Sunday, February 7, 2016

Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia (KKR1M)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya dengan kedai kain ni memang xleh nak dok jauh... pantang nampak mesti nak masuk. Kalau dah masuk tu faham2 sajalah nafsu membeli ni mesti nak tangkap sepasang dua. Kalau tak beli kain untuk buat jubah kompom beli kain untuk buat tudung. Sebab itulah kadang2 sengaja mengelak dari lalu kedai kain, baru tak masuk, baru tak habis duit. Ha ha ha...

Bercerita tentang Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia ni bukanlah highlight saya nak scerita pasal mana2 parti atau mana2 sokongan kepada pihak tertentu. Tetapi memandangkan saya ni penggemar kain, maka saya suka nak kongsi apa yang saya suka sangat dekat kedai ni.




Memula saya tak ambil kisah sangat pasal KKR1M ni, yang saya anggap lebih kurang adik beradik dengan Kedai Rakyat 1 Malaysia. Tapi semasa dok ulang meeting di KL, saya terpanggil nak masuk ke KKR1M UTC Pudu semasa menunggu bas nak balik ke CH.


Thursday, February 4, 2016

Kek Gula Hangus Kukus

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya tak tahu nak kata ni apam ke kek... rasa macam lebih ke apam gula hangus, mungkin sebab dikukus dalam acuan besar maka lebih sesuai dipanggil kek. Tapi saya buat ni hanya separuh adunan, dan kukus dalam acuan kecil. Jadi jugaklah takat nak makan sorang tu.

Elok je keluar dari acuan. Guna acuan plastik biasa saja, bukan yang silikon pun. Kalau kata nak buat dalam adunan kecik2 pun buleh, cuma saya ni tak berapa nak rajin kalau guna acuan cinonet tu...


Tuesday, February 2, 2016

Kuih Buah Peria Ubi Kayu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masa cuti sekolah hujung tahun 2015 lalu, memang ada banyak stok ubi kayu kat rumah. Masa tu memang hari2 ada kuih based on ubi kayu. Masa tu macam2 request dekat My Mek. Antaranya kuih kato, kuih beko dan juga buah peria ni.

Bila sebut buah peria ni bukanlah macam buah peria dari tepung pulut inti kacang tu... mungkin lebih kurang sama cara penyediaan tapi bahan2nya memang tak sama. Untuk resepi ni memang tak ada sukatan tertentu, main agak2 saja. Masa tu My Cek mintak nak makan kuih ni jadi My Mek buat, so saya standby dengan telefon nak ambil gambar dan tukang ngap kendiannya...


Inilah kejadian kuih buah peria ubi kayu yang telah dimasak. Sekali tengok nampak macam lempuk durian. Kuih buah peria ni dibungkus dengan daun nyor (kelapa) lembah. Kat tempat lain tak tahu la dipanggil nama apa. Kalau nak tengok rope pokok tu lihat di sini.