Thursday, February 26, 2015

Kerabu Meggi Siam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dok ingat2 balik, memang dah lupa bila saya buat kerabu meggi ni. Special request meggi Siam dengan Cheq Da, saya terus buat pada malamnya. Sebelum ni memang tak pernah nampak orang jual, dan memang tak pernah makan. Teringin jugak nak rasa walaupun katanya meggi ni pedas berapi. Kita ejas la ikut mana yang kita selesa kan. Dah kita yang buat dia...



Saya buat kerabu ni ikut gaya saya, apa yang ada di dapur dan apa yang saya mahu. Nampak tak berapa meriah sebab bahan tak ada. Namun dari segi rasa kira oklah cuma bahagian meggi tu agaknya tercelur lebih masa jadi agak lembik sikit.


Wednesday, February 25, 2015

Ramly Halal Kiosk Sdn Bhd

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya tak pernah tahu.. dan tak pernah jumpa kiosk halal (kafe Ramly) ni. Inilah pertama kali saya nampak, berdekatan dengan Hotel Empress Sepang semasa saya bermesyuarat di sana baru2 ini. Sadis kan... orang lain dah jemu agaknya makan di sini saya pulak baru saja tahu.


Cafe berkonsepkan makanan segera ni bukan sahaja menyajikan makanan siap tetapi turut menjual bahan2 mentah sepertu nugget, kepingan ayam dan daging serta bebola. Sos dan pencicah pun ada dijual di sini.


Tuesday, February 24, 2015

Beli Handbag Di FB Handbag Murah Sekali

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Waduh waduh waduh..... lama sungguh CTS tak beroperasi. Nampaknya demam cuti CNY dah membawa sampai ke cuti berblog juga. Bukan apa kengkawan, dok kampung agak bz sikit. Pastu line tenet pun biasalah macam semput. N3 berderet dalam draf rupa2nya masih belum dikarang... tu yang tak ada apa nak publish. Ikutkan hati macam2 nak kongsi cerita.

Jadi sebagai pemanas enjin saya mulakan n3 ni dengan salah satu laman handbag yang saya suka jamu mata dan saya beli bag darinya. (Nampak sangat ayat tonggang terbalik sebab lama tak menulis..............)


Laman web yang saya maksudkan adalah FB Handbag Murah Sekali.