Wednesday, January 25, 2012

Basic Bread Dough


 
 
Roti...roti... Dok kampung, buat roti manual aje, tapi masih sedap, gebu dan lembut. Betul ni..bukan naik lif tekan sendiri okeh... Ye la, kita sebagai geng masak-masak (GMM) ni kenalah jujur. Kalau apa yang kita buat tu tak jadi, atau tak sedap, jangan lak kata sedap... kalau tak jadi jangan lak malu. Kalau asik buat jadi elok je kang jadik riak takbur pulak. Yang jadi yang tak jadi tu akan penjadi pengajaran dan memberi pengalaman berharga dalam hidup.

Betapa ramai yang dah mencuba BBD doh ni, dan dibuat bermacam2 pesen roti, memang terliur sangat nak cuba. Masih belum beli lagi tepung rotinya tapi cheq sue guna tepung superfine. Tapi kebetulan masa buat semalam agak terkejar2 masa, kerana nak menghadiri kenduri di Wakaf Bharu. Jadi hasilnya dan gambar pun x berapa nak memuaskan hati. 






 
Dengan BBD ni cheq sue buat sosej roll goreng, sebab nak perabihkan stok breadcrumb. Lagipun kalau roti sosej ni memang sesuai di goreng, memang layan aje. Satu adunan tu dapat banyak jugak. Satu peket sosej daging tu cheq sue belah dua dan kemudian dipotong dua, kira2 dalam saiz mini aje roll ni. (Bukan kedekut ya...kalau buat besar2 macam gedabak tak cantik laa....)
 
Kalau sesape yang ada kelapangan tu boleh la dicuba. Pada cheq sue, resepi ni just nice, terasa manisnya dan memang kena bila digoreng. InsyaAllah lain kali nak cuba bakar pulak. Tq pada penyumbang resepi ni ya.. Wassalam...
 





 
BASIC BREAD DOUGH RECEPI
Resepi : Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami

Bahan2:
Bahan A
500g tepung roti
100g gula
30g susu tepung xde stop kat rumah, so tak masukkan
1 sk garam
1 sk bread softener- optional
1 sk bread improver- optional 
4 sk yis

Bahan B
250ml air, 1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C
80g margerine

Bahan D
Gula kasar utk tabur- x letak

Cara-cara :
1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180'C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau

1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat. 
 
** Oleh sebab cheq sue buat sausage roll, maka cheq sue celurkan sekejap sosej yang dipotong ke dalam air panas, dan toskan (keringkan) airnya kemudian dibalutkan dengan doh roti. Penaikkan sekejap sebelum dicelup ke dalam telur dan digaul dengan breadcrumbs. Bila dah siap ni cheq sue penaikkan sekali lagi dan digoreng sehingga kekuningan.
 

Tuesday, January 24, 2012

Misteri Cinta ~ ep. 6

 
 
"Laluan berliku di depan mata, cabaran di rantau kini bermula, restu ibunda mengiringi langkahnya…"

