Thursday, May 19, 2016

SUMUT : 5 : Kolam Mandi Air Soda, Desa Perbabu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dari Danau Toba, kami menuju ke tempat menginap di Sipoholon. Saya tak ambil pot dah ke mana2 yang Yovie bawa. Masa ni fikiran dah kosong. Perut lapar berkeroncong dan badan dah kepanasan sebab tak jumpa air. Badan pun dah bau masham.

Bila dah check in, saya sempat la melunaskan apa2 yang perlu sebelum menukar baju untuk ke tempat mandi Air Soda kata Yovie. Pelik juga memikirkan ada air soda macam 100 Plus ke... atau 7 Up ke dalam kolam tu. Dari tempat menginap tu tak la jauh sangat. Pemandangan kiri kanannya memang layan dengan sawah padi yang menghijau dan deretan gunung ganang di kejauhan. Kiranya kawasan ni terletak dalam kampung2 la agaknya.


Memula tu memang fikir nak mandi. Almaklumlah dah berapa lama tak jumpa air. Baju basahan pun dah bawa siap2 tinggal nak u jump I jump je. Tapi bila sampai di sana terus tak lalu nak mandi. Bukan sebab menengokkan keadaan kolamnya, tapi bila tengok keadaan sekeliling. Aiiiiii memang tak lalu sungguh la weh. Walaupun begitu ada jugak yang mandi, saya hanya main2 air gitu ajelah. Ambil syarat dah rasa kat kolam tu.




Inilah rupa paras di kolam tu, berbuih2 airnya kalau sekali tengok nampak betul macam air soda yang kita masukkan ke dalam gelas. Airnya yang sejuk memang menggoda saya untuk mandi tapi ditahan2 aje.


Nampak tak jelas sangat buih airnya sebab hanya ambil gambar dari atas. Kalau masuk dalam tu memang jelas. Secara peribadinya memang kagum dengan kuasa Tuhan yang menciptakan air sebegini.


Kekdahnya macam ada yang sedang merebus air di dalam kolam ni.


Lagi buih2 dari dasar kolam.


Lagi...

Sebenarnya segan nak ambil gambar sekeliling sebab ramai yang tengah dok mandi manda. Kang tertangkap gambar yang tidak sepatutnya pulak.


Inilah keadaannya kulit yang terkena dengan air di kolam tu. Melekat di kulit dan kalau diangkat keluar buih2 tu akan pecah. Kata deme2 ni ada kesan rasa jugak air tu, tapi saya rasa macam biasa saja barangkali sebab saya tak berendam sepenuhnya.

Apapun ini satu pengalaman yang sangat berharga, yang tak sepatutnya ditolak untuk berkunjung ke sini kerana seperti yang dikongsikan dibawah, hanya ada 2 tempat didunia yang ada air soda sebegini.


Wisata Pemandian Air Soda, Desa Parbubu, Tapanuli Utara merupakan sebuah keindahan dan keunikan wisata alam yang dimiliki oleh Indonesia, dan beruntunglah Indonesia memiliki wisata seperti ini, karena hanya terdapat dua di Dunia. Ya.... Pemandian Air Soda ini hanya bisa ditemukan di Desa Parbubu Tarutung Sumatera Utara Indonesia dan satu lagi di daerah Venezuela, Amerika Selatan. Unik Bukan Teman-teman Traveler's. [SUMBER]

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

5 comments:

  1. Salam Sue..bestnya berjalan2 ke Danau toba...

    P/S:Sue blm wasap kak atie tak..ada hal yg blm selesai kak atie pd Sue.Dah lamaaaa...tak senanag hati kak atie pikir :)
    wasap Kak atie 019 4732728

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. The search functionality on this website is robust. I can easily find what I'm looking for.

    https://aryancrack.com/category/enhancing-tools/

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]