Tuesday, September 30, 2014

Beli Pin Tudung Di FB Gerobok Pin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya rasa bukan saya saja yang minat dan suka dengan benda alah pin tudung ni. Sesuai sangat bila pakai dengan shawl @ halfmoon @ butterfly, malah kalau pakai tudung biasa pun tak salah untuk digayakan. Sebelum beli online ni, saya ada la jugak beli kat Pasir Putih, sepasang RM5, ada yang RM 3, tapi kualiti kita boleh tahu la camana. Cuma bila pakai tu kena la beringat, kalau ganas2 kang tercabut batu tercabut permata pulak.

Alkisahnya Gerobok Pin ni saya tahu masa baca sokoba balik kampung aritu. Bila dah tunjuk tu mestilah nak riki2 khan.... kata jiwa penuh seni, memang berayaq mulut la nengok bebenda halus ni.

 
Pattern bunga daisy tu pun cantik...


Monday, September 29, 2014

Hotel Permai, Kuala Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera




Ke Terengganu sekali lagi untuk attend meeting. Seronok la sangat bila mesyuarat di belah2 Pantai Timur ni sebab dekat dengan rumah. Pastu takyah fikir sesat2 jalan ke hape sebab dah agak biasa. Ewahh, nampak tak ada unsur2 kebaboom kat situ..

Apapun akan ada di sini dari 29 September hingga 3 Oktober. Mmmm, ada orang nak jumpa? Just let me know okeh...

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Saturday, September 27, 2014

Ephyra Hilangkan Sakit Senggugut

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya dah gunakan Ephyra ni lebih kurang 5 bulan. Masa memula nak beli tu saya tak ingat macam mana boleh decide nak beli. Biasanya kalau tengah tension, jangan la ushar laman web online, memang akan terrrr... punya. Saya rasa masa tu tak la terstress sangat, cuma saya fikir dalam umur semacam saya ni perlu la makan supplemen untuk dalaman, sebab utamanya bukan kecantikan ya... Pada saya kecantikan ni subjektif, jadi saya beli ni bukan semata2 untuk cantik seperti dutanya Memey Suhaiza tu, tapi lebih kepada kesihatan dalaman.

Kalau baca di pamplet yang disediakan bersama di dalam kotak, memang banyak sangat la khasiat Ephyra ni. Maaflah saya memang malas nak taip satu persatu. Kalau nak dapat lebih info masuk je ke FB Oceanlife. Di situ ada pelbagai maklumat yang dikongsi.