Wednesday, June 22, 2016

SUMUT : 14 : Air Panas Si Debuk Debuk

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Air Panas Si Debuk Debuk ni merupakan destinasi terakhir dalam kembara kami. Setelah beberapa hari berlelah di jalanan dan juga beraktiviti, memng sedap dapat melegakan ketegangan di dalam air panas. Terasa longgar semua urat2 yang tegang dan sendi2 yang membengkak. Semua gambar di sini saya snap pakai HP aje, maaf kalau kualiti tak memuaskan.


Dari pintu masuk.




Setiap kolam mandi diasingkan dalam bentuk bilik, berdinding separuh. Jadi tak la rasa segan nak berendam. Di situ juga ada bilik air dan tandas disediakan. Saya tak melepaskan peluang berendam diam2 sambil berfikir masa depan. Ececehhhh...


Antara kolam yang ada. Menarik hiasan di dindingnya


Biasa, asal masuk atau parkir harus bayarin dong...


Ada juga tempat makan dan kedai cenderamata.


Ada juga surau untuk menunaikan tuntutan wajib...


Selesai di sini, kami bergerak keluar menuju ke tempat tidur. Zilla mencadangkan kami berkhemah, tapi kebanyakan ahli jemaah lain tak berapa setuju sebab takut kelam kabut nak flight balik pagi esoknya. Jadi pusing2 sana sini, menginaplah kami di hotel bejet... nama tak ingat, lokasi tak tahu... he he he...



 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]