Nazirah sedang menyediakan sarapan pagi ketika Dayang Atikah keluar dari bilik. Baru pukul 7.20 pagi. Nampaknya Nazirah pergi awal ke sekolah. Dayang Atikah tersenyum. Nazirah membalas senyumannya dan mengajaknya minum sekali.
“Hari ni ada 3 orang lagi guru yang akan melapor diri bersama-sama dengan Ika. Kalau tak silap, hanya seorang lelaki sahaja.”
“Akak tahu diorang tu dari maktab mana?”
“Akak tak uruskan perkara ni. Tahu sikit-sikit aje. Ika nak jalan sekali dengan akak ke sekolah?”
“Boleh juga.”
Sebenarnya jarak rumah Nazirah ke sekolah hanya mengambil masa kurang 5 minit. Boleh juga kalau Dayang Atikah hendak ke sekolah bersendirian namun untuk pertama kali ini biarlah dia mengikut Nazirah ke sekolah. Boleh juga berkenal-kenalan dengan staf-staf pejabat dan mengenali persekitaran SMK Pulau Indah itu…dia masih ingat kata-kata ibunya. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung!
Sampai di sekolah, jam masih belum menunjukkan pukul 7.30 pagi. Masih tidak ramai guru yang hadir. Namun di ruang pejabat ada seorang guru perempuan muda yang barangkali akan melapor diri sepertinya juga. Dayang Atikah menghampiri dan senyum kepadanya.
“Dayang Atikah.”
“Charlotta Chan.”
“Melapor diri juga? Daripada mana?”
“Saya daripada Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengkalan Chepa. Dayang?”
Buat pertama kalinya ada insan yang memanggilnya dengan nama itu. Kalau sebelum ini hanya Najhan yang menggunakan nama itu.
“Saya daripada Institut Bahasa. Charlotta, awak boleh panggil saya Ika. Formal sangat rasanya kalau dipanggil Dayang.”
“Apa salahnya. Kalau di tempat saya Dayang itu bermaksud panggilan manja kepada seseorang. Saya kira awak tentu tidak kisah dipanggil begitu.”
Dayang Atikah tersenyum lebar. Panggillah nama apapun dia tidak kisah, cuma dia tidak ingin mengimbas kembali dirinya kepada Najhan.
Seketika kemudian, sampai pula seorang perempuan yang lain, kali ini agak berusia sedikit, mungkin telah berkahwin. Mereka saling bertukar salam. Perempuan itu mengenalkan dirinya sebagai Maisarah, daripada Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu. Seperti yang dijangka, Kak Maisarah telah pun berkahwin dan memiliki dua orang anak. Katanya lagi dia menetap di perumahan yang berdekatan dengan sekolah sahaja. Jadi mudahlah baginya. Satu lagi kelebihan baginya adalah kerana tidak perlu berjauhan dengan keluarganya kerana dia memang berasal daripada Klang.
Mereka bertiga saling bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang pelbagai perkara. Maklumlah mereka akan melapor diri pada hari ini, maka sudah tentulah banyak perkara yang perlu di ambil kira. Sedang asyik bercakap-cakap, mereka di sapa oleh pengetua sekolah, Puan Jamaliah. Bersama-samanya adalah PK Pentadbiran, Puan Jannatun Naimah yang akan menguruskan urusan melapor diri mereka di SMK Pulau Indah.
Nazirah kata ada 4 orang. Mana lagi seorang?
“Sebelum saya mula, saya harap cikgu-cikgu semua dapat mengisikan buku rekod guru ini. Ada seorang lagi yang belum sampai. Kita tunggu dia dahulu.”
Betul seperti yang Nazirah katakan. Siapa pula dia yang hari pertama ini sudah membuat perangai?
Ketika jarum jam menunjukkan ke angka 7.55 pagi barulah gerangan yang dinanti menunjukkan diri. Saat berpandangan, Dayang Atikah menyedari bahawa lelaki itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Dan ketika lelaki itu menguntumkan senyum kepadanya, barulah dia teringat. Lelaki itulah yang tersenyum padanya semasa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas untuk ke Klang dua hari lalu. Dayang Atikah melirik tag nama lelaki itu.
Amjad…
Dia tersenyum membalas.
Keempat-empat guru yang baru melaporkan diri itu diperkenalkan kepada seluruh warga SMK Pulau Indah dan ditunjukkan tempat masing-masing di dalam bilik guru. Dayang Atikah ditempatkan di sebelah Kak Maisarah. Charlotta pula selang dua meja darinya. Amjad pula ditempatkan di bahagian meja guru lelaki. Lucu hatinya bila mengenangkan Puan Jannatun Naimah ‘membasuh’ Amjad seketika tadi.
Hasrul Amjad  Bin Ibrahim. Itulah nama yang sebenarnya. Kalaulah diikutkan, memang dia telah bertolak awal ke sekolah untuk melapor diri tapi mana tahu di pertengahan jalan tadi tiba-tiba pula keretanya buat hal. Tayar belakang tiba-tiba pula pancit. Terpaksalah dia meminta pak ngah menghantarkan motor untuknya ke sekolah. Tapi Penolong Kanan sesedap aje mem’basuh’nya di depan guru-guru baru yang lain. Perempuan pula tu. Jatuh sahamnya. Terdiam pula seketika. Tambah lagi bila memikirkan ada pula perempuan yang pernah cuba diusharnya tadi…
 

