Thursday, June 9, 2016

SUMUT : 6 : Air Panas Sipoholon

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selepas dapat rehat, mandi, makan dan setel apa yang patut, barulah rasa bertenaga. Dah recharge gittew kan... Di kawasan tempat menginap kami ni memang terdapat banyak tempat mandi air panas, agaknya di kawasan tu memang ada banyak mata air panas semulajadi. Di belakang hotel kami aje tempat mandi air panasnya. Diorang dah gi berendam pada malam tu, tapi saya memilih untuk beradu dulu. Jadi tak merasa la berendam dalam ni. Keesokan paginya selepas check out, kami reramai ke belakang hotel untuk meninjau dan mengambil gambar tentunya.


Bila dah siang tu baru la nampak jelas di depan mata. Kata Yovie scenery di sini seperti di Pamukkale, Turki. Saya memang no idea la macam mana, tapi bila dah search dekat tenet mmmm memang nampak persamaan sedikit sebanyak. Dari depan Indomaret @ Indomart (lupe....) nampak berasap kemain lagi dekat belakang hotel.




Pandangan dari sisi yang lain. Tak sabar rasanya nak tengok. Seperti kebanyakan punca air panas, di kawasan tu memang berbau belerang, tapi tak la kuat sangat pada hidung saya.


Snap sekeping muka depan hotel penginapan kami malam kedua. Walaupun dalam kategorinya hotel bajet, tapi agak selesa. Kali pertama menginap dengan bilik air di luar. He he he...

Jom layan scenery yang sempat dicapture 


Warna yang sinonim dengan kawasan air panas. Lumut ke apa entah...


Scary...



Panas sungguh air di laluan ni


Sungguh aneh bila ada lumut yang boleh hidup di dalam air panas mendidih


Cantik terbentuk


Antara punca air panas


Seram. Sesuai kalau nak buat filem mistik


Bunga di taman larangan.


Bertingkat2 disebabkan oleh tindak balas semulajadi. Kelihatan seperti kulit kerang


Mata air panas. Kalau letak telur ni sat aje masak. Tapi tak ada pulak kesan2 kulit telur atau bau telur yang direbus kat sini. Kalau kat tempat kita tu..... mmmm memang penuh la. Sampah, kulit telur, pampers...


Suka tengok lumut2 ni. Bila kena air yang lalu tu lembut gemalai je alunannya.


Air dekat kolam ni memang biru sangat. Nak kata biru laut bukan, biru ala2 kehijauan gitu. Tak reti pulak nak set soh nampak jelas. Serius rasa nak terjun je tapi kang naik hancus lak daging2 dan lemak di badan ni.


Lagi scenery yang cantik. Kawasan ni tempat keluar mata air panas la sebab nampak lain macam sikit buihnya tu. Bau belerangnya pun agak kuat


Longkang kecil tempat aliran air dari celah2 batu. Boleh pulak kejadiannya elok aje terletak macam jalan Tapah Cameron Highland tu..


Berasap. Sampai boleh rasa bahangnya 


Cik Merah yang sentiasa setia bersama saya saat ke luar negara. Teringat beli yang pertama dulu, sebelah terlekat dalam sungai di Jeram Pasu, carik2 tak jumpa. Nak dapatkan yang kedua ni bercinta jugak tau mencarinya...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]