Sunday, May 15, 2016

SUMUT : 3 : Air Terjun Ponot

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dari Air Terjun Si Gura Gura, kami meneruskan perjalanan ke Air Terjun Ponot. Masa ni memasing dah kembali ke alam nyata, jadi boleh la bersembang dengan Yovie. Perjalanan taksoh cerita la, memang senak dalam perut dibuatnya. Patut la kata Yovie tak ramai yang datang ke air terjun ni sebab jalannya yang tak berapa nak cantik serta agak jauh. Kami sendiri pun hampir 6-7 jam dari Medan untuk sampai ke sini.

Masa ni saya dah mula rasa sakit kepala, maklum sajalah dah masuk hari kedua. Bukan kata nak komplen ke hapa tapi lumrahnya kita sebagai manusia memang begitu la kan. Tapi tak nak ambil pot sangat, saya buat2 tak tahu je, bila kena air, tambah2 yang sejuk dingin macam air terjun ni memang satu nikmat. Alhamdulillah...


Subhanallah... memang catik sesangat air terjun ni. Saya pun rasanya dah agak lama tak jejak air terjun. Sekali pandang macam nampak dua tingkat. Silapnya saya sebab bawak lense makro, jadi tak dapat nak zoom sangat, ambil gambar pun hati bengkek je. Jadi layan mana yang ada ajelah okeh




Air terjun menderu jatuh. Rasa macam nak mandi je... Sekeliling kawasan ni agak sunyi walaupun saya tengok ada semacam perkampungan di bawah sana. Di situ juga ada 2 3 kedai (masih belum buka) dan juga tandas. Walaupun macam ada hajat nak kena selesaikan, tapi tahan semampunya dek keadaan tandas yang, mmmm susah nak cerita.


Memandang dari kejauhan. Cukuplah sekadar mengambil gambar ni. Ada geng yang sampi ke gigi air terjun tapi saya tak lah. Mood belum sampai untuk meneroka. 


Pandangan dari tingkat atas. Kalau tengok betul2 nampak tak air yang keluar dari batu tu? Kendian batu yang dilalui air adalah batu hampar menegak. Dari proses apa agaknya semua ini berlaku. Alangkah besarnya kuasa Allah menciptakan keindahan sebegini.


Pandangan dari tingkat bawah. Agaknya kalau boleh lihat ada kolam barangkali di atas sana yang membolehkan air jatuh dengan banyaknya...


Air terjun kecil di sini kanan Si Ponot.


Air terjun di sisi yang lebih tinggi. Kapasiti airnya tak berapa banyak.


Lagi air terjun di sisi yang lain.


Indah!
Serius rasa nak berendam di sini


Laluan bertangga untuk mendaki. Tapi tak la sampai atas, dalah pertengahan aje kot. Selebihnya kena menapak dengan bas no 11... 


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]