Rojak Mee

 
 
Cuti, cuti jugak! Makan, makan jugak! Aktiviti masak memasak tetap berjalan seperti biasa. Walaupun kenduri kendara merata-rata, tapi selera tetap kena realisasi di rumah. Macam juga rojak mee ni, dah ramai yang buat, resepi sebenarnya merupakan resepi untuk rojak tepung tetapi boleh dipelbagaikan samada ingin membuat rojak tepung atau rojak mee atau rojak ayam. Semuanya bergantung pada citarasa masing-masing. Selera cheq sue ni sudah tentulah rojak mee. Pewwwwww.... meleleh!!!
 


Walau bagaimana pun rojak mee ni agak kurang aksesorinya, xpelah ada telur rebus dan timun tu dah cukup. Kalau ditambahkan beberapa bahan lagi memang la lagi sedap, tak dinafikan. Nanti nantilah buat kemudian, kita letak kasi kaw-kaw punya!
 
Tq pada tuan punya resepi dan tahniah juga kepadanya yang baru dapat baby girl, semoga lepas ni kehidupan Kak Hana sekeluarga akan lebih bahagia. Mmmmm, tak pastilah pulak Kak Hana ke bukan Kak Hana... entah2 kita yang lagi older dari dia. He he he... Apapun pada yang belum cuba tu, memang sesuai sangatlah dibuat time2 cuti ni, banyak sikit tukang perabihnya. Wassalam...



ROJAK MEE @ ROJAK AYAM @ ROJAK TEPUNG
Resepi : Kak Hana
Sumber : Kak Asma
 

BAHAN-BAHAN :
 

UTK KUAH
10 tangkai lada kering - bleh tmbh klu suka pedas
40g kacang tanah - goreng & blend
40g biskut tawar - blend halus (bleh tmbh lg klu tk cukup pekat)
*segenggam udang kering
*sebiji bawang besar
*5 biji bwg merah
*3 ulas bwg putih
gula melaka
air secukupnyer - dlm 6-7cwn
garam, gula putih - klu tk cukup manis lagi. kuah rojak sedap manis2 pedas :)

UTK TEPUNG ROJAK
2 cwn tepung gandum
satu sudu makan rata yis
3 sudu gula
garam
air
1/2 sudu teh baking powder (akak tambah) kita tak bubuh
pewarna kuning - optional
myk utk deep fry

BHN SAMPINGAN - ikut suka la mana2 nk buh!
Timun - hiris, tauhu - goreng n hiris, tempe goreng - hiris, sengkuang - hiris, salad lettuce - hiris, kangkung celur (optional), taugeh celur (jika suka), telur rebus (& goreng) - belah dua,  kentang - rebus n belah2 (bleh goreng dulu),  ayam goreng - nih klu nk wat rojak ayam,  mee kuning (celur)- yg nih plak klu nk wat rojak mee

CARA-CARA :
UTK KUAH - basuh lada kering...kemudian toskan. panaskan minyak.goreng sebentar lada tuh.jgn lama sgt nnti hangit kuah jd tk sedap! dh tuh angkat n toskan minyak.
blend yang bertanda * dan lada kering td. rebus bhn2 blend (*klu nk tumis bleh gak!)
masukkan skali gula melaka n air secukupnya. didihkan.
pastuh masukkan serbuk biskut n kacang tanah. kacau rata... perasakan ngan garam dan klu nk tmbh gula lagi bleh la tambah. klu terpekat sgt bleh tmbh air lagik. dan klu kurang pekat leh tmbh biskut blend.pandai2 la ejas yer! bila dh menepati citarasa kuah rojak, matikan api!

UTK TEPUNG - bancuh yis ngan air suam.aktifkan!
dlm mangkuk lain...masukkan tepung,garam,gula,pewarna n gaul sebati... masukkan air yis td skit demi sedikit. kacau.agak2 adunan cam wat cekodok.
perap adunan selama 1 jam.
panaskan minyak. goreng tepung td hingga kekuningan.

CARA HIDANGAN - susun semua bhn sampingan n tepung td belah empat.curahkan kuah! siap! :)