Tuesday, December 29, 2015

Projek Langsir - Buku #4

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kebetulan tengan riki2 FB Geng Jahit, tetiba nampak ada geng publish buku pasal jahit langsir. Apalagi haruslah saya grap cepat2 sebab mudah sikit nak refer tengok macam mana. Saya ni jenis takleh nak bayang2 berimaginasi, mesti ada contoh depan masa. Masalahnya mana nak dapat contoh langsir kan... sebab tu la pentingnya buku ni.


Buku 1 : Variasi Jahitan Langsir
Buku ni memang best sebab visualnya sangat jelas da menarik. Setiap jenis langsir ditunjukkan secara jelas tentang cara pengiraan dan cara menjahitnya disertakan dengan gambar. Sangat mudah difahami.




Buku 2 : Variasi Menjahit Tirai. 
Dalam buku ini pun ada banyak maklumat yang diberi. Saya merujuk cara2 membuat tali menyangkut yang mana saya tak tahu pun rupa2nya ada kiraan jugak nak memotongnya tu. Cuma satu yang tak best pasal buku ni. Dia punya gam dekat tulang tepi tu dah nak tercabut, jadi terpaksalah saya solotape satu2... sayang weh!!!


Lebih kurang kandungannya di dalam.


Sambung lagi...


Inilah pengiraan yang saya guna untuk mengira berapa kain yang perlu untuk sesebuah tingkap. Mudah kalau dah faham..


Langkah demi langkah. Memang sangat membantu dengan adanya langkah2 bergambar ni. 
Rasanya berbaloi sangat beli buku ni.


Kalau korang ada cadangan nak buat langsir sendiri better beli la mana2 buku tentang langsir. Memang tak rugi tau. Kalau nak buat paling koman pun 7-8k. Jadi dengan ilmu dari buku tu siapa tahu boleh buat langsir sendiri yang vavavoommmm....


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]