Wednesday, August 17, 2011

WW : Roti Canai Satu!!

Udang & Ayam Mayonis

Assalamualaikum & salam sejahtera

Salam Nuzul Quran pada semua... Buat apa ya dihari cuti ni? Walaupun hanya sehari tapi pasti ramai yang tengah sibuk membuat kuih raya di dapur tu... cheq sue ni entah kat mana serunya tak sampai2 lagi... Tahun ni semuanya ke laut... menjahit...mengukis...membiskut...apa nak jadi la cek mek sorang ni...

Sementara ada masa ni, nak juga menghapdet menu berbuka semalam. Masak simple2 je.. Apa yang cheq sue masak ni dibawa ke rumah kawan dan sama2 makan kat sana, baru la terasa sikit meriahnya.. Resepi ayam mayonis ni telah cheq sue oter sikit dengan mencampurkan udang ke dalamnya. Langkah2 penyediaannya sama sahaja...

Tentunya ramai yang dah mencuba resepi ni kan... kaedahnya ringkas aje... main campak2, goreng kejap dah pun siap. Semalam budak Ali tu sampai meleleh makan nasik dengan lauk ni.... :)


UDANG & AYAM MAYONIS
Resepi : SajiOnline
Sumber: Kak Nor @Secubit Garam


Bahan-bahan:
600 gm daging ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
1 labu bawang besar - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
3 cm halia - mayang
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
7 keping cendawan kering - rendam dalam air panas dan hiris
2 tangkai daun ketumbar - potong 2 cm  cheq sue gantikan dengan daun sup
3/4 cawan air
1 1/4 cawan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
sedikit perahan jus limau nipis ~ yg ni K.Nor tambah cheq sue tak masukkan
capsicum hijau & merah ~ yg ni K.Nor tambah


Cara Menyediakan:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam yang sudah digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kacau hingga rata dan tutup kuali kemudian biarkan hingga ayam empuk. Angkat dan ketepikan. (Ayam digoreng sekadar masak saja, tidak perlu garing)
Buangkan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan cili kisar. Kacau hingga rata dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan bahan-bahan yang dimayang kemudian kacau hingga naik aromanya.
Masukkan air, cendawan, serbuk lada hitam, garam dan gula. Kacau lagi hingga rata.
Masukkan ayam goreng, sos cili serta mayonis kemudian terus padamkan api.
Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan kacau lagi hingga rata. Hidang panas-panas bersama nasi. 

Tuesday, August 16, 2011

Pisang Nangka Goreng

Assalamualaikum & salam sejahtera

Mmmmmm....kalau cerita pasal pisang goreng ni memang la hati dan perasaan ni tetap dan sentiasa tergoda dengan goreng pisang di tanah kelahiranku di Kelantan nun... bagi citarasa cheq sue, goreng pisang Kelantan memang terbaeeeekkkkkkkkkkk wokkkkk... Memang kerlasss lah.. tapi yang menjadi masalah tu, bila buat sendiri xde la pulak seghupe dengan yang dibeli tu. Walaupun begitu, alhamdulillah rasanya tetap sedap dan abes jugak dimakan.... (^_^)

 Phewwwwwww........... sedap dan menyelerakan...

Kalau goreng pisang menggunakan pisang nangka ni memang sedap lah... tambah2 kalau dapat yang dah masak lebu tu.. aduhhhhh sedapnya!!! Bau pisang nangka ni harum je kan. Kalau dibuat pengat @ sira pun sedap. Kalau belah2 selatan, guna pisang tanduk pun xpe...

Masa belajar kat JB dulu...memang kompius. Nape orang kat sana makan goreng pisang dengan sambal kicap? Pastu pisangnya pulak macam keras2 je lagi.. tapi rupanya makan pesen gitu pun sedap. Pastu sekarang ni rasa macam sedap je pulak bila cicah sambal kicap ni. Tapi kali ni bukan cheq sue cicah dengan sambal kicap, tetapi dengan sos rojak! Hahhhhhhh............... eh, kita yang buat dia kan... He he he



PISANG NANGKA GORENG
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- pisang nangka (dalam 3-4 biji)
- tepung beras
- garam
- gula
- telur
- air kapur
- air secukupnya
- sedikit serbuk kunyit / pewarna kuning
** kuantiti tu agak2 la ye...

Cara-cara :
- campurkan hingga sebati semua bahan kecuali pisang (sehingga mendapat kepekatan dikehendaki, tak cair tak pekat)
- gaulkan pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga masak