 per person
3. Han Gang  River cruise = RM 80
           
Please let us know if you have other place planned to visit

PENGINAPAN
Hostel korea Guest house
Maximum 1 bilik 3 orang.
Bilik mengikut permintaan dan bilangan ahli.
Boleh disusun mengikut keluarga atau kawan.


Dah habis baca? 
Puas hati? 
Tergoda? 
Nak pergi?

Jika berminat, bolehlah melayari laman web, FB dan juga instagram lurimatravel di link yang telah disediakan.
FB page   : lurimatravel FB

Instagram : Lurima_travel


Di bawah ni pula antara gambar-gambar yang dikongsikan...
 Tempat penginapan. Selesa dan bersih pastinya. Jangan risau!

Antara yang pernah menjejakkan kaki ke KOREA dengan menggunakan pakej ini. Sila pandang dengan sebelah mata jika jeles seperti saya. *sigh again!*

 Bruchure. Di dalamnya ada maklumat dan details. Ada juga no telefon di situ..

Sekian di kongsikan. Harap-harap lepas ni tercapailah hasrat nak ke sini... untuk saya dan sape-sape yang berhajat.

나중에 